Sunday, April 7, 2013

PRU13 : Najib terpaksa gunakan populariti raih undi untuk BN...40,000 ribu jer hadir...kata hebat sangat...???

PRU13 : Najib terpaksa gunakan populariti raih undi untuk BN...40,000 ribu jer hadir...kata hebat sangat...???

BUKIT JALIL, 6 April — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak malam tadi ketika pelancaran manifesto Barisan Nasional (BN) dilihat menggunakan popularitinya sebagai Pengerusi gabungan pemerintah berkenaan untuk meraih undi menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
Najib dalam ucapannya bertanya kepada 40,000 penyokong BN di Stadium Putra Bukit Jalil siapa akan mereka letakkan kepercayaan untuk memimpin negara - Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, parti komponen Pakatan Rakyat (PR), Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, atau dirinya.
Penyokong-penyokong Najib yang memakai baju biru yang memenuhi stadium itu berdiri dan menyahut “Najib!, Najib!” dengan kuat.
“Kalau rakyat Malaysia jawapannya Najib, maka sokonglah dan undi BN, kerana saya tidak boleh melakukannya bersendirian, saya perlukan pasukan saya,” katanya kepada penyokong yang turut bersorak.
Ketika ditanya pemberita kemudiannya, sebelum beliau meninggalkan stadium, Najib hanya tersenyum dan berkata “Thank You” kepada komen yang menunjukkan beliau umpama presiden ketika melancarkan manifesto BN untuk PRU 13 malam tadi.

PECAH BERITA! Manifesto Najib Bakal Humban BN Dari Putrajaya!


Jika diimbas sepintas lalu, nampaknya tidak banyak pembaharuan yang akan dibuat BEKAS perdana menteri, Najib Altantuya selain hanya mengulangi perkara sama yang pernah dijanjikan pentadbirannya namun tidak pernah ditepati.

Kedudukan Najib Altantuya selaku pengerusi Barisan Nasional (BN) juga tidak banyak membantu memulihkan sokongan terhadap BN walaupun merepek meraban hampir sejam dan diulas pencacai tegar Umno seperti profesor ulung, Shamsul Amri Baharuddin selepas itu.

Gula-gula Najib Altantuya seperti bantuan rakyat 1Malaysia (BR1M) dinaikkan dari RM500 kepada RM1200 sekiranya mandat diberikan semula juga pantas ditempelak penyokong Pakatan Rakyat yang secara sinis berkata apa gunanya umum pendapatan naik 41% tetapi bantuan BR1M dinaikkan pula.

Tidak cukup dengan itu, idea Pakatan Rakyat untuk menurunkan harga kereta juga ditiru bulat-bulat Najib Altantuya walaupun sebelum itu menempelak Pakatan Rakyat kononnya negara akan muflis sekiranya cadangan Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli dilaksanakan.


Selain itu janji kitar semula seperti pembinaan lebuhraya Pan Borneo antara Kuching di Sarawak dan Kota Kinabalu di Sabah turut diciplak tanpa rasa malu apatah lagi mengakui bahawa Pakatan Rakyat bukan setakat akan membina lebuhraya tersebut malah turut memanjangkannya kepada pantai timur Sabah seperti ke Sandakan dan Semporna pada majlis deklarasi Hari Malaysia di Kuching pada 16 September tahun lalu.

Tidak lupa mengutuk Ketua Umum KEADILAN dalam 'manifestonya', Najib Altantuya juga seakan melakukan provokasi sama ada Malaysia mahukan dirinya atau Anwar ataupun Presiden PAS, Tuan Guru Abdul Hadi Awang sebagai peneraju Malaysia selepas pilihanraya umum tidak lama lagi.

Pun begitu, rata-rata komen yang diberikan di laman Facebook Najib Altantuya juga banyak yang mempersoalkan data-data yang diumumkan kerana pendapatan cuma naik 2.6 peratus sedangkan harga barang dan kadar inflasi meningkat lebih 6 peratus dalam masa yang sama.

"MuNie Omar Amir , ni lah akibatnya klu media berat sebelah. segala bnda yg bn buat , awk xtau. sikit awk kata ? negara smpai dh nk bankrup tu apa cite ?"

"Harimau Rakyat Pemberian permit teksi individu, ini pernah dibentangkan oleh Anwar Ibrahim pada 2 bulan yang lalu dalm pertemuan antara Anwar Ibrahim dan pemandu teksi.

Penurunan eksais cukai kenderaan pun dibentangkan Rafizi Ramli.

Rasanya fikirlah sendiri...

bab kuih...
aku tak tau pula harga kuih tahun 1511 tue...
yang aku tahu sekarang!

Kos sara hidup makin meningkat, Melayu masih jauh... berapa tahap gaji? RM10.000??"

"Apis Bdr Saya nk hrga kereta murah...ptptn dimansuhkn....mnyak turun harga...kawln hrga brang...ni yg penting....keperluan tau.. br1m ni sekali je dpt setahun (365 hari)..mne cukup........hawou"


Sambil mengakui pilihanraya ini merupakan hidup atau mati BN dalam politik negara, Najib Altantuya juga tanpa segan silu merayu supaya mandat terus diberikan kepada BN tanpa memerhatikan pemimpin di sekelilingnya sarat dengan rasuah dan salah guna kuasa.

Lihat saja Taib Mahmud, Shahrizat Jalil, Muhyiddin Yassin malah ketua pemuda Umno, Khairy Jamaluddin sendiri, kesemuanya terpalit dengan skandal rasuah dan Khairy pula dikaitkan dengan hutang tak berbayar RM9 juta dengan Bank Pertanian Malaysia semasa bapa mertuanya berkuasa dulu.

Pembentangan manifesto BN yang dilakukan serba kacau bilau diburukkan lagi dengan kehadiran penonton yang dibayar dengan wang saku dan diberi sekeping kad I Love PM sebagai tanda sokongan.


Tambah memalukan apabila kerusi yang sepatutnya penuh di atas tidak mampu disorokkan media rejim Umno seperti TV3 apabila pantas mengalih kedudukan kamera apabila mengetahui kedudukan Najib Altantuya dibayangi dengan lautan kerusi merah di belakangnya.

Persoalannya, mengapa Najib Altantuya seakan 'membunuh diri' dengan menyampaikan manifesto ciplak di saat BN sangat memerlukan sokongan dan idea tersendiri bagi meneruskan pemerintahan di Putrajaya?

