Friday, October 12, 2012

Perbendaharaan akui anggaran kos Pakatan tepat

Kenyataan Datuk Seri Husni Hanadzlah, Menteri Kewangan II yang disiarkan oleh The Sun [1] disambut baik oleh Jawatankuasa Manifesto dan Dasar Pakatan Rakyat yang bertanggungjawab merangka Belanjawan Pakatan Rakyat 2013.


Ia mengesahkan bahawa Kerajaan Persekutuan memandang serius segala cadangan dan penyelesaian ekonomi yang dikemukakan oleh Pakatan Rakyat. Ini membayangkan juga bahawa keupayaan pentadbiran Pakatan Rakyat dan kemampuannya merancang ekonomi negara turut dihormati dan digeruni oleh Barisan Nasional.

Oleh sebab itulah, sepanjang bermulanya persidangan Parlimen sesi ini, ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional lebih gemar menghabiskan masa yang diperuntukkan membahaskan Belanjawan Pakatan Rakyat 2013. Mereka lebih takutkan pengaruh dan perbandingan dasar yang dibawa oleh Belanjawan Pakatan Rakyat 2013 sehingga mereka mengabaikan terus belanjawan yang dibentangkan Perdana Menteri sendiri.

Tidak cukup dengan itu, menteri-menteri kanan seperti Datuk Seri Husni Hanadzlah sendiri mengerah kakitangan awam di Perbendaharaan dan jabatan-jabatan lain bekerja lebih masa untuk mencari bidasan bagi menjawab cadangan dasar yang dibuat Pakatan Rakyat, seperti yang dibacakan oleh beliau semalam.

Walaupun ini satu perkembangan yang baik, kami ingin mengingatkan bahawa kerahan seluruh jentera kerajaan untuk mencari bidasan kepada cadangan dasar Pakatan Rakyat adalah satu salahguna kuasa berbentuk partisan, memandangkan perkara-perkara berikut:

1.      Jawatankuasa Manifesto dan Dasar Pakatan Rakyat tidak diberikan akses sama sekali kepada semua data, angka dan statistik yang diperlukan sepenuhnya untuk membuat unjuran yang membolehkan kami berdepan dengan pukulan curi seperti yang dibuat oleh Dato’ Seri Husni hanadzlah

2.      Jawatankuasa Manifesto dan Dasar Pakatan Rakyat hanya dianggotai oleh 12 orang dan dibantu oleh sekumpulan sukarelawan yang kecil berbanding keseluruhan jentera kerajaan

3.      Jabatan dan jentera kerajaan seperti pegawai-pegawai Perbendaharaan tidaklah boleh diarah untuk menjadi kakitangan parti pemerintah seperti Umno dalam menjawab cadangan-cadangan dasar. Tugas itu wajiblah dipikul oleh kakitangan ibupejabat Umno sendiri, seperti yang diamalkan oleh Pakatan Rakyat

Oleh yang demikian, untuk merancakkan lagi amalan demokrasi di negara ini, kami mengesyorkan supaya sebuah Pejabat Belanjawan Parlimen yang bebas dan tidak berpihak ditubuhkan. Pejabat ini bertanggungjawab menyediakan analisis perbelanjaan/belanjawan dan maklumat ekonomi kepada ahli-ahli parlimen secara objektif supaya perbahasan dasar dan keputusan kewangan boleh dibuat secara telus, bebas dan tepat.

Pun begitu, analisa yang dibuat oleh Perbendaharaan dan digunakan oleh Datuk Seri Husni Hanadzlah sebagai bidasan ternyata memakan diri sendiri kerana ia mengesahkan bahawa anggaran kos yang digunakan oleh Pakatan Rakyat bagi membiayai program-program ekonominya adalah tepat.

Angka-angka anggaran kos bagi program-program Pakatan Rakyat seperti yang diumumkan Perbendaharaan adalah hampir sama dengan angka-angka anggaran yang digunakan Pakatan Rakyat selama ini. Malah, angka-angka terbaru mengikut analisa Perbendaharaan dan digunakan oleh Datuk Seri Husni Hanadzlah adalah jauh berbeza dengan pelbagai angka yang digunakan oleh Barisan Nasional sebelum ini.

