Pasukan
KEADILAN telah memulakan siasatan untuk mengenalpasti individu yang
mengendalikan laman Papagomo yang bertindak sebagai ruang menabur fitnah
dan didokong sepenuhnya oleh Umno.
Siasatan
menunjukkan individu yang bernama Wan Muhammad Azri Wan Deris ini
adalah seorang bekas anggota polis trafik berpangkat koperal yang telah
dijatuhkan hukuman penjara kerana bersalah memeras ugut seorang yang
disyaki penagih dadah untuk mendapat suapan rasuah.
(Maklumat lanjut pertuduhan dan kesalahan ada dilampirkan di Lampiran A, hasil semakan dengan pengkalan data SPRM)
Semakan tersebut mengesahkan nombor pengenalan polis Papagomo yang bernombor RF142863.
Dengan
nombor tersebut, pasukan KEADILAN telah menyemak pula rekod Papagomo
dengan sistem semakan daftar undi SPR. Hasil semakan sangatlah
mengejutkan kerana Papagomo yang telah pun tidak lagi berkhidmat dengan
Polis Diraja Malaysia kerana kesalahan rasuah masih lagi tersenarai
sebagai pengundi pos di Ibupejabat Polis Daerah (IPD) Ampang. Bukti
paparan skrin bahawa Papagomo masih disenaraikan sebagai pengundi pos di
IPD Ampang disertakan dalam Lampiran B.
Oleh kerana tarikh lahir yang berbeza digunakan di dalam sistem semakan daftar undi SPR, pasukan KEADILAN kemudiannya menyemak pula alamat-alamat yang pernah digunakan oleh Papagomo dalam dokumen-dokumen rasmi.
Kami
kemudiannya menyemak pula status pendaftaran undi Papagomo sebagai
pengundi biasa di sistem yang sama. Seperti yang dijangka, Papagomo juga
turut tersenarai sebagai pengundi biasa dengan menggunakan kad
pengenalan 830121-03-5019.
Dengan menggunakan kad pengenalan itu, Papagomo disenaraikan sebagai
pengundi di Parlimen Wangsa Maju seperti paparan skrin dalam Lampiran B.
Oleh kerana tarikh lahir yang berbeza digunakan di dalam sistem semakan daftar undi SPR, pasukan KEADILAN kemudiannya menyemak pula alamat-alamat yang pernah digunakan oleh Papagomo dalam dokumen-dokumen rasmi.
Saya
mengesahkan bahawa kami ada dokumen yang membuktikan bahawa Papagomo
memang menggunakan dua alamat yang berbeza secara seiringan di dalam
dokumen-dokumen rasmi bersabit peguam dan mahkamat seperti berikut:
Alamat Pertama dalam Parlimen Wangsa Maju yang kini didiami:
F-1-9, Villa Danau Apartment, Jalan 5/23E, Taman Danau Kota, 53300 Kuala Lumpur
F-1-9, Villa Danau Apartment, Jalan 5/23E, Taman Danau Kota, 53300 Kuala Lumpur
Alamat Kedua dalam Parlimen Ampang:
SD6, Jalan Nilam, Taman Bukit Ampang, Ampang, Selangor
SD6, Jalan Nilam, Taman Bukit Ampang, Ampang, Selangor
Penemuan
ini membuktikan bahawa pengundi hantu memang wujud di dalam daftar
pengundi apabila Papagomo dibenarkan mengundi dua kali. Kehadiran
pengundi-pengundi hantu seperti Papagomo ini perlu dijawab sepenuhnya
oleh Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) kerana rakyat mahu tahu berapa ramai
lagi petugas Umno seperti Papagomo yang mempunyai pendaftaran berganda
di dalam daftar pemilih?
Saya
juga menyeru rakyat Malaysia supaya menolak individu yang bankrap moral
dan akhlak seperti Papagomo yang bukan sahaja seorang penerima rasuah,
tetapi menjadi penyebar fitnah utama di dalam masyarakat kita. Rakyat
Malaysia juga perlu menolak budaya Umno yang mendokong dan menggunakan
individu seperti Papagomo untuk menyebarkan fitnah terhadap musuh
politik kerana Umno tidak berani berdepan dalam isu rakyat seperti
ekonomi, pendidikan, keselamatan dan lain-lain.
