Thursday, July 14, 2011

SIAPA LEBIH HANTU - ANWAR @ PUAD ZARKASHI??

periapahit
Apabila membaca artikel Puad Zarkashi bertajuk “ Lawan Anwar Seperti Lihat Hantu” menunjukkan punca kenapa taraf pendidikan Malaysia semakin merosot di dunia. Dengan bermenterikan mahyuddin dan puad sebagai timbalannya, memang sahlah apabila si Bahlul dan si Bangang menjadi menteri dan timbalan, beginilah hasilnya.


Dalam artikel tersebut, Puad menyatakan bahawa Anwar perlu dilawan dengan pembongkaran, pendedahan, persepsi dan ketegasan. Jika tidak konco-konconya akan naik minyak.

Pada hakikatnya, semua cara baik pembongkaran, pendedahan, persepsi dan ketegasan telah digunakan untuk melawan Anwar. Sehingga kini, konco-konconya masih lagi belum naik minyak. Yang naik minyak ialah puak UMNO dan kerajaan BN. Naik minyak (amuk@marah) kerana segala pembongkaran, pendedahan, persepsi dan ketegasan dapat dipatahkan dengan senang oleh Anwar kerana beliau berada dipihak yang benar. Naik Minyak (naik harga minyak) kerana kerajaan BN nak mendahulukan rakyat.

Tidak pernah pihak pembangkang berkata mereka semuanya betul tetapi puak-puak Puad lah sering berucap mengatakan tindakan mereka betul. Setiap hari, puak-puak Puad menggunakan semua mediamassa untuk menghentam Anwar siang dan malam.

Puad mengakui bahawa pelakon yang hebat boleh menangis mengeluarkan air mata penuh satu mangkuk atau melakukan aksi keras seorang hero penyelamat walaupun sebenarnya dia tidak pernah belajar silat, kungfu atau karate. Ada yang hidupnya bergelumang dengan skandal tetapi dalam filem dia boleh melakonkan watak alim atau guru agama.

Pelakon-pelakon yang Puad cakap ada didalam kumpulan beliau sendiri. Mahathir menangis dengan ungkapan “dah lama dah….dah lama dah” lepas tu terus menjadi Presiden UMNOK dan PM selepas dipujuk oleh puak-puak Puad diketuai oleh Rafidah “why..why…why???”. Pada hakikatnya, kita ketahui Mahathir merupakan orang yang tegas dalam semua tindak-tanduknya. Kalau A maka A lah jawapannya dan kalau B, maka B lah jawapannya. Apabila Mahathir belakon, A menjadi B dan B menjadi C. Itulah pelakon airmata hebat UMNOK.

Puak-puak Puad juga memiliki pelakon aksi keras seorang hero penyelamat. Pelakon seperti KJ, Azeez Putra, Naina Marican dan Lokman Nor Adam. Mereka ini berdegar-degar mempelihatkan diri sebagai hero penyelamat tetapi baru 200 meter berjalan dah lari lintang pukang… Lokman Nor Adam tu lupa bahawa ketika dia didalam Keadilan dahulu, beliau sering dilindungi oleh pendokong-pendokong reformasi tetapi dalam drama “PATRIOT” beliau lari kebelakang. Ini yang dikatakan tak tahu kung fu nak berkung fu. Diambil lagi dengan jaguh silat mulut Negara, Pendekar Berahim…. Sanggup perang salib tapi pergi dok bawah selimut kat rumah. Kononnya 50 buah bas tersangkut diluar Kuala Lumpur.. bukankan semua permit bas tambahan dah dibekukan pada hari tersebut. Jadi janganlah nak perbodoh rakyat.. perbodoh Puad bolehlah.. Akhir sekali diambilnya Mahaguru sebagai pelakon tambahan seterusnya. Kononnya akan bermandi darah dengan para demostari akhirnya bayang pun tak nampak.