Klimaks manifesto yang ditunggu-tunggu akhirnya tidak muncul kerana ramai yang mengharapkan Najib Altantuya mengumumkan akan memerangi rasuah dan salah guna kuasa pemimpin Umno dan BN sendiri termasuk Taib yang kantoi dengan pendedahan video oleh Global Watch tiga minggu lalu.

Rakyat tidak perlukan pemimpin yang korup dan banyak skandal tetapi mahukan harga barang diturunkan, harga minyak turun, kereta murah, kehidupan harian yang lebih baik selain memerangi jenayah dengan lebih berkesan.

Kesimpulannya, Najib Altantuya sekali lagi gagal menyerlahkan kredibilitinya sebagai seorang pemimpin apabila terus menyenaraikan pemimpin BN yang penuh dengan masalah termasuk dirinya sendiri.

Jalan terbaik adalah berundur dan memberikan bazoka perang kepada Muhyiddin yang kini semakin mendapat sokongan pemimpin BN dalam diam hingga perkara kesetiaan pun terpaksa diulas Najib Altantuya.

Semakin hampir kepada pilihanraya, masa depan Najib Altantuya semakin gelap untuk terus berkuasa kerana dia bakal disingkirkan jika gagal mencapai majoriti dua pertiga atau Selangor terus gagal ditawan semula.

JALAN PULANG

Thursday, March 28, 2013

PECAH BERITA! Kit Siang Ramal TUJUH Negeri Bakal Dikuasai Pakatan!


Ahli parlimen Ipoh Timur, Lim Kit Siang dalam satu kenyataan meramalkan tujuh buah negeri bakal dikuasai Pakatan Rakyat selepas pilihanraya umum akan datang.

Kit Siang dalam satu temu bual dengan akhbar berbahasa Cina, Sin Chiew Daily memberitahu tujuh buah negeri tersebut ialah Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Kelantan, Selangor dan Negeri Sembilan manakala Terengganu, Pahang, Melaka, Johor, Sabah dan Sarawak kekal di tangan Barisan Nasional (BN).

Manakala Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur kekal di tangan Pakatan Rakyat sementara Putrajaya dan Labuan masih dalam genggaman BN.

Beliau meramalkan kesemua empat negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat iaitu Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan tidak mampu dirampas BN manakala Perak yang juga dikuasai Pakatan Rakyat selepas pilihanraya umum ke-12 sebelum tumbang pada Februari 2009 diramal kembali kepada pakatan itu.

Sambil mengakui Kedah berada dalam kedudukan 50-50, Kit Siang turut memberi analisa menarik mengenai Perlis yang diramal mampu membuat kejutan kali ini.

Dengan cuma tiga kerusi parlimen dan 15 kerusi DUN di negeri terkecil di Malaysia itu, Kit Siang menganggar Pakatan Rakyat akan menang di lapan kerusi DUN sekaligus membentuk kerajaan negeri dengan majoriti mudah.

Antara alasannya adalah kemunculan beberapa muka baru menggantikan muka lama seperti Azmi Khalid dan Radzi Sheikh Ahmad tidak mampu menarik golongan muda mengundi BN selain kemelut dalam Umno negeri antara menteri besar, Md Isa Sabu dengan bekas menteri besar, Shahidan Kassim mampu menyumbang kemenangan Pakatan Rakyat.

Namun hanya dengan jentera penerangan yang kuat serta bertemu pengundi secara terus merupakan kunci kepada kemenangan Pakatan Rakyat di negeri itu.

Manakala di Negeri Sembilan, Kit Siang menjangka Pakatan Rakyat akan membentuk kerajaan negeri selepas pilihanraya umum akan datang.

Dengan 36 kerusi menjadi taruhan, serta mengambil kira keputusan pilihanraya umum lalu, Pakatan Rakyat dijangka menang 22 kerusi DUN berbanding 15 pada pilihanraya umum lalu.

Mana-mana pakatan mesti memperolehi sekurang-kurangnya 19 kerusi bagi memperolehi majoriti mudah sekaligus membentuk kerajaan negeri yang baru.

Daripada analisis terkini, Negeri Sembilan dijangka tidak menghadapi masalah mengekalkan kesemua 15 kerusi DUN dan mengintai peluang cerah untuk merampas enam atau tujuh kerusi BN yang majoritinya di bawah 700 undi selain memperbaiki prestasi tiga kerusi DUN yang dimenangi di bawah majoriti yang sama.

Ditanya mengenai peluang mengekalkan Kedah, Kit Siang menganggap PAS mampu menyelesaikan polemik antara kepimpinan negeri bagi membantu kestabilan politik di negeri itu.

Kedah antara sasaran terbesar BN selain misi utama mereka merampas kembali Selangor yang menjadi lombong emas BN satu ketika dahulu.

Di peringkat parlimen katanya, Pakatan Rakyat akan membentuk kerajaan persekutuan baru tanpa memberitahu jumlah kerusi yang akan dimenangi.


Mengulas kemungkinan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim yang bertanding di Perak atau Selangor, Kit Siang menegaskan ia adalah hak beliau untuk memilih mana-mana kerusi yang dianggap boleh menbantu Pakatan Rakyat merampas Putrajaya.

Sumber risikan terbaru memberitahu, Pakatan Rakyat dijangka mampu memiliki 127 daripada 222 kerusi keseluruhan berbanding BN cuma 95 kerusi setakat Januari tahun ini.

Parlimen alan terbubar secara automatik pada 28 April ini jika tiada pembubaran parlimen dibuat sebelum tarikh tersebut dan pilihanraya mesti diadakan dalam tempoh 60 hari dengan DUN Negeri Sembilan bakal terbubar automatik tengah malam ini.

JALAN PULANG

PECAH BERITA! Financial Times Ramal Najib Altantuya Hadapi Misi Sukar!


Dilihat sebagai petanda bahawa penguasaan rejim pemerintah Barisan Nasional (BN) akan terus longgar, akhbar perniagaan berpengaruh Financial Times sebentar tadi mengeluarkan satu artikel yang dianggap memberi kredit kepada Pakatan Rakyat.

Dengan tajuk 'Malaysian PM Faces Big Test As Poll Looms' (PM Malaysia Hadapi Ujian Getir Saat Pilihanraya Hampir), akhbar itu menjawab pelbagai persoalan penting yang menyebabkan Najib Altantuya tidak mendapat sepenuhnya sokongan rakyat bagi menghadapi pilihanraya umum.

Ditulis oleh wartawannya Jeremy Grant, beliau merumuskan bahawa pentadbiran Najib Altantuya diselubungi rasuah dan salah guna kuasa di sebalik pelan transformasinya yang dianggap perlahan dalam usaha mendapat kembali pengundi BN.