Sekiranya
SPR tidak menjawab pertuduhan ini, ia hanya menguatkan persepsi
masyarakat bahawa SPR sedang bertungkus lumus cuba memastikan kemenangan
Umno/BN melalui daftar undi yang tidak bersih.
RAFIZI RAMLI
Pengarah Strategi
Pengarah Strategi
22 MAC 2013
LAMPIRAN A – MAKLUMAT DARI PENGKALAN DATA SPRM
No Pengenalan Diri : RF 142863
Nama : Wan Muhammad Azri bin Wan Deris
No Kes : B-06B-68-2011
Mahkamah :
Hakim : Y. A. Linton Albert [HMR], Y. A Datuk Wira Mohtarudin bin Baki [HMR] & Y. A Datuk Mohad Zawawi b
Pendakwaan : TPR Nik Azrin Zairin bt Nik Abdullah
PeguamBela : Samsul Sulaiman
Kesalahan : Seksyen 10(a)(bb) dan seksyen 11(a) Akta Pencegahan Rasuah 1997 (Akta 575)
Jantina : Lelaki
Warganegara : Malaysia
Negeri : Selangor
Kategori : Penjawat Awam
Majikan : Polis Di Raja Malaysia
Jawatan : Koperal
Tarikh sabitan : 06/09/2012
Pertuduhan : “Pertuduhan Pertama: Bahawa kamu pada 29.11.2004, di antara jam 1.00 petang dan 3.00 petang, di Pandan Indah, di dalam Daerah Ampang, dalam Negeri Selangor, sebagai ejen kerajaan Malaysia iaitu anggota Polis Trafik yang bertugas di Balai Polis Trafik Ampang, telah secara rasuah telah meminta suatu suapan untuk diri kamu iaitu wang tunai RM1000.00 daripada seorang yang bernama Mohd Rahyudi bin Mokhtar sebagai dorongan bagi melakukan suatu perbuatan berhubung dengan hal ehwal prinsipal kamu iaitu tidak mengambil tindakan undang-undang terhadap Mohd Rahyudi bin Mokhtar yang dikatakan memiliki jarum suntikan untuk menagih dadah dan dengan itu kamu telah melakukan satu kesalahan yang di bawah seksyen 10(a)(bb) Akta Pencegahan Rasuah 1997 (Akta 575) dan boleh dihukum di bawah seksyen 16 Akta yang sama.

Pertuduhan
Kedua: Bahawa kamu pada 30.11.2004, di antara jam 11.40 pgai di lorong
tidak bernama di belakang sebuah Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Ampang,
di dalam Daerah Ampang, dalam Negeri Selangor, sebagai ejen kerajaan
Malaysia iaitu anggota Polis Trafik yang bertugas di Balai Polis Trafik
Ampang, telah secara rasuah telah menyetuju-terima suatu suapan untuk
diri kamu iaitu wang tunai RM400.00 daripada seorang yang bernama Mohd
Rahyudi bin Mokhtar sebagai dorongan bagi melakukan suatu perbuatan
berhubung dengan hal ehwal prinsipal kamu iaitu tidak mengambil tindakan
undang-undang terhadap Mohd Rahyudi bin Mokhtar yang dikatakan memiliki
jarum suntikan untuk menagih dadah dan dengan itu kamu telah melakukan
satu kesalahan yang di bawah seksyen 11(a) Akta Pencegahan Rasuah 1997
(Akta 575) dan boleh dihukum di bawah seksyen 16 Akta yang sama. ”
Hukuman
: “Keputusan Hakim Mahkamah Sesyen Pertuduhan pertama: Penjara 5 bulan
dan denda RM10,000 (tidak bayar, penjara 8 bulan) Pertuduhan kedua:
Penjara 5 bulan dan denda RM10,000 (tidak bayar, denda 8 bulan). Hukuman
penjara berjalan berasingan. Keputusan Mahkamah Tinggi: Mahkamah telah
menolak rayuan Perayu terhadap sabitan. Keputusan Hakim Mahkamah Sesyen
dikekalkan. Mahkamah Rayuan: Rayuan OKT ditolak. Mahkamah telah
mengurangkan hukuman penjara dari 5 bulan kepada 14 hari dan denda
RM10,000.00 id 8 bulan penjara adalah dikekalkan bagi kedua-dua
pertuduhan. Hukuman penjara adalah berjalan secara serentak”
Pengarah Strategi KEADILAN
22 Mac 2013
No comments:
Post a Comment