Dalam puak Puad juga memiliki ramai pelakon yang ada skandal tetapi berlakon watak alim atau guru agama. Rahim Tamby Cik yang ada skandal kini berlakon alim dalam kes video yang kononnya melibatkan Anwar. Yang hairannya sampai hari ini, kenapa polis tidak membuat penangkapan. Ini adalah kerana Rahim Tamby Chik itu pelakon UMNOK yang memegang watak alim dan drama tu sebenarnya adalah untuk memberi persepsi buruk tenang Anwar seperti mana yang Puad katakan cara-cara untuk melawan Anwar.

Jika Puad berkata watak sebenar pelakon tidak boleh dinilai ketika dia berlakon diatas pentas dan perlu dinilai dibelakang pentas, saya amat bersetuju..

Kita lihat pelakon-pelakon UMNOK, hampir 2 minggu sebelum 9hb. Menyatakan penemuan pelbagai barangan untuk rusuhan oleh peserta himpunan bersih. Dari parang hinggalah bom, dikaitkan dengan himpunan bersih. Kini setelah 4 hari berlalu dimanakah kes-kes itu? Ketua Polis Negara, Timbalannya, Hishamuddin The Kerisman, Tim. Ketua Polis Kuala Lumpur merupakan pelakon yang tidak boleh dinilai ketika berada diatas pentas. Kita kena menilai mereka dibelakang pentas.

Memang banyak yang kita tidak tahu tenang Anwar tetapi didalam masa yang sama banyak yang diberitahu tentang Anwar. Pelbagai tuduhan dibuat kononnya perhimpunan ini ditaja dan memiliki akaun khas di Allianz bank pada hal kalau itu kebenarannya, pihak bank polis dengan bantuan Bank Negara boleh membuat pengesahan dan pertuduhan. Ini tidak… hanya omongan kosong… lain lah kalau duit itu dibawa seperti Mat Taib di Australia dulu… Itu pun terpaksa mengaku tak faham bahasa inggeris bila ditahan disana. Ini lah pelakon-pelakon yang dikatakan oleh Puad.

Apabila Puad mengatakan lakonan hebat Anwar dalam perhimpunan Bersih 2.0, saya ingin mengatakan bahawa lakonan lebih hebat dilakukan oleh NAJIB iaitu ketua Puad. Ketika Bersih menghampiri 9hb. Najib dengan para pelakon tambahan seperti Muhyiddin, KPN, TKPN, Hishamuddin, Berahim Perkasam, Khairy Patriot dan juga Mahaguru Omar Din Semput begitu beria-ia mengecam perhimpunan ini sehingga meminta campurtangan DYMM SPB YDP AGONG. Apabila DYMM SPB YDP AGONG menitah supaya perhimpunan jalan tidak dilakukan dan kerajaan perlu memberi keadilan kepada rakyat dan menyelesaikan isu melalui perbincangan, gerombolan puak Puad lah yang berlakon kononnya BERSIH derhaka kepada YDP AGONG. Maka muncullah pelakon hebat atau adiwira bagi Puad iaitu NAJIB yang menawarkan MANA-MANA STADIUM untuk berhimpun asalkan bukan dijalanan dengan jaminan berteriaklah sampai pagi tiada orang nak peduli. Setelah mengadap YDP AGONG dan mendapat perkenan Baginda, maka BERSIH bersetuju berhimpun di Stadium Merdeka. Apa yang berlaku, NAJIB dan HISHAMUDDIN mula berdalih dengan mengatakan BERSIH pertubuhan haram dan tidak boleh memohon permit. Apa ke jadah kalau jam 10 pagi kata boleh guna stadium, jam 3 petang kata tak boleh… Siapa pelakon hebat?? Anwar ke Najib….? Kata gerombolan Puad, Stadium Merdeka perlu dijaga martabatnya, tapi kalau Justin Timberlake mahu menggunakannya silakan…sebab Justin Timberlake adalah nasionalis Malaysia yang terunggul berbanding Datuk A Samad Said.