Pakatan Rakyat katanya menganggap kali ini merupakan peluang terbaik rakyat untuk menggantikan BN dengan kemenangan 82 kerusi yang menafikan pemguasaan majoriti dua pertiga BN sejak merdeka 55 tahun lalu.

Bagaimanapun disebabkan keengganan Najib Altantuya mengadakan pilihanraya umum dalam kadar segera, pasaran saham Malaysia mengalami kelembapan dan menjadi bahan ketawa jiran serantau seperti Singapura dan Indonesia.


Tambahnya nisbah hutang kepada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) yang kini mencecah 53 peratus turut melemahkan asas kewangan negara dan ia antara tertinggi di Asia, mengatasi Singapura 37 peratus dan Hong Kong 33 peratus.

Selain itu indeks rasuah yang meletakkan Malaysia di tangga ke-54 dari 176 negara juga memburukkan imej BN seperti yang dinyatakan Transparency International-Malaysia (TI-M).

Malah isu terbaru membabitkan ketua menteri Sarawak, Taib Mahmud atas pendedahan yang dilakukan NGO antarabangsa, Global Watch, juga sukar untuk diatasi walaupun Najib Altantuya berjanji akan membanteras rasuah dalam salah satu indeks KPI nya.

Amaran turut diberikan kepada Najib Altantuya bahawa jika dia tidak mampu mempertahankan kuasa BN, sudah hampir pasti kedudukannya tergugat dan bakal disingkirkan pemimpin Umno sendiri.

Keengganan Najib Altantuya menjawab dakwaan pemimpin Pakatan Rakyat terutamanya Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim yang mencabarnya untuk berdebat menurunkan lagi tahap sokongan terhadap BN yang menyaksikan Pakatan Rakyat mendapat modal baru untuk membuktikan Najib Altantuya tidak layak menjadi perdana menteri.



Walaupun insiden pencerobohan di Sabah bakal memberi impak positif terhadap popularitinya, namun ia hanyalah tertumpu kepada puak nasionalis Umno yang kecil berbanding dengan tuduhan ke atas skandal yang membelit dirinya.

Dengan tidak mahu mengambil risiko meramal siapa yang akan berkuasa selepas pilihanraya umum, akhbar tersebut hanya membuat kesimpulan bahawa pihak yang menang akan menggalas beban berat menyatukan rakyat di samping memacu kembali ekonomi yang terencat akibat penangguhan berkali-kali Najib Altantuya sendiri.

Menariknya, Grant langsung tidak menyertakan pengaruh bekas perdana menteri, Mahathir yang membayangi Najib Altantuya hampir dalam semua keputusan politik walaupun Najib Altantuya menafikannya.

Ekonomi Malaysia diunjur pada 5.6 peratus tahun ini tetapi akibat ketakutan Najib Altantuya memanggil pilihanraya umum, sasaran tersebut dianggap mustahil menurut beberapa pakar ekonomi.

JALAN PULANG

Tuesday, March 26, 2013

BONGKAR: Lobang besar MADEY sudah pecah daa...

Alamak..!! Lobang besar sudah pecah daa... lebam pulak la mata kita woii.. haha...


HUKUMAN TERHADAP DSAI, SALAH GUNA KUASA ATAU RASUAH?

Hukuman kerana salah guna kuasa ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 1999 adalah silap kerana pihak pendakwaan telah memalsukan bukti dan membuat penipuan melalui tindakan pegawai penyiasat ketika itu, Tan Sri Musa Hassan dan pendakwa raya ketika itu Tan Sri Abdul Gani Patail.

Dakwaan itu dibuat melalui sepucuk surat terbuka, yang dihantar kepada Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar, hari ini, oleh bekas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Mat Zain Ibrahim.

Menurut Mat Zain, Musa (kiri) dan Abdul Gani melakukan penipuan berkenaan untuk manfaat bersama mereka. Kedua-dua mereka kemudiannya telah dinaikkan pangkat. Musa menjadi Ketua Polis Negara manakala Abdul Gani pula menjadi Peguam Negara. Musa bersara baru-baru ini.

“Disokong dengan dokumen-dokumen dan keterangan yang ada dalam milik dan pengetahuan saya sendiri, saya berpendapat bahawa sabitan salah ke atas Anwar dalam pertuduhan salahguna kuasa ke atas beliau, telah diperolehi oleh pihak pendakwaan melalui jalan penipuan dan pemalsuan yang telah dilakukan dengan niat bersama oleh Gani Patail dan Musa Hassan untuk faedah bersama mereka.

“Tidak salah untuk menyatakan hukuman penjara yang Anwar telah lalui adalah penganiayaan terhadap beliau oleh mereka berdua,” katanya dalam surat itu.

“Dengan berat hati saya menyatakan,bahawa terdapat beberapa kenyataan mustahak (bekas perdana menteri) Tun (Dr Mahathir Mohamad) dalam bab 53 “Doctor in the House”, khususnya menyentuh berkaitan siasatan kes mata-lebam dan tindak-tanduk Pendakwa Raya dalam perkara sama, adalah berbeza dengan fakta terkandung dalam fail siasatan rasmi yang dibuat pada 1998.

“Saya percaya pekara ini boleh berlaku akibat Tun telah diberikan maklumat atau taklimat yang telah dimanipulasikan dan mengelirukan,” tulisnya lagi.

“Sebagai seorang yang terlibat secara langsung menangani isu-isu berkenaan serta mempunyai pengalaman bersemuka dan berinteraksi dengan semua ‘pemain-pemain utama’ perkara dalam persoalan ini, terutamanya Dr Mahathir sendiri, Gani Patail, Musa Hassan, Anwar Ibrahim, selain daripada Pesuruhjaya-Pesuruhjaya Suruhanjaya Di-Raja siasatan mata-lebam dan juga PM Najib, maka saya mampu menegaskan, bahawa segala pendedahan fakta yang saya buat dalam surat keluaran ini dan juga dalam beberapa banyak surat terbuka saya sebelum ini, tidak pernah lari sedikit pun daripada landasan kebenaran,” katanya.

Mat Zain telah terlibat secara langsung dalam isu-isu mengenai pendakwaan Anwar Ibrahim pada tahun 1998. Maka, kemungkinan keterangan dan pendedahannya ini mungkin juga benar. Sekiranya ini benar,telah jelaslah di mata kita bahawa memang terdapat penyalahgunaan kuasa dalam bidang polis dan juga kehakiman terhadap Anwar Ibrahim.