Kami merumuskan perbandingan kos ini di dalam Jadual 1 seperti berikut:


PROGRAM PAKATAN RAKYAT
ANGGARAN PR (RM bilion)
ANGGARAN PERBENDAHARAAN[2] (RM bilion)
ANGGARAN BN TERDAHULU[3]
Menghapuskan tol
6.0
6.0
50.0
Kos menyediakan pendidikan percuma
4.0
5.0
18.5
Kos menghapuskan hutang PTPTN
2.0
Tidak diperincikan, tetapi RM30b boleh dibayar dalam tempoh 20 tahun pada kos RM2b setahun
Pelarasan gaji kakitangan awam untuk melaksanakan gaji minima RM1,100
2.0
4.4
Tidak dinyatakan
Caruman Wanita Nasional
3.0
Tidak dibantah, maknanya bersetuju
Tidak dinyatakan
Bonus Warga Emas
3.0
Tidak dibantah, maknanya bersetuju
Tidak dinyatakan
Kenaikan royalti 20% kepada negeri-negeri pengeluar minyak
12.5
Tidak dibantah, maknanya bersetuju
12.5
Pengurangan duti eksais secara berperingkat untuk menurunkan harga kereta
2.0
Tidak dibantah, maknanya bersetuju
8.0
Jadual 1: Perbandingan anggaran kos tahunan program-program Pakatan Rakyat

Mengambil kira bahawa Perbendaharaan telah diarahkan supaya mengkaji cadangan dasar Pakatan Rakyat dan setiap anggaran kos dengan teliti, angka-angka yang dikeluarkan oleh Perbendaharaan menunjukkan bahawa ia (Perbendaharaan) bersetuju dengan anggaran kos yang dibuat oleh Pakatan Rakyat selama ini. Malah, ia juga membuktikan bahawa segala angka yang digunakan oleh pimpinan Barisan Nasional selama ini adalah tidak tepat dan cubaan menakut-nakutkan rakyat semata-mata.

Jawapan kami kepada persoalan-persoalan khusus yang ditimbulkan oleh Datuk Seri Husni Hanadzlah adalah seperti berikut:

1. Peruntukan RM56 bilion bagi gaji kakitangan awam akan menyebabkan 72,000 kakitangan awam hilang pekerjaan

Pakatan Rakyat telah menjelaskan bahawa kenaikan peruntukan gaji kakitangan awam sebanyak RM4 bilion atau purata 8% adalah mencukupi bagi menampung kenaikan gaji semua kakitangan awam, dengan syarat peruntukan bagi gaji ditambah dan peruntukan bagi faedah-faedah bukan kewangan berjumlah RM1 bilion disemak semula untuk menjimatkan kos.

Pakatan Rakyat percaya bahawa kenaikan peruntukan sewajarnya diagihkan terus dalam bentuk penggajian kepada kakitangan awam, bukannya tenggelam di dalam kenaikan kos bukan gaji yang disembunyikan di dalam angka besar.

Lagipun, rekod pentadbiran Pakatan Rakyat menunjukkan bahawa tidak ada seorang pun kakitangan awam yang terpaksa diberhentikan apabila Pakatan Rakyat mengambil alih pentadbiran di negeri-negeri Kelantan, Terengganu, Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor. Malah, bonus tahunan yang dinikmati di negeri-negeri seperti Selangor dan Perak adalah lebih baik berbanding bonus persekutuan.

2.      Tiada peruntukan dibuat bagi dasar-dasar tertentu

Dato’ Seri Husni Hanadzlah menuduh kononnya tiada peruntukan dibuat bagi membiayai pembatalan PTPTN, penghapusan tol, Bonus Warga Emas dan pelaksanaan gaji minima RM1,100 kepada kakitangan awam.

Sebenarnya, peruntukan sepenuhnya telah dibuat di dalam Belanjawan Pakatan Rakyat 2013 bagi program-program, seperti yang diperincikan di dalam Jadual 2:

PROGRAM PAKATAN RAKYAT
ANGGARAN KOS (RM bilion)
Menghapuskan tol
6.0
Kos menyediakan pendidikan percuma
4.0
Kos menghapuskan hutang PTPTN
2.0
Pelarasan gaji kakitangan awam untuk melaksanakan gaji minima RM1,100
2.0
Caruman Wanita Nasional
3.0
Bonus Warga Emas
3.0
Kenaikan royalti 20% kepada negeri-negeri pengeluar minyak
12.5
Pengurangan duti eksais secara berperingkat untuk menurunkan harga kereta
2.0
Suntikan dana perumahan rakyat melalui Perbadanan Perumahan Negara
5.0
Elaun khas perguruan RM500 sebulan
2.4
JUMLAH
41.9
Jadual 2: Peruntukan Belanjawan Pakatan Rakyat 2013

Peruntukan ini dibuat dengan mengambil kira bahawa potensi penjimatan dengan menghapuskan rasuah, ketirisan dan kronisme adalah besar dan mampu membiayai program-program tersebut.