Lepas tu Hishamuddin The Kerisman pula kata kalau stadium diluar Kuala Lumpur dan dinegeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat boleh diberi permit. Apa lu punya cerita…? Kalau haram semua tempat haram… ini tidak…sini haram sana halal… apa la bangang punya pelakon kesukaan Puad. Yang sebenarnya, Hishamuddin The Kerisman lupa bahawa 2/3 wakil rakyat Kuala Lumpur adalah dari Pakatan Rakyat, jadi sebenarnya kalau dari segi demokrasi, Kuala Lumpur hak Pakatan Rakyat.

Puad bertanyakan apakah kayu ukur Anwar untuk mengatakan perhimpunan Bersih 2.0 berjaya dan mencapai matlamat. Kalau Patriot dengan hanya kehadiran hanya 300 orang dengan bantuan Mat Bangla dan Mat Pakistan dan hanya mampu berarak 200 meter sahaja sudah mengatakan bahawa matlamat mereka sudah tercapai… Inikan pula puluhan ribu manusia yang hadir dengan kekangan polis dan sesuatu yang tidak pernah dilakukan iaitu memeriksa bilik hotel pada malam sebelumnya gagal menahan kehadiran peserta himpunan. Kejayaan himpunan bersih adalah tiada parang atau bom ditemui semasa perhimpunan dijalankan. Tiada seorang pun anggota polis cedera…itulah kejayaan perhimpunan ini.

Akhir sekali, apabila Puad mengatakan bahwa orang yang paling kecewa ialah Anwar, itu merupakan statement yang paling bangang sekali yang dikeluarkan oleh Puad. Sebenarnya, yang paling kecewa ialah Najib dan juga gerombolan Puad. Mereka kecewa kerana dengan pelbagai kekangan, mereka masih mampu untuk hadir berhimpun bersama. Najib dan gerombolan Puad tahu bahawa sekiranya tiada imbuhan diberikan maka tiada orang mahu menyertai perhimpunan anjuran UMNOK. Himpunan 1 juta belia walaupun mendapat permit dan diberi kemudahan tak sampai 10 ribu yang hadir. Dikala Najib serta gerombolan Puad, menghadapi Bersih, mana MCA, GERAKAN, MIC, PPP dan lain-lain parti komponen BN yang menyertai Najib. Dipihak Bersih, kehadiran kaum Cina, India dan juga dari Sabah menunjukkan semangat perhimpunan Bersih. Tidak dapat dinafikan bahawa Melayu lebih ramai dari kaum lain tetapi kalau kaum cina keluar beramai-ramai pada hari itu, maka pihak gerombolan Puad akan mengatakan bahawa BERSIH sudah diserapi oleh komunis. Ini sudah pun diakui oleh pihak polis sebelum ini kononnya BERSIH sudah diserap oleh fahaman komunis kononnya.

Sebelum saya terlupa, Puad menyatakan 2,400 aduan dibuat bagi perhimpunan bersih ini menunjukkan bahawa Bersih tidak mempunyai sokongan, tetapi dalam masa 4 jam sahaja di facebook, 100,000 orang mahu Najib meletak jawatan sebagai PM. Mana lebih banyak 2,400 aduan atau 100,000 orang. Pekedai Melayu menutup kedai di Jalan TAR kerana Polis mengatakan Melayu BODOH… tetapi pekedai cina dijalan pudu dan Bukit Bintang tetap berniaga seperti biasa kerana mereka tidak termakan dengan hasutan gerombolan Puad. Peniaga Cina menutup kedai di Jalan TAR sebab Polis dah tutup semua jalan tetapi KFC, MC Donald dan lain-lain kedai fast food masih buka dan membuat keuntungan berganda pada hari tersebut.