Apa kata anda mengenai pendedahan ini pula?

Gerakan 'Haramkan UMNO' akan dilancarkan..


Pada 24 Mac 2013 di Kuala Lumpur, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) bersama Gabungan Blogger Revolusi 13 telah mengadakan taklimat bersama hampir 50 orang pemain cyber (blogger/facebookers) pro perubahan.

Pertemuan ini ialah siri awal ke arah memulakan gerakan yang dikenali sebagai ‘Haramkan Umno’.

Umno sebuah organisasi politik yang ditubuhkan pada 1946 telah diharamkan pada 4 Febuari 1988 melalui satu keputusan mahkamah tinggi. Ini kerana pertembungan perebutan jawatan Presiden antara Dr.Mahathir dan Tengku Razaleigh telah dimenangi oleh Dr.Mahathir dengan taktik jahat antaranya ialah membawa perwakilan haram. Kes ini dibawa ke mahkamah dan mahkamah memutuskan Umno diharamkan.

Kemudian Razaleigh telah cuba merayu keputusan pengharaman Umno tetapi sebaliknya Dr.Mahathir telah menggunakan kuasanya dengan memecat Tun Salleh Abbas (Ketua Hakim Negara pada ketika itu) dan menggagalkan persidangan rayuan pengharaman Umno. Rupanya apabila Umno asal (1946) diharamkan, Dr.Mahathir meraih keuntungan dengan menubuhkan Umno Baru dan terus memperkukuhkan cengkaman kuasanya.

Setelah mendapat hak penubuhan Umno baru beliau meminda akta pertubuhan 1966. Semenjak itu Umno amat besar kepala mereka memikirkan undang – undang negara sudah berada di bawah tapak kaki mereka. Semua perundangan termasuk akta pertubuhan diambil sambil lewa.

Setelah Umno asal diharamkan maka semua pendaftaran peringkat pusat, bahagian dan cawangan terbatal. Kemudian Umno baru ditubuhkan maka seharusnya semua proses penajaan dan penubuhan harus dibuat semula dari awal, namun merasakan mereka amat berkuasa maka banyak peringkat Umno telah tidak bertindak dalam mendaftarkan semula organisasi Umno peringkat tertentu. Kemudian keadaan bertambah parah berikutan banyak cawangan Umno yang tidak menghantar dokumen tahunan seperti dikehendaki akta pertubuhan 1966.

Natijahnya tanpa sedar ribuan cawangan Umno menjadi cawangan haram. Umno menggunakan sistem perwakilan maka cawangan haram menghantar perwakilan ke bahagian secara automatik bahagian menjadi haram. Bahagian menghantar perwakilan ke Perhimpunan Agong Umno secara automatik Umno itu sendiri haram.

Pada tahun 2008 dalam Umno bahagian Tanah Merah telah berlaku pergolakan perebutan jawatan, ada yang mahu bertanding jawatan utama ketika itu didapati tidak membayar yuran dan terdiri ahli dari cawangan haram. Maka kes mahkamah dibawa dan melalui proses mahkamah dibuktikan 126 cawangan Umno di Tanah Merah ialah cawangan yang tidak berdaftar dan cawangan dibatalkan pendaftaran iaitu cawangan haram.

Ini diakui oleh Setiausaha Agung Umno sendiri dan Pendaftar pertubuhan, cuma kes di mahkamah dibuang kerana pengadu yang membawa kes ke mahkamah telah dipecat melalui surat pemecatan yang dikatakan telah di’back-dated’kan. Pengadu telah hilang status sah sebagai ahli (hilang local standi) untuk membawa kes ke mahkamah.

Umno Tanah Merah terus bermesyuarat dengan dengan perwakilan cawangan haram dan perwakilan dari mesyuarat haram Tanah Merah telah menghantar perwakilan ke Perhimpunan Agung Umno pada tahun itu yang seharusnya turut memberikan implikasi pengharaman PAU tersebut.

Dari maklumat dalaman tiada cawangan Umno berdaftar di Jeli, Bachok dan Tumpat. Hanya sebilangan kecil cawangan Umno berdaftar di Kota Bharu. Carian dari Pejabat Pendaftar Pertubuhan menyatakan lebih separuh daripada 2,181 cawangan Umno di Kelantan adalah haram. (sumber SIASAH 2010)

Carian juga telah dibuat di Pejabat Pendaftar Pertubuhan di Shah Alam, Pulau Pinang dan Alor Setar ke atas ratusan cawangan Umno namun Pejabat Pendaftar Pertubuhan menyatakan fail gagal dicari dan berada di Putrajaya. Persoalanya mengapa di Putrajaya ?

Berdasarkan Seksyen 10 Akta Pertubuhan 1966 menyatakan semua warga Malaysia diberi hak untuk memeriksa dokumen pendaftaran mana – mana organisasi berdaftar di Malaysia kecuali beberapa dokumen sulit seperti laporan kewangan. Malangnya carian di Putrajaya juga gagal mendapatkan maklumat yang dibenarkan berdasarkan akta pendaftar pertubuhan 1966 malah diwujudkan borang Pertubuhan 27 untuk membolehkan carian sepertinya dilakukan.

Diyakini seluruh negara 3/4 dari cawangan Umno adalah terdiri dari cawangan haram, malah ada bahagian Umno juga yang terdiri dari bahagian tidak sah pendaftarannya.

Jadi kini tidak pelik bagaimana negara boleh berdepan dengan 1001 masalah dan krisis – ini kerana negara telah ditadbir oleh sebuah organisasi politik haram.



Maka SAMM dan gabungan Blogger Revolusi 13 mengajak seluruh rakyat pro perubahan untuk bersama dalam gerakan ‘Haramkan Umno’.

Peranan semua:
1. Menyampaikan penerangan ‘kenapa Umno organisasi haram?’ ke seluruh pelusuk negara.

2. Menggerakkan desakan carian status cawangan Umno di peringkat masing-masing. Gunakan borang Pertubuhan 27. Isi sendiri dan buat carian cawangan Umno tempat anda, hantar ke Pejabat Pendaftar Pertubuhan dapatkan respon bertulis serta cop rasmi, scan dokumen tersebut dan hantar ke email haramkanumno@gmail.com

3. Gerakan Haramkan Umno ini juga memohon kakitangan pejabat pendaftaran agar dapat menghantar email secara sulit, maklumat berkaitan pendaftaran Umno yang tidak sah ke email haramkanumno@gmail.com
Maklumat berkenaan gerakan ini boleh diperolehi di www.anakmudamalaysia.com dan juga laman facebook Umno-Parti-Haram beberapa laman FB serta blog sekutu.