Berdasarkan Belanjawan BN 2013, perbelanjaan-perbelanjaan berikut adalah perbelanjaan berbentuk perolehan, agihan melalui sistem tidak telus yang ditentukan oleh kerajaan atau pun caj hutang akibat keborosan berhutang – yang berpotensi untuk dipotong atau dijimatkan melalui pentadbiran yang telus:

JENIS PERBELANJAAN YANG DIKAWAL KERAJAAN SETIAP TAHUN
PERUNTUKAN (RM bilion)
Belanja Mengurus:
Perkhidmatan dan Bekalan
33.7
Belanja Mengurus:
Pembelian aset
1.1
Belanja Mengurus:
Caj Perkhidmatan Hutang
22.2
Belanja Mengurus:
Subsidi dan Bayaran Tetap
37.6
Belanja Mengurus:
Kos perolehan badan kerajaan melalui geran kerajaan
7.0
Belanja Mengurus:
Lain-lain
14.8
Belanja Pembangunan:
Projek, infrastruktur, suntikan dan lain-lain
50.0
Perbelanjaan perolehan, kontrak dan pelaburan oleh PETRONAS dan syarikat-syarikat kerajaan
50.0
JUMLAH
216.4
Jadual 3: Perbelanjaan tahunan yang dikawal kerajaan persekutuan

Atas sasaran penjimatan 20% ke atas semua perbelanjaan tahunan yang dikawal kerajaan persekutuan ini dengan menghapuskan pembaziran, menghentikan ketirisan dan mencegah rasuah, Pakatan Rakyat percaya potensi peruntukan yang boleh digunakan untuk membiayai program pro-rakyat adalah RM43 bilion. Jumlah ini lebih tinggi dari kos untuk menampung program-program Pakatan Rakyat yang dimasukkan di dalam Belanjawan Pakatan Rakyat 2013 iaitu RM41.9 bilion.

Lagipun, kerajaan-kerajaan Pakatan Rakyat telah membuktikan bahawa penjimatan 20% ke atas perbelanjaan kerajaan boleh dicapai. Kerajaan Selangor di bawah pimpinan Tan Sri Khalid Ibrahim misalnya telah mencatatkan penjimatan 24% atau RM106 juta bagi kontrak-kontrak kejuruteraan awam dalam tempoh 9 bulan pertama 2012.

Penjelasan panjang lebar ini selari dengan anggaran kos yang dibuat oleh Perbendaharaan mengenai program-program Pakatan Rakyat. Batu penghalang kepada pelaksanaan program-program pro-rakyat adalah keborosan dan kecenderongan Barisan Nasional bergelumang dengan rasuah. -Hrkh

Bagi pihak
Jawatankuasa Dasar & Manifesto Pakatan Rakyat
RAFIZI RAMLI
PENGARAH STRATEGI KEADILAN

YB LIEW CHIN TONG
AHLI PARLIMEN BUKIT BENDERA

YB NURUL IZZAH ANWAR
AHLI PARLIMEN LEMBAH PANTAI

YB DR DZULKIFLY AHMAD
AHLI PARLIMEN KUALA SELANGOR

11 OKTOBER 2012

KANTOI! Jumlah Perbelanjaan Najib Altantuya Ke Luar Negara Terbongkar!

Lawatan Perdana Menteri Lawatan Rasmi Najib Razak ke London, New York, Washington DC Berjumlah RM2,908,563.82. Sempat Singgah Milan & Dubai!!

Heboh semalam di merata ceruk Malaysia perihal bagaimana akhirnya terbongkar juga kisah pertemuan rahsia yang berlaku antara Perdana Menteri, Najib Altantuya dan spekulator matawang, George Soros pada 27 September 2010.

Namun sekiranya anda masih ingat lagi beberapa bulan lalu, atau lebih tepat, antara 13 Mei 2012 hingga 24 Mei tahun yang sama, Najib Altantuya ada pergi ke beberapa bandar-bandar besar di dunia di atas beberapa sebab termasuk urusan kerajaan dan ada juga melibatkan urusan peribadi Najib Altantuya sekeluarga. 

Dan jumlah perbelanjaan sepanjang 11 hari Najib Altantuya berada di luar negara, rupanya telah menelan perbelanjaan kerajaan hampir RM3 juta.