Jadi pada hakikatnya, Puad sekadar membuka pekong didadanya sendiri. Sebagai Timbalan Menteri Pelajaran, beliau seharusnya memberi ulasan atau menulis artikel yang lebih baik sesuai dengan jawatan beliau. Sebab itulah sistem pendidikan Negara sekarang kucar kacir kerana mempunyai Menteri dan Timbalan yang bengap.

Kebenaran terserlah dalam video “Perhimpunan Bersih 2.0 Berita Sebenar Dari TV Singapore(medium_VP8-Vorbis)” dan “Truth that Cannot Be Covered - Bersih 2.0 09_07_2011(medium_VP8-Vorbis)”

Apabila menonton video tersebut, maka saya mahu menukar nama Puad Zarkashi kepad Puad Zakar takdak Isi. Sekarang siapa lebih hantu? Anwar atau PUAD ZAKAR TAKDAK ISI.

Wednesday, July 13, 2011

PROPAGANDA BODOH UTUSAN HARI NIE...

dato seri anwar dikata kan mahu mencetuskan revolusi...hehehe.....dah lama dah oiii....yer..untuk mengubah landskap..politik yang lebih adil di malaysia nie..oii..
si noor deris kasyaf kata PAS bersekongkol dengan musuh islam..nie sekor sowang pencacai umno...wkakakaka......yang umno tu ..langsung diam membisu..bila pelakun blue..chua soi lek..terang2 menghina islam..oii...mat deris ko jgan nak buat lawak lah oiii!!!
tok guru hadi awang dan anwar ibrahim bercanggah pendapat mengenai layanan polis....wkakakak..oii utusan..kelaur kan abis..apa yg mereka cakap oiii..jangan nak bersubahat gan tv3 porno tu..siar setengah2 jer...
lepas..nie apa lagi utusan nak buat citer budak2 lagi...memang dasar pencacai murahan yang tak abis2 nak memperbodoh kan owang2 melayu.....
ingat UTUSAN..bila nanti PRU13 bakal berakhir...dimana kemenangan pada PR..insahallah..kamu akan tahu nasib utusan nanti...ketika itu nanti..kami nak tengok dimana dia pencacai2..yg suka buat citer2 fitnah..dan kemana sikambing utusan itu akan pergi....



lagi? Lagi? Penipuan apa yg akan korg bentangkan lagi?

Tuesday, July 12, 2011

PELUDAH WARNA


PELUDAH WARNA - warna kuning diisytihar racun terbisa!


PELUDAH WARNA



Kuasa gusar kini menggelegak murka;


warna kuning diisytihar racun terbisa.



Diragutnya baju-T segeram tenaga


dan diumum itulah busana bahaya.



Tapi, kita jahit semula perca kain,


menjadikannya panji terindah dan tulen




Warna kuning yang teramat tenang dan syahdu


kita kembalikan damai ke dalam qalbu.



Kini cahaya mentari mungkin diramas


dan sinar kuningnya juga mungkin dicantas.




Memanglah mereka kini peludah warna


sedang menghimpun lendir kahak sebanyaknya.



Kerana nikmat amat lama berkuasa,


kuasa pun seolah menjadi hartanya.




A. SAMAD SAID



BERSIH 2.0


Pagi ceria, selepas selesai solat subuh, aku, isteri,anak dan kakak pergi menjemput adik dari kampung di KL Sentral lebih kurang dalam pukul 7.30 pagi. Sepatutnya ketibaan dijadualkan sampai lebih kurang 4 pagi pada kebiasaannya.Namun memang sudah aku jangkakan kerana dari kelmarin lagi banyak sekatan-sekatan dari pihak polis dari sekitar jalan masuk ke KL dan kawasan-kawasan luar KL.Maklumlah, kata Media Kerajaan iaitu Kuala Lumpur bakal ada rusuhan besar-besaran. Sana sekat,sini sekat.