Gerakan ini juga akan memfailkan satu petisyen mahkamah berkenaan perkara ini dalam masa terdekat. Ini satu gerakan serius selain dari usaha menggunakan seluruh ruang teknikal perundangan, gerakan ini juga akan menjadikan PRU-13 sebagai satu proses referendum rakyat untuk menolak organisasi haram sebagai pemerintah negara.

Mohon kerjasama semua pemain cyber dan editor media rasmi agar sama membantu hebahan dan dalam masa terdekat akan diadakan satu pelancaran terbuka ‘Gerakan Haramkan Umno’ di ibukota.

Sekian.

che’GuBard
Ketua Penyelaras Kebangsaan
Solidariti Anak Muda Malaysia

SATU LAGI BUKTI PENIPUAN SPR


TIPU PILIHAN RAYA
TURUN
JALAN RAYA
 KOMENTAR  TUKAR TIUB
ini kenyataan husam musa dalam harakah daily
jelas husam tahu penipuan  telah menjatuhkan
kerajaan pas di teranganu pada tahun 2004
projek ini dipanggil projek teranganu
kepala projek ini namanya idris jusuh
idris jusuh telah membawa template ini ke selangor
template ini sedang digunakan di selangor
pengundi selangor akan ditipu
selangor akan jatuh ke tangan gerombolan
dengan cara penipuan
selangor akan jatuh bukan kerana TIDAK ada sokongan
selangor jatuh kerana penipuan
justeru bersedia 
 jika rancangan tipu ini berjaya
maka rakyat tidak ada pilihan 
meliankan turun ke jalan raya

NOTA
husam musa
bukan bawa fitnah
hiusam musa membawa amaran
husam musa menyegar ingatan

ANAK MUDA
BERSEDIA
KE JALAN RAYA



KUALA TERENGGANU: Program 'Gelombang Biru' yang mula diperkenalkan Umno dan Barisan Nasional semasa zaman pemerintahan kerajaan PAS di negeri Terengganu, bukanlah kebangkitan sebenar rakyat.

Menurut Naib Presiden PAS,  Husam Musa , program tersebut sengaja di reka Umno-BN kerana mahu mengaburi mata rakyat daripada 'kerja kotor' memanupulasi daftar pemilih dan mendaftarkan 'pengundi hantu' dari negeri Selangor.

"Dia ambil orang-orang (Umno) Selangor puluh-puluh ribu, dia bawa mari daftar di Terengganu, naik daftar (undi) Terengganu berlipat kali ganda, bila mari pilihan raya tahun 2004.

"Dia mari mengundi di Terengganu, waktu petang balik mengundi di Selangor, SPR khusus untuk Selangor sahaja sambung waktu mengundi sampai pukul tujuh (malam).

"Kerana tu Umno menang di Terengganu, bukan sebab anak Terengganu yang lahir di Terengganu nak tukar kerajaan, (ketika itu) dia start (mula program gelombang biru, konon-kononnya orang (ramai) masuk Umno,"jelas  Husam.

Beliau berkata, program gelombang biru tersebut dibuat supaya kelihatan di seluruh negara bahawa orang-orang Terengganu mahu berubah, pada hal ia tidak berlaku sedemikian.

Datuk Husam berkata demikian ketika menyampaikan ceramah di Hulu Besut baru-baru ini, bagi meraikan seramai 31 orang ahli dan aktivis Umno keluar dari parti itu dan menyerahkan borang permohonan seumur hidup menjad ahli PAS.

Menurutnya, takdir Allah SWT, Idris Jusoh yang menjadi 'dalang' penipuan tersebut telah menerima nasib buruk, dan tidak dilantik Menjadi Menteri Besar walaupun Umno-BN menang pada tahun 2008.
[Gambar - Idris walaupun menafikan, namun kelihatan amat sedih ketika Ahmad said dilantik Menteri Besar selepas PRU-12 tahun 2008]

DUN NS pertama bubar secara automatik pada 27 Mac 2013


Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan
Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan perlu menulis surat kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi memaklumkan DUN itu terbubar dengan sendiri pada 27 Mac ini jika tiada pengumuman dibuat pembubarannya esok.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, ini kerana DUN sekarang akan tamat tempohnya esok selepas lima tahun bersidang.

Pihak SPR pula, tambah beliau, mempunyai masa selama 60 hari daripada tarikh pembubaran untuk mengadakan pilihan raya.

"Speaker (Negeri Sembilan) akan menulis surat kepada SPR memaklumkan DUN Negeri Sembilan terbubar. SPR pula mempunyai masa 60 hari untuk untuk mengadakan pilihan raya," katanya.

Negeri Sembilan dengan 36 kerusi DUN adalah negeri pertama yang terbubar secara automatik pada 27 Mac ini selepas cukup tempoh lima tahun.

Sebanyak 21 kerusi di negeri itu dikuasai BN dan 15 kerusi lagi dikuasai Pakatan Rakyat dengan DAP menguasai sepuluh kerusi, PKR empat kerusi dan PAS pula satu kerusi.

Sunday, March 24, 2013

Hangat!! Tun Faisal Buatkan 'Abang Papa Gomo' Demam Tak Kebah2, RM100 Juta Beb!!!


Individu yang dikaitkan dengan Papa Gomo, Wan Muhammad Azri Wan Deris menafikan dirinya adalah blogger pro-Umno seperti yang didakwa oleh PKR, semalam.

Sebaliknya, Wan Muhammad Azri menegaskan beliau adalah Ketua Eksekutif KL POS Media & Production Sdn Bhd."Saya nak maklum bahawa nama saya adalah Wan Muhammad Azri Wan Deris, kad pengenalan 8301210350** dan merupakan Ketua Eksekutif KL POS Media & Production Sdn Bhd."Saya tegaskan di sini bahawa saya bukan blogger Papa Gomo seperti didakwa pembangkang," katanya dalam satu khidmat pesanan ringkas (SMS), semalam.


Wan Muhammad Azri turut menafikan dakwaan Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli bahawa beliau pernah menjadi pengundi hantu kerana beliau belum pernah mengundi sebelum ini."Macam mana (boleh jadi) pengundi hantu sedangkan saya belum pernah mengundi lagi. PRU12 (Pilihan Raya Umum ke-12) saya belum ada kesedaran untuk mengundi."Sekarang, saya daftar mengundi di Parlimen Wangsa Maju dan tidak pernah mendaftar untuk mengundi di mana-mana tempat selain Wangsa Maju," katanya.