Di bawah ini adalah jawapan bertulis bagi soalan lisan di Dewan Rakyat antara ahli Parlimen Seputeh (Teresa Kok) dan juga Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Nazri Aziz) berdasarkan hansard parlimen yang disediakan :

Lawatan rasmi Perdana Menteri : Soalan Dan Jawapan di Dewan Rakyat

SOALAN:
Puan Teresa Kok Suh Sim [Seputeh] minta PERDANA MENTERI menyatakan pecahan perbelanjaan lawatan Perdana Menteri ke United Kingdom, Amerika Syarikat dan Sepanyol. Berapakah hari dalam lawatan ini adalah urusan peribadi dan berapa hari adalah urusan rasmi.
JAWAPAN:
DATO’ SERI MOHAMED NAZRI ABDUL AZIZ MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI : 
Tuan Yang di-Pertua, Pecahan perbelanjaan bagi lawatan YAB Perdana Menteri dan Delegasi ke United Kingdom dan Amerika Syarikat bagi tahun 2012 adalah seperti berikut:
BIL / TEMPAT / TUJUAN / TARIKH / AMAUN (RM)
  1. London – Lawatan kerja untuk menghadiri jemputan Majlis Resepsi yang dihoskan oleh Putera Charles 13-15 Mei 2012 849,175.33
  2. New York – Lawatan kerja untuk menghadiri mesyuarat Global Science and Innovation Advisory Council 15-18 Mei 2012 1,606,402.75
  3. Washington – Pegawai mengiringi lawatan peribadi YAB Perdana Menteri 19-24 Mei 2012 452,985.75
JUMLAH: 2,908,563.82
Lawatan ke United Kingdom bermula pada 13 Mei hingga 15 Mei 2012. Manakala bagi lawatan ke Amerika Syarikat bermula pada 15 Mei 2012 hingga 24 Mei 2012. Untuk makluman, tiada lawatan dilakukan ke Sepanyol. 13 Mei hingga 18 Mei 2012 adalah merupakan lawatan rasmi YAB Perdana Menteri. Manakala, 19 Mei hingga 24 Mei 2012 adalah merupakan lawatan peribadi YAB Perdana Menteri. Sepanjang tempoh lawatan peribadi, Kerajaan hanya membiayai perbelajaan pegawai Kerajaan yang mengiringi YAB Perdana Menteri.
Penerbangan Perdana Menteri Lawatan Rasmi Najib Razak ke London, New York, Washington DC Berjumlah RM2,908,563.82. Sempat Singgah Milan & Dubai!!
Antara beberapa persoalan yang ingin kami timbulkan di sini di sini berdasarkan jawapan Datuk Seri Nazri Aziz, adalah seperti berikut :
  1. Anda dipersilakan merujuk gambarajah di atas bagi destinasi no. 3 (lawatan peribadi), no 4 dan 5 (tiada dalam jadual perjalanan rasmi)
  2. Destinasi No.3 merupakan No 3 adalah (lawatan peribadi) tetapi kosnya masih lagi ditanggung oleh kerajaan?
  3. Jikalau disemak semula jawapan rasmi menteri di Parlimen, perbelanjaan bagi kos di destinasi no. 3 adalah sebanyak RM400,000++. Dan ia sepatutnya sampai 24 Mei 2012. Tetapi…ada tetapinya di sini di mana jikalau mengikut jadual penerbangan, ada pula penerbangan ke Milan sehari selepas tarikh sampai ke destinasi No. 3?
  4. Milan tiada dalam jadual perjalanan rasmi, tetapi kapal terbang berada di Milan selama 4 hari (bertembung dengan tarikh yang sepatutnya kapal terbang tersebut mesti berada di Washington DC pada ketika itu).
  5. Persoalannya sekarang ini, siapa kalangan yang menggunapakai hak kerajaan untuk pergi Milan? Siapakah? Sedangkan pada ketika itu, Datuk Seri Najib selaku Perdana Menteri dikatakan berada di Washington DC.
  6. Ini kerana pesawat yang digunapakai ketika itu hanya boleh digunakan oleh Yang Dipertuan Agong (YDP) dan Perdana Menteri (PM) sahaja. Siapa pula yang lebih berkuasa daripada kedua-dua pemimpin ini sehingga boleh menggunapakai hak kerajaan ke sana ke mari sesuka hati?
  7. Washington DC – Milan adalah satu jarak yang cukup jauh merentasi lautan Atlantik, memakan jarak beribu-ribu kilometer. Itu baru jarak, bagaimana kos yang terpaksa ditanggung sepanjang perjalanan ke sana? Siapa yang menanggungnya?
  8. Milan cukup terkenal dengan jolokan syurga membeli-belah selain daripada New York, London, Paris dan tidak lupa juga Dubai. Ehem…
  9. Dalam pada masa yang sama untuk destinasi untuk No.3 sebenarnya, bukan urusan kerajaan berdasarkan jawapan menteri. Urusan peribadi. Tetapi kerajaan terpaksa tanggung perbelanjaan sebanyak RM452,985.75? Erm….
Pesawat Perdana Menteri Lawatan Rasmi Najib Razak ke London, New York, Washington DC Berjumlah RM2,908,563.82. Sempat Singgah Milan & Dubai!!Persoalannya di sini, jikalau penjawat awam bawahan dari Alor Setar menghadiri kursus di Kuala Lumpur. Seperti biasa, kos pengangkutan dan hotel akan ditanggung oleh kerajaan. Itu semua adalah prosedur biasa dan tidak menjadi masalah soal itu. Tetapi…tetapi andaikata di penjawat awam ini pergi singgah membeli belah di Pavilion atau KLCC dan kemudiannya bersiar-siar di sekitar Kuala Lumpur, adakah penjawat awam ini berhak menuntut semua perbelanjaan seperti ini kepada kerajaan? Boleh kah? Ehem…