Sampai di KL Sentral, pun jalan disekat dari dibenarkan masuk ke arah ambil penumpang....terpaksa kami tunggu di Jalan Tun Sambanthan dan adik aku terpaksa menapak pergi ke tempat kami.

Dalam hati,panasnya menggelegak sejak sebulan lalu, meluap-meluap tak pernah henti, tetap aku kawal juga...

Lebih kurang pukul 8.30 pagi, aku bawa mereka pergi berehat-rehat di Taman Jaya,PJ....Ye lah, sekali-sekala bagi diorang release sikit, hirup udara segar...release dari setiap hari dengan kesesakan Kuala Lumpur ini. Anak aku dah tak terkawal seronoknya bermain segala yang ada dalam taman...lepas buai pergi gelongsor, pergi pula naik kuda spring, jongkang-jongkit pulak...hmmm.. biarkan je lah..sekali-sekala teringat pulak zaman kecil-kecil dulu..haha...

Lebih kurang pukul 11.00 pagi, aku hantar mereka balik ke rumah...aku straight ke ofis aku di Sentul, macam yang sudah aku jangka, sekatan polis makin menjadi-jadi banyaknya....pusing sana,pusing sini....akhirnya sampai jugak di ofis, kawan-kawan dah ready menunggu aku.

Terima SMS dari kawan, ramai yang dah kena tangkap dengan polis kerana disyaki akan mengadakan rusuhan...Rusuhan ke? hahaha..rusuhan apa kalau setakat bawak t-shirt sehelai? hahaha..kelakar sungguh Malaysia ni...lagi kelakar dari Maharaja Lawak...

Sudah aku jangkakan perhimpunan yang telah dirancang lama akan tetap berjalan walaupun dapat tentangan dari kerajaan yang zalim,polis yang sengal, pihak-pihak lain yang bengong...

Terima kasih kepada DYMM Tuanku di atas keprihatinan beliau menerima kunjungan hormat dari pihak BERSIH untuk menghadap ke bawah duli Tuanku...Keprihatinan ini adalah kerana Tuanku sayang akan rakyat-rakyat beliau...Tuanku bertitah agar BERSIH membatalkan niat untuk membuat demonstrasi jalanan dan menukar agar berhimpun di dalam stadium tertutup....Terima kasih di atas kebijaksanaan Tuanku,kami akur di atas titah Tuanku..Najib pun akur dan membenarkan agar BERSIH membuat perhimpunan di dalam stadium.

Last minute... Hishamudin tidak membenarkan BERSIH berhimpun di stadium mahupun di jalanan di atas alasan BERSIH merupakan pertubuhan yang belum didaftarkan....Siapa yang biadap dalam soal ini??? siapa yang derhaka dengan Tuanku???

Perlukah untuk menyatakan ketidakpuashatian rakyat terhadap kerajaan memerlukan pertubuhan yang berdaftar?
Perlukah permit untuk berhimpun? jawabnya perlu...permit polis memang perlu...jadi pihak BERSIH telah memohon permit dari pihak polis..akhirnya, surat telah dikeluarkan dan keputusannya, permit tidak diluluskan....Nak tanya sikit kepada pihak polis ni...Polis perlu bertindak atas arahan siapa? siapa paling besar kuasanya untuk mengarah pihak polis? opsss... yang itu saya tak berapa arif untuk jawab tetapi yang saya tahu PDRM...Polis Diraja Malaysia...Diraja( Agong tu bukan raja ke?)hmm..tak tau...ntah la...atau pun Polis raja di Malaysia?.... Namun yang aku yakin polis hanya catur-catur yang dikawal oleh tangan-tangan yang jahat....

Perhimpunan tetap diteruskan...Lebih kurang dalam pukul 1.45 tengahari, aku dan kawan-kawan bergerak dari ofis menuju ke Brickfields...kami parking kereta di situ...