Memamg kat dalam blog papa gomo selalu promote KLPOS. Tapi tak semestinya dia adalah pemilik KLPOS. Promote je. Mungkin ini la antara hujah yang papa gomo akan gunakan. Nak defend diri dia. Takpela.Nama boleh sama. Kebetulan.No IC takan boleh sama gak kot?Rupa takan boleh sama gak kot?Bekas isteri takan boleh sama gak kot?Anak2 takan boleh sama gak kot?Hehe.Sekarang neh kita dah tahu rupa papa gomo macam mana. Kat bawah neh confirm muka papa gomo.

Wajah dia mula2 sekali disebarkan oleh Tun Faisal. Di laman facebook Tun Faisal sendiri. Dia ada menulis berjumpa dengan penulis blog umno, papa gomo di PWTC. Ketika itu papa gomo meniaga di PWTC. Then selepas itu ia disebarkan oleh beberapa orang. Dan ia juga pernah disebarkan oleh utusan sendiri. So kat sini dah memang confirm, sahih dan terbukti wajah papa gomo adalah seperti di bawah ini.Sekarang neh kita nak tengok rupa Wan Mohammad Azri pula.

Jangan la ingat dengan amek sesiapa saja menjadi Wan Mohammad Azri orang akan percaya. Mestilah orang nak tengok sekali data dalam IC. Betul ke individu tue Wan Mohammad Azri.No IC Wan Mohammad Azri didedahkan oleh dia sendiri kat atas neh. Sama sebijik yang macam PKR dedahkan. Ini bermaksud kalau Wan Mohammad Azri bukan papa gomo, papa gomo mestilah mempunyai no IC yang berbeza. Bekas isteri papa gomo tahu no IC papa gomo.

Bahkan ramai lagi orang lain yang tahu no IC papa gomo.Mungkin lebih manis dan molek kalau papa gomo sendiri yang dedahkan. Kita takmo main isu2 peribadi dia kat sini, oke. Sama seperti kita menjaga rahsia dia masuk penjara. Kalau bukan SPRM yang hebahkan, kita pun tak buka mulut.Hehe.Takan lepas kena saman RM100 juta terus tak mengaku tuan punya blog kot? ~amenoworld

Gempar!! Hishamuddin Lari Dari Parlimen Sembrong?


Dianggarkan kira-kira 20,000 orang sedang membanjiri Johor Bharu mendengar pidato dari pemimpin Pakatan Rakyat diketuai Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim.

Hadirin mula tiba sejak jam 8 malam lagi walaupun dikhabarkan beberapa kain rentang dirosakkan syaitan yang dikenali.

Turut hadir, Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub, Pengerusi DAP negeri, Boo Cheng Hau dan Setiausaha Agung KEADILAN, Saifuddin Nasution Ismail.

Parlimen ini diwakili veteran Umno, Shahir Samad yang digugurkan dari kabinet selepas perdana menteri, Najib Altantuya menggantikan Abdullah Badawi pada April 2009.

Pada pilihanraya umum lalu, Shahir menewaskan calon Parti Sosialis Malaysia (PSM), Hassan Karim dengan majoriti 25,349 undi.

Terdahulu, Salahuddin dalam ucapannya mendakwa ahli parlimen Sembrong, Hishammuddin Hussein dikatakan akan lari dari kawasan parlimennya mencari kerusi yang lebih selamat.

Salahuddin mendapat maklumat terbaru berdasarkan perkembangan semasa yang dilihat pengundi parlimen itu kini semakin kritikal dengan khidmatnya sebagai ahli parlimen.

Dikatakan Hishammuddin akan bertanding di parlimen Kota Tinggi yang kini disandang Syed Hamid Albar yang memilih untuk tidak mempertahankan kerusinya.

Sembrong merupakan kerusi campuran dengan pengundi Melayu kira-kira 54 peratus, Cina 36 peratus dan kaum India kira-kira sembilan peratus.

Hishammuddin menang dengan majoriti 11,570 undi tetapi angka tersebut dijangka berubah pada trend menurun hingga kini dianggap berstatus kelabu (50-50).

Selain itu, faktor perubahan undi pengundi muda dan pengundi kali pertama yang tidak memihak Hishammuddin antara sebab mengapa dia kini hampir pasti bertanding di Kota Tinggi yang dianggap kubu kuat Umno.

Nampaknya KEADILAN terus menampilkan muka-muka baru sesuai dengan perkembangan semasa dan keperluan politik bagi mencapai sasaran menawan Putrajaya dalam pilihanraya umum akan datang.

Malam tadi, Anwar mengisytiharkan ahli parlimen Selayang, William Leong Jee Ken sekali lagi dicalonkan mempertahankan kerusi tersebut bagi penggal kedua dalam jelajah yang sama di Kuang, Rawang, Selangor malam tadi.

SENARAI CALON KEADILAN - PAKATAN RAKYAT (dikemas kini setakat 23 Mac 2013)

Johor Bharu - Tan Poh Lai
Pasir Gudang - Let Jen (B) Abdul Ghafir Abdul Hamid
Selayang - William Leong Jee Ken (penyandang)
Kuantan - Fuziah Salleh (penyandang)
Padang Serai - N Surendran
Kulim-Bandar Baharu - Saifuddin Nasution Ismail (bertukar dari parlimen Machang)
Sungai Petani - Johari Abdul (penyandang)
Sabak Bernam - Dr Abdul Aziz Bari
Bagan Serai - Dr Muhammad Nur Manuty
Lembah Pantai - Nurul Izzah Anwar (penyandang)
Pandan - Rafizi Ramli
Bukit Katil - Shamsul Iskandar Md Akin 
Batang Lupar - Zulkifli Abang Engkeh
Saratok - Ali Biju
Hulu Rajang - Abun Sui Anyit
Baram - Roland Engan
Limbang - Baru Bian
Wangsa Maju - Dr Tan Kee Kwong (belum diumumkan)
Setiawangsa - Ibrahim Yaacob (belum diumumkan)
Segamat - Chua Jui Meng (belum disah dan diumumkan)
Batu Pahat - Syed Hamid Ali (belum disah dan diumumkan)

SENARAI CALON DAP - PAKATAN RAKYAT (dikemas kini setakat 23 Mac 2013)

Gelang Patah - Lim Kit Siang
Kluang - Liew Chin Tong (belum disah dan diumumkan)
Ipoh Timur - Thomas Su (belum disah dan diumumkan)
Ipoh Barat - Wong Kah Woh (belum disah dan diumumkan)
Batu Gajah - V Sivakumar (belum disah dan diumumkan)



~jalan pulang

Friday, March 22, 2013

MALAM INI ANWAR DI KG BARU KL

MALAM INI ANWAR DI KG BARU KL

PANAS! Punca Parlimen Tak Jadi Bubar Terbongkar!