Walau bagaimanapun,semakan aeronautical melalui laluan penerbangan Perdana Menteri dalam laman web www.flightradar24.com menunjukkan bahawa pesawat kerajaan (9M-NAA) telah pergi dari Washington ke Milan, Italy pada 20 Mei 2012 – iaitu sehari selepas ketibaan di Washington. 
Rombongan dan pesawat kerajaan tersebut telah berada di Milan selama empat hari. Laluan penerbangan tersebut juga menunjukkan bahawa pesawat kerajaan tersebut berhenti di Dubai dan balik ke Kuala Lumpur selepas itu.
Jadual pesawat rasmi kerajaan

Jadual Najib Razak Lawatan Rasmi Najib Razak ke London, New York, Washington DC Berjumlah RM2,908,563.82. Sempat Singgah Milan & Dubai!!


Ok…sekarang ini :
  1. Kuala Lumpur – London : Lawatan yang diklasifikasikan sebagai urusan rasmi kerajaan (Menghadiri jemputan Majlis Resepsi yang dihoskan oleh Putera Charles di London)
  2. New York – London = Lawatan rasmi Perdana Menteri (Menghadiri mesyuarat Global Science and Innovation Advisory Council)
  3. Washington DC =  Lawatan peribadi Perdana Menteri. Tetapi…kenapa guna duit kerajaan? Habis sehingga RM450,000++??
  4. Milan = tiada dalam jadual rasmi. Buat apa di sana selama 4 hari?
  5. Dubai = tiada dalam jadual rasmi. Buat apa di sana?
Apa yang kami ingin menegur di sini, pemimpin kena ingat pergi buat lawatan rasmi sana sini dengan mengunapakai kapal terbang rasmi. Minyak, juruterbang menggunapakai dana kerajaan. Pulangan pelaburan ya….besar kemungkinan ada. Tetapi perbelanjaan bersifat peribadi daripada New York – Washington – Milan yang tiada kena mengena dengan urusan rakyat dan kerajaan, pemimpin tidak boleh sama sekali melibatkan sama dan mengunapakai dana kerajaan.

P/S : Ataupun Perdana Menteri ada sebab musabah mengapa pesawat yang digunapakai oleh Perdana Menteri telah “singgah sebentar di Milan”? Ada sebab dan alasannya?

Thursday, October 11, 2012

Panas!! Demonstrasi Membela Nasib SAR Di Parlimen.. Di Mana UMNO, PERKASA, JATI dan PEKIDA???

SEKITAR DEMONSTRASI DIPARLIMEN MEMBELA NASIB SEKOLAH AGAMA RAKYAT (SAR) YANG DIPINGGIRKAN DALAM PEMBENTANGAN BAJET 2013 OLEH NAJIB RAZAK BARU-BARU INI!!!!!



Demonstrasi membela nasib Sekolah Agama Rakyat (SAR) yang dipinggirkan dalam Bajet 2013. 

Ribuan pelajar sekolah Agama Rakyat yang dianaktirikan oleh kerajaan,  berhimpun di hadapan Parlimen menuntut hak...


TIADA PERUNTUKAN dalam BAJET 2012 dan 2013.

1) Sekolah Mubaligh dapat 100 juta,

2) Sekolah Cina 100 juta,

3) Sekolah Tamil 100 juta,

4) SABK 100 juta...

TETAPI Sekolah Agama rakyat yang pelajarnya hampir 200 ribu dan bangunan yang amat dhaif tak dapat!!!

MANA DIA LAUNGAN UMNO AKAN PERTAHANKAN AGAMA ISLAM HINGGA KETITISAN DARAH TERAKHIR... MANA??????????



Turut memberikan sokongan padu ialah YB Lim Kit Siang, Pengerusi DAP. Parti yang dituduh oleh UMNO sebagai pengkhianat dan menindas Islam.

Tiada seorang pun wakil rakyat dari UMNO memberikan sokongan moral.

TERSERLAH KINI SIAPA YANG PENGKHIANAT AGAMA ISLAM!!!!.. PARTI MANA YANG MENZALIMI PENDIDIKAN ISLAM!!!



soalan A level sejarah malaysia.

Siapakah yang menyekat peruntukan kewangan untuk sekolah agama rakyat yang melahirkan ramai al hafiz dan al hafizah di malaysia sehingga mereka terpaksa menjual pelbagai barangan untuk kos perbelanjaan sekolah ilmu islam ini?



A- PERDANA MENTERI ISRAEL.
B- PRESIDEN UMNO.
C- PRESIDEN AMERIKA.
D- KARPAL SINGH.

Mana dana untuk 800,000 pelajar sekolah agama?':

Aktivis dan pelajar sekolah agama rakyat (SAR) hari ini berhimpun di depan bangunan Parlimen di ibu negara untuk menuntut dana yang diperuntukkan untuk sekolah itu dalam Belanjawan 2013.
Jurucakapnya Zainal Abidin Kidam berkata, kira-kira 800,000 penuntutnya masih belajar bawah kemudahan di bawah paras sederhana walaupun ibu bapa mengeluarkan wang sehingga RM600.
"Ini melibatkan lebih sejuta ibu bapa, yang memilih menghanar anak mereka ke seolah agama. Islam adalah agama rasmi persekutuan dan pendidikan bawah tanggungjawab kerajaan persekutuan.
"Setiap individu berhak mendapatkan pendidikan Islam," katanya. 




Monday, October 8, 2012

TERKINI!!! Suri rumah mengaku dapat taraf kewarganegaraan melalui 'Projek Mahathir'

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiriQSSzyMH76uMsrY3EohyzHKegCrtrKxyHQG1_sUWa4LezdNox2No1URIIXZpRIxZ4X8f3Wt0q_7GNLMOmzKNUPjdE9uC2Q7DyJRRWxFQZJotqZldNLxATAAgxzxQE2xgu-jO6q7JDIY/s1600/mahathir-projek-ic.jpgSeorang penduduk Sabah mengakui menjadi sebahagian daripada "Projek Mahathir" dan mendapat taraf kewarganegaraan Malaysia selepas memasuki negara ini secara haram dari selatan Filipina.

Surirumah berkenaan, Fawziah Abdul, 50, dalam laporan agensi berita Reuters itu berkata beliau juga ingin menyampaikan penghargaannnya kepada bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad atas peluang itu.

"Saya merupakan sebahagian daripada Projek Mahathir... Saya diberitahu supaya pergi ke satu pejabat dengan dua keping gambar dan sedikit wang," kata Fawziah dalam laporan itu.

Fawziah juga menunjukkan kad pengenalan yang menyatakan beliau sebagai seorang warga yang dilahirkan di Sabah, menurut laporan itu lagi.

Beliau seterusnya menjelaskan bahawa "Projek Mahathir" itu merupakan "rancangan sulit" yang dikatakan telah diluluskan Mahathir.

Projek berkenaan, menurut Reuters, membantu memacu peningkatan populasi Sabah kepada lima kali ganda sejak 1970 dan menjadikan negeri itu sebagai simpanan tetap untuk undi kepada BN.

Laporan itu juga memetik kenyataan seorang pengkaji politik di Universiti Teknologi Mara Sabah yang berkata, kekecewaan masyarakat minoriti di negeri itu boleh menyebabkan Pakatan Rakyat berjaya meraih sehingga 10 daripada 25 kerusi parlimen.

Sebab-sebab kenapa Yahudi inginkan Baitulmaqdis

 

 
Pada masa Nabi Daud dan Sulaiman, para Yahudi semuanya taat kepada Allah. Nabi Sulaiman mempunyai satu mukjizat iaitu sangat kaya, menguasai angin, jin, mesgastua. Pada zaman tersebut jin tunduk kepada Nabi Sulaiman dan mereka banyak membawakan emas kepada Nabi Sulaiman sehinggakan di bawah laut pun Ifrit tolong ambilkan.
Masa Nabi Sulaiman mengarahkan pembinaan Masjid Al-Aqsa, semua jin patuh dengan perintah tersebut dan mereka membuat dengan bersungguh-sungguh bersama dengan para Yahudi dan manusia lain sampaikan mereka tidak sedar kewafatan Nabi Sulaiman.
Nabi Sulaiman wafat ketika berdiri atau duduk atas kerusi semasa memerhatikan jin dan manusia membina Masjid Aqsa. Sampai masa siap sepenuhnya, barulah kewafatan baginda dipertunjukkan dengan anai-anai makan tongkat baginda dan jasad baginda terjatuh. Ini nak menunjukkan bahawa jin juga tidak mengetahui perkara ghaib.
Selepas kewafatan baginda, Yahudi telah berpecah belah dan kembali ke tabiat lama mereka, menyembah berhala dan melakukan penindasan. Ada juga yang masih taat menyembah Allah, namun banyak dari mereka kembali menyembah berhala Baal, berhala Dagon (seperti lambang Starbuck), berhala Jehovah, berhala Osiris dan ada juga yang menyembah syaitan (Baphomet dan Lucifer).
Para penyembah syaitan ini telah membina satu lagi bangunan berdekatan Kompleks Masjidil Aqsa yang mana mereka namakan Solomon Temple untuk melakukan ritual penyembahan syaitan dan akan menjadi istana kepada al-Masih Dajjal. Ini diketuai oleh King Hiram the Thyre. Mereka mengangkut kebanyakan emas yang dipercayai banyak di Masjid Aqsa ke Solomon Temple tersebut.
Selepas banyak melakukan penindasan, mereka diserang oleh kaum Assyria yang memusnahkan kota mereka dan mereka bangun semula. Selepas itu pula diserang habis-habisan oleh kerajaan Rom yang memusnahkan kota Yahudi sehingga menjadi padang jarak padang terkukur, tinggal satu dinding sahaja yang sekarang menjadi Tembok Ratapan (Wailling Wall) yang mana Barrack Obama dan George W. Bush serta bekas Presiden Amerika yang lain melakukan ritual menangisi di tembok tersebut.
Selepas itu mereka berasimilasi dengan kerajaan Rom dan menjadi pembodek tegar kerajaan Rom. Selepas itu Nabi Isa diutuskan kepada mereka dan mereka rasakan Nabi Isa adalah ancaman terhadap kekuasaan mereka. Lalu mereka menghasut pemerintah Rom supaya membunuh Nabi Isa. Tetapi Nabi Isa diangkat ke sisi Allah secara hidup-hidup dan dengan jasad dan orang lain ditukarkan ke rupa Nabi Isa. nabi Isa akan turun semula menjelang kiamat.
Yahudi sekarang terlalu inginkan Baitulmuqaddis disebabkan mereka percaya masih banyak lagi emas yang belum sempat diangkut oleh mereka sejak dulu. Mereka percaya bahawa dengan emas dan makanan mereka dapat menguasai dunia. Sila baca Protokol of Zion (dari buku The International Jews, Henry Ford)
Protocol No. 22: The Power of Gold
In our hand is the greatest power of our day-Gold: In two days we can procure from our storehouses any quantity we may please.
Dan lagi satu misi yang lebih penting kenapa mereka mahukan sangat Baitulmaqdis adalah untuk membina semula Solomon Temple yang runtuh semasa serangan oleh Rom dahulu agar dapat menjadi Kiblat penyembah syaitan dan juga sebagai istana kepada Raja yang akan ditabalkan oleh mereka menjelang tahun 2020.
Protocol No. 24: King of the Jews
The king of the Jews must not be at the mercy of his passions, and especially of sensuality: on no side of his character must he give brute instincts power over his mind. Sensuality worse than all else disorganizes the capacities of the mind and clearness of views, distracting the thoughts to the worst and most brutal side of human activity.
Kesimpulannya, Yahudi terlalu hendakkan baitulmuqaddis disebabkan EMAS, membina semulaSolomon Temple dan menunggu penabalan Raja Yahudi iaitu al-Masih Dajjal yang akan bersemanyam di Solomon Temple tersebut.
Sumber : www.ibnuyaacob.com

Terbaru! UMNO buat lawak!

Dua kisah lucu hari ini.

Lawak santai sudah la. Morning plus noon blues. kah kah kah
Wehh jom2 kita makan kepsi nak?
Eley.. best ke apa makan kepsi ? Banyak duit ko?
Uihhhh ko mana tahu. Kerajaan bagi discount pada mahasiswa. Jom arhhhh bila lagi nak merasa rebet dari kerajaan kan.. jom arhhhhh
Oke2 arh.. kecoh la lue neh..
Sekali tiba time bayar bill.  Let the bill speaks.
Kah kah kah
Kerajaan belanja mahasiswa konon. Discount yang ko dapat nak lepas cukai kerajaan pun tak boleh. Ko anggap je la cukai kerajaan tu ko bayar kurang sedikit berbanding dari orang lain.
Kalau sungguh nak bantu mahasiswa, patutnya tetapkan polisi kadar yuran supaya mereka mampu bayar. Ada ka bagi discount makan kepsi? Ingat mahasiswa kebulur kepsi ke apa?
kah kah kah
Takpe2. Aku tak kesah ko nak ejek aku. Yang penting pemimpin aku jaga kesihatan dan kebajikan rakyat malaysia. Pemimpin ko ada? Takde kan? So ini buktinya pemimpin aku so 1 malaysia.. tak macam pemimpin ko.
Pemimpin ko jaga kebajikan rakyat? Meh sini tunjuk bukti. Cam tak percaya plak aku.
Ko tengok arh kat bawah neh sendiri weh. Alamak aiiiii
Bertujuan elak rakyat sakit akibat pengambilan gula berlebihan?
kah kah kah
kah kah kah kah
kah kah kah kah kah
Woitttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttt..
Adakah negara2 yang jual gula lebih mahal tiada pesakit yang menghidapi diabetes?
Adakah negara2 yang jual gula lebih murah terlalu banyak pesakit2 yang menghidapi diabetes?
Ko kasi fakta dulu la weh. Sembang kencang. Badan sendiri pun tak fit. Ko suruh pemimpin ko jaga badan sendiri dulu la dari sembang kencang bab jaga kesihatan. At least pemimpin2 pr sedar diri dan reti malu. Dorang takan sembang bab kesihatan dan senaman bila dorang sendiri pun sedar dorang tak kurus mana.
kah kah kah
Read more: http://amenoworld.blogspot.com/#ixzz28gN8ugw8


PR bukan hendak ambil alih Petronas

Mustafa Ali
Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali 
 
SHAH ALAM – Pemimpin Pakatan Rakyat (PR) menjelaskan semua pihak tidak bimbang mengenai cadangan perikatan mahu menubuhkan syarikat minyak dan gas jika berjaya mengambil alih Putrajaya pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).

Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali berkata, walaupun kerajaan PR menubuhkan syarikat berkenaan, kedudukan dan hak syarikat pengeluar minyak nasional Petronas tidak akan terjejas.

Mustafa, pemimpin Pas dari Terengganu berkata, penubuhan syarikat itu tidak akan melibatkan kerja-kerja Industri Huluan Petroleum yang dijalankan oleh Petronas sebelum ini, sebaliknya hanya membabitkan kerja-kerja Industri Hiliran Petroleum.

“PR hanya hendak menubuhkan syarikat dan bukannya mengambil alih tugas ataupun hak Petronas.

“Keuntungan pada kadar 20 peratus itu yang bersamaan RM12.5 bilion akan digunakan untuk pembangunan negeri-negeri pengeluar minyak seperti Kelantan, Sabah, Sarawak dan Terengganu,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian Online.

Kelmarin, Tengku Razaleigh Hamzah menasihatkan PR mengkaji peruntukan akta sedia ada sebelum mewujudkan syarikat petroleum dan gas di negeri-negeri pengeluar minyak itu.

Pemimpin veteran yang mengasaskan Petronas itu berkata, syarikat tersebut tidak boleh mengambil hasil minyak negara kepunyaan Petronas, mengikut Akta Kemajuan Petroleum 1974, yang menyatakan dengan jelas kedudukan royalti minyak untuk Kelantan dan negara-negeri lain.

"Ia boleh dilakukan dan akan mendapat sambutan daripada orang ramai tetapi mungkin syarikat yang dicadang ini tidak boleh disamakan dengan Petronas.

"Di mana Petronas memiliki minyak yang diperoleh daripada kerajaan pusat dan kerajaan negeri kerana milikan itu sudah berpindah kepada Petronas di bawah Akta Kemajuan Petroleum sebelum ini," katanya yang mesra dengan panggilan Ku Li yang juga Ahli Parlimen Gua Musang.

Tambah Mustafa, manfaat daripada keuntungan dari syarikat itu nanti akan disalurkan kepada kerajaan negeri untuk tujuan pembangunan neger-negeri berkenaan.

Sementara itu, Naib Presiden PKR, Tian Chua berkata, Ku Li tidak meneliti dengan baik perkara yang dimaksudkan oleh PR mengenai penubuhan syarikat itu.

Ujar Tian Chua, penubuhan syarikat itu oleh PR bukanlah bertujuan untuk mengambil alih Petronas sebalik syarikat itu juga dapat menyertai dalam tander-tander yang membabitkan projek penggalian dan penapisan.

“Mungkin syarikat-syarikat itu juga boleh mendapat kontrak seperti di Timur Laste dan Brunei.

“Secara tidak langsung, keuntungan itu nanti akan dapat membantu pembangunan negeri-negeri berkenaan,” katanya.

Ketika ditanya mengenai apa yang bakal berlaku kepada syarikat-syarikat kdownstream' yang sedia ada, Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua pula menyifatkan perkara ini akan memberikan saingan sihat kepada industri petroleum negara.

“Apa yang penting hak negeri-negeri pengeluar minyak itu terpelihara dan tidak dipinggirkan.

“Cara pelaksaannya akan difikirkan kelak jika PR menang PRU13 kelak,” jelas beliau.