Orang ramai mula bergerak di jalan-jalan yang lengang dari kenderaan, yang aku percaya dengan niat yang sama untuk berhimpun...kelihatan pihak polis pun dah pening kepala kerana orang ramai dah semakin ramai, dari sekelompok bertukar menjadi gerombolan yang besar...

Tiba-tiba hujan rahmat Allah turun dengan lebatnya mengiringi perjalanan kami...aku dan kawan-kawan masih tidak tahu hala tuju lagi...SMS lagi diterima bahawa 500 lebih rakyat telah ditangkap pihak polis...berita di AGRO bank masjid Jamek, sekumpulan rakyat telah ditembak dengan gas-gas pemedih mata, di dataran Maybank,disembur air dan ditembak dengan gas-gas pemedih mata, malah ada yang terus dikasari oleh pihak polis dengan begitu kejam.

Aku dan kawan-kawan terus menuju ke arah stadium, tiba-tiba dalam perjalanan, terdengar jeritan suara yang kuat datang dari arah bertentangan...Ya Allah! ramainya...meremang bulu roma, hati ini teramat besar rasanya,apa yang aku dengar ialah jeritan suara rakyat yang sedang bergandingan tangan menuju ke arah kami....ya..itu adalah gerombolan seperjuangan kami...kami terus bergandingan menjadi satu kempulan gabungan yang besar...kami terus menuju ke arah stadium...namun kami terus dihalang olis pihak polis yang lengkap berpakian seperti mahu berperang,lengkap dengan kereta perisai untuk menghalang kami dari masuk ke dalam stadium.

Kami berhenti mengadap polis-polis..tiba-tiba terdengar bunyi tepukan tangan yang kuat dari arah belakang...pandangan kami teralih ke belakang...MashaAllah...lagi satu gerombolan yang besar terus mara ke arah kami....laluan terus dibuka untuk yang baru tiba,rupa-rupanya Dr Hatta yang mengetuai gerombolan yang baru tiba ini...yang aku dapat tahu gerombolan ini bergerak dari Pasar Seni tadi...mungkin mereka ini telah diserang oleh polis sebelah sana..kini kami bergabung menjadi sangat besar...anggaran aku,berkemungkinan melebihi 30,000 orang...

Begitu seterusnya, dengan ketibaan beberapa lagi gerombolan yang diketuai oleh Chegu bad, YB Zuraida, Ambiga dan ramai lagi...Dapat berita DS Anwar,YB Nurul Izzah,Tuan Guru Hadi, YB Sallehuddin, YB Mat Sabu telah ditangkap polis...

Kami semua duduk di hadapan polis tanda menyatakan niat bukan untuk merusuh mahupun mengasari pihak polis.Terdengar suara Dr Hatta meminta izin dari pihak polis agar membenarkan kami masuk ke dalam stadium..namun kami diberi peringatan agar bersurai....Kami terus melaungkan "Daulat Tuanku" beberapa kali...kali ini arahan keras agar kami bersurai...atas arahan leader... kami berangkat mengundur diri dan terus menuju ke pasar seni melalui Petaling Street...

Sekali sekala, kelihatan helikopter polis yang berlegar di udara ....Dalam perjalanan, ternampak krew tv3 suku sedang membuat liputan dari atas tingkat bangunan yang berpagar...hahaha..kami berhenti sebentar dan menjerit "PENIPU..PENIPU".... jelas kelihatan muka yang agak gusar dan takut dengan jumlah gerombolan yang amat besar...namun, dengan niat utama kami hanyalah untuk berhimpun secara aman dan bukannya melakukan rusuhan...kami terus tidak bertindak di luar kawalan..bayangkanlah jika seorang saja yang mula untuk membaling batu,yang lain pasti akan mengikut berbuat demikian..firasat aku kalau dah terkena balingan batu begitu banyak, kalau tidak mati, ICU jugaklah krew-krew tv3 suku tu...