Ekoran kekalahan teruk pada pilihanraya umum lalu, rombakan besar-besaran dipercayai telah dilakukan dalam senarai calon Barisan Nasional (BN) kali ini.

Dua tokoh utama parti komponen BN juga dikatakan tidak tersenarai sebagai calon pada Pilihanraya Umum ke-13.

Menurut sumber, hanya tiga presiden parti komponen utama BN di Semenanjung Malaysia iaitu Presiden Umno, Najib Altantuya; Presiden MIC, G. Palanivel dan Presiden PPP, M. Kayveas yang akan bertanding dalam pilihanraya akan datang.

"Mesyuarat kelmarin masih belum ada keputusan lagi. Masih ada pembahagian, parti mana ambil berapa kerusi," kata seorang sumber yang mahu namanya dirahsiakan.

Keputusan itu dicapai dalam pertemuan perdana menteri bersama ketua-ketua komponen BN kelmarin.

Dengan itu, nama-nama besar seperti Chua Soi Lek dan Koh Tsu Koon tidak akan bertanding dalam pilihanraya umum kali ini.

Soi Lek merupakan Presiden MCA dan Tsu Koon mengetuai parti Gerakan.

BN terdiri daripada 13 parti komponen semuanya.

Tsu Koon yang merupakan bekas Ketua Menteri Pulau Pinang turut kalah pada pilihanraya umum yang lalu.

Beliau telah pun mengumumkan tidak akan bertanding beberapa bulan lalu.

Menurut sumber itu lagi, mesyuarat bersama Najib Altantuya akan bersambung lagi hari ini dan beliau yakin akan ada beberapa pertemuan lagi bagi memuktamadkan pembahagian kerusi BN.

"Tak akan selesai esok (hari ini). Ada banyak perubahan sebab kalah dulu," katanya.

Laporan Bernama semalam menyebut bahawa Soi Lek enggan menafi atau mengesahkan dakwaan yang beliau akan meletak jawatan jika bekas presiden MCA, Ong Tee Keat dipilih sebagai calon BN.

Soi Lek berkata, tindakan berkenaan bagi menghormati segala maklumat perbincangan antara beliau dan Perdana Menteri kerana ia sepatutnya tidak dikongsi dengan pihak lain.

Sementara dari segi penyandang kerusi pula, ahli parlimen Kuala Kangsar, Rafidah Aziz paling awal mengucapkan selamat tinggal kepada kerusi kesayangannya.

Selain Rafidah, bekas perdana menteri, Abdullah Badawi juga hampir pasti tidak mempertahankan kerusi Kepala Batas manakala ahli parlimen Pengerang, Azalina Othman Said dijangka kekal untuk membawa misi memberi penerangan terhadap projek RAPID bernilai RM60 bilion.

Tan Chai Ho nampaknya sekali lagi dicalonkan BN bagi menghadapi ahli parlimen Bandar Tun Razak, Khalid Ibrahim walaupun Umno menuntut agar kerusi itu diberikan kepada mereka.

Keputusan sudah dapat dijangka kerana majoriti pengundi mahukan calon Melayu dan menolak Chai Ho, sekaligus memastikan Khalid bakal memegang kerusi tersebut buat dua penggal berturut-turut.

Akhbar The Star juga melihat menteri besar Pahang, Adnan Yaakob bakal digantikan dengan pemimpin muda Umno kerana dianggap gagal dalam isu Lynas di Gebeng dan masalah tekanan air rendah di Kuantan dan Indera Mahkota.

Selain masalah kepimpinan, isu terbaru membabitkan ketua pemuda Umno negeri juga memalapkan impian Adnan yang bakal dikerat telinganya jika BN tewas di parlimen Bentong yang ditandingi timbalan presiden MCA, Liow Tiong Lai.

Di Melaka pula, pengunduran ketua menteri Ali Rustam kini 85 peratus dipercayai Najib Altantuya mahukan dia bertanding di parlimen Jasin.

Bagaimanapun penggantinya masih menjadi teka-teki antara tiga nama yang disenarai pendek termasuk ahli parlimen Tangga Batu, Idris Haron.

Terengganu pula menyaksikan kedudukan Ahmad Said kini menjadi tanda tanya apabila dikatakan ramai penyokongnya dicantas kali ini, sekaligus kedudukannya sendiri sudah tidak selamat sebagai menteri besar.

Perkembangan menarik ini akan terus menjadi topik hangat dan keputusan muktamad akan dapat diketahui beberapa hari lagi.

PECAH BERITA! Papa Gomo Rupanya PENGUNDI HANTU!


Pasukan KEADILAN telah memulakan siasatan untuk mengenalpasti individu yang mengendalikan laman Papagomo yang bertindak sebagai ruang menabur fitnah dan didokong sepenuhnya oleh Umno.
Siasatan menunjukkan individu yang bernama Wan Muhammad Azri Wan Deris ini adalah seorang bekas anggota polis trafik berpangkat koperal yang telah dijatuhkan hukuman penjara kerana bersalah memeras ugut seorang yang disyaki penagih dadah untuk mendapat suapan rasuah.
(Maklumat lanjut pertuduhan dan kesalahan ada dilampirkan di Lampiran A, hasil semakan dengan pengkalan data SPRM)
Semakan tersebut mengesahkan nombor pengenalan polis Papagomo yang bernombor RF142863.
Dengan nombor tersebut, pasukan KEADILAN telah menyemak pula rekod Papagomo dengan sistem semakan daftar undi SPR. Hasil semakan sangatlah mengejutkan kerana Papagomo yang telah pun tidak lagi berkhidmat dengan Polis Diraja Malaysia kerana kesalahan rasuah masih lagi tersenarai sebagai pengundi pos di Ibupejabat Polis Daerah (IPD) Ampang. Bukti paparan skrin bahawa Papagomo masih disenaraikan sebagai pengundi pos di IPD Ampang disertakan dalam Lampiran B.