Dalam pada itu di tepi jalan aku nampak sekumpulan dari gerombolan kami mengepung seorang pemuda yang bermotor...dup dap juga dada ini kerana sangkakan perkara yang tak diingini berlaku.."bang, aiskrim 4.....bang,aiskrim 10, bang, aiskrim 2..hahaha,,rupa-rupanya pemuda itu menjual aiskrim..hahaha..kelakar pulak rasanya, masih ada yang berani berniaga walaupun telah diberitakan akan berlaku rusuhan...tingginya pemikiran pemuda itu lebih jauh bijaknya dari najib dan sekutunya yang bengong...

Memang aku lihat, sepanjang perjalanan banyak kedai yang telah ditutup atas arahan polis,namun sebaliknya pula ada yang masih berani untuk berniaga dan tidak termakan dengan dakyah media dan najib sekutunya yang pengotor...ada yang menjual barang-barang runcit dan pada pengamatan aku, yang paling laris ialah jualan air..syabas kepada peniaga yang berani...

McDonald masih terus beroperasi seperti biasa,namun apa yang aku nampak,tak cukup tempat duduk..7 eleven pun penuh dengan orang..kalau lah ada yang membuat bancian tentang jualan mereka, rasanya 10 kali ganda untung mereka berbanding hari sebelumnya. Lagi sekali aku tidak setuju bahawa kami yang menyebabkan perniagaan di sekitar KL rugi berjuta ringgit.Pendapat aku..mereka tidak rugi,tetapi mereka tidak dapat menjual stok perniagaan mereka...itu saja, tapi itu bukan disebabkan kami..itu atas arahan polis,mereka yang menyekat jalan-jalan agar tidak membenarkan orang ramai masuk ke KL, bagaimana orang nak membeli...dan ada yang tidak dibenarkan membuka kedai dan ada juga yang takut disebabkan media pengampu yang menyebarkan berita palsu bahawa akan ada rusuhan...benarpun itu langkah berhati-hati,aku terima..lagi bagus kalau mereka membenarkan kami masuk ke dalam stadium..lagi selamat...tempoh yang kami minta hanyalah 2 jam sahaja...

Sampai di hadapan Uda Ocean, sekali lagi kami tekejut kerana lagi satu gerombolan yang besar datang dari arah kiri kami...Sekali sekala terdengar laungan takbir Allahuakhbar!!!sekali sekala laungan Bersih!!!, laungan Reformasi!!! dan pelbagai lagi...kami terus bergabung dengan gerombolan terakhir yang boleh dijangkakan kesemua sekali melebihi 100,000 lebih...

Sekali lagi kami terhenti dengan halangan polis-polis, dan kami terus ditembak dengan gas-gas pemedih mata....bertempiaran kami lari kerana tidak tahan dengan sesak asap dan pedihnya mata..ada yang mencangkung dan terduduk di tepi-tepi jalan...makcik makcik dan anak perempuan juga tidak ketinggalan dari lepasnya kepulan asap-asap...terbatuk-batuk,mencari udara...namun atas semangat perjuangan,kami terus membantu dan dibantu sesama kami...menghulurkan air,garam dan sebagainya..

Dapat berita, ada lagi satu gerombolan memenuhi Puduraya, dataran Maybank dan di hadapan kotaraya..mereka dipukul,ditembak air dan gas pemedih mata...ada yang aku dengar seorang demonstran digari tangan dalam keadaan dirinya sedang bertarung dengan nyawa dan ditinggalkan oleh polis di tengah jalan begitu saja..orang ramai membantu menggosok dada mangsa..berita lanjutnya setahu aku beliau dikejarkan ke hospital.

Kami terus ditembak dengan begitu kejam..tidak sedikit pun ruang yang diberi...seorang demi seorang ditangkap oleh polis..aku juga tidak terlepas dari asap yang ditembak..sekali-sekala kawan aku menarik tangan agar aku tidak ke depan...namun hati ini, Allah