Kami kemudiannya menyemak pula status pendaftaran undi Papagomo sebagai pengundi biasa di sistem yang sama. Seperti yang dijangka, Papagomo juga turut tersenarai sebagai pengundi biasa dengan menggunakan kad pengenalan 830121-03-5019. Dengan menggunakan kad pengenalan itu, Papagomo disenaraikan sebagai pengundi di Parlimen Wangsa Maju seperti paparan skrin dalam Lampiran B.


Oleh kerana tarikh lahir yang berbeza digunakan di dalam sistem semakan daftar undi SPR, pasukan KEADILAN kemudiannya menyemak pula alamat-alamat yang pernah digunakan oleh Papagomo dalam dokumen-dokumen rasmi.
Saya mengesahkan bahawa kami ada dokumen yang membuktikan bahawa Papagomo memang menggunakan dua alamat yang berbeza secara seiringan di dalam dokumen-dokumen rasmi bersabit peguam dan mahkamat seperti berikut:
Alamat Pertama dalam Parlimen Wangsa Maju yang kini didiami:
F-1-9, Villa Danau Apartment, Jalan 5/23E, Taman Danau Kota, 53300 Kuala Lumpur
Alamat Kedua dalam Parlimen Ampang:
SD6, Jalan Nilam, Taman Bukit Ampang, Ampang, Selangor
Penemuan ini membuktikan bahawa pengundi hantu memang wujud di dalam daftar pengundi apabila Papagomo dibenarkan mengundi dua kali. Kehadiran pengundi-pengundi hantu seperti Papagomo ini perlu dijawab sepenuhnya oleh Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) kerana rakyat mahu tahu berapa ramai lagi petugas Umno seperti Papagomo yang mempunyai pendaftaran berganda di dalam daftar pemilih?
Saya juga menyeru rakyat Malaysia supaya menolak individu yang bankrap moral dan akhlak seperti Papagomo yang bukan sahaja seorang penerima rasuah, tetapi menjadi penyebar fitnah utama di dalam masyarakat kita. Rakyat Malaysia juga perlu menolak budaya Umno yang mendokong dan menggunakan individu seperti Papagomo untuk menyebarkan fitnah terhadap musuh politik kerana Umno tidak berani berdepan dalam isu rakyat seperti ekonomi, pendidikan, keselamatan dan lain-lain.
Sekiranya SPR tidak menjawab pertuduhan ini, ia hanya menguatkan persepsi masyarakat bahawa SPR sedang bertungkus lumus cuba memastikan kemenangan Umno/BN melalui daftar undi yang tidak bersih.
RAFIZI RAMLI
Pengarah Strategi
22 MAC 2013
LAMPIRAN A – MAKLUMAT DARI PENGKALAN DATA SPRM
No Pengenalan Diri : RF 142863
Nama : Wan Muhammad Azri bin Wan Deris
No Kes : B-06B-68-2011
Mahkamah :
Hakim : Y. A. Linton Albert [HMR], Y. A Datuk Wira Mohtarudin bin Baki [HMR] & Y. A Datuk Mohad Zawawi b
Pendakwaan : TPR Nik Azrin Zairin bt Nik Abdullah
PeguamBela : Samsul Sulaiman
Kesalahan : Seksyen 10(a)(bb) dan seksyen 11(a) Akta Pencegahan Rasuah 1997 (Akta 575)
Jantina : Lelaki
Warganegara : Malaysia
Negeri : Selangor
Kategori : Penjawat Awam
Majikan : Polis Di Raja Malaysia
Jawatan : Koperal
Tarikh sabitan : 06/09/2012
Pertuduhan : “Pertuduhan Pertama: Bahawa kamu pada 29.11.2004, di antara jam 1.00 petang dan 3.00 petang, di Pandan Indah, di dalam Daerah Ampang, dalam Negeri Selangor, sebagai ejen kerajaan Malaysia iaitu anggota Polis Trafik yang bertugas di Balai Polis Trafik Ampang, telah secara rasuah telah meminta suatu suapan untuk diri kamu iaitu wang tunai RM1000.00 daripada seorang yang bernama Mohd Rahyudi bin Mokhtar sebagai dorongan bagi melakukan suatu perbuatan berhubung dengan hal ehwal prinsipal kamu iaitu tidak mengambil tindakan undang-undang terhadap Mohd Rahyudi bin Mokhtar yang dikatakan memiliki jarum suntikan untuk menagih dadah dan dengan itu kamu telah melakukan satu kesalahan yang di bawah seksyen 10(a)(bb) Akta Pencegahan Rasuah 1997 (Akta 575) dan boleh dihukum di bawah seksyen 16 Akta yang sama.
Pertuduhan Kedua: Bahawa kamu pada 30.11.2004, di antara jam 11.40 pgai di lorong tidak bernama di belakang sebuah Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Ampang, di dalam Daerah Ampang, dalam Negeri Selangor, sebagai ejen kerajaan Malaysia iaitu anggota Polis Trafik yang bertugas di Balai Polis Trafik Ampang, telah secara rasuah telah menyetuju-terima suatu suapan untuk diri kamu iaitu wang tunai RM400.00 daripada seorang yang bernama Mohd Rahyudi bin Mokhtar sebagai dorongan bagi melakukan suatu perbuatan berhubung dengan hal ehwal prinsipal kamu iaitu tidak mengambil tindakan undang-undang terhadap Mohd Rahyudi bin Mokhtar yang dikatakan memiliki jarum suntikan untuk menagih dadah dan dengan itu kamu telah melakukan satu kesalahan yang di bawah seksyen 11(a) Akta Pencegahan Rasuah 1997 (Akta 575) dan boleh dihukum di bawah seksyen 16 Akta yang sama. ”
Hukuman : “Keputusan Hakim Mahkamah Sesyen Pertuduhan pertama: Penjara 5 bulan dan denda RM10,000 (tidak bayar, penjara 8 bulan) Pertuduhan kedua: Penjara 5 bulan dan denda RM10,000 (tidak bayar, denda 8 bulan). Hukuman penjara berjalan berasingan. Keputusan Mahkamah Tinggi: Mahkamah telah menolak rayuan Perayu terhadap sabitan. Keputusan Hakim Mahkamah Sesyen dikekalkan. Mahkamah Rayuan: Rayuan OKT ditolak. Mahkamah telah mengurangkan hukuman penjara dari 5 bulan kepada 14 hari dan denda RM10,000.00 id 8 bulan penjara adalah dikekalkan bagi kedua-dua pertuduhan. Hukuman penjara adalah berjalan secara serentak”
RAFIZI RAMLI
Pengarah Strategi KEADILAN
22 Mac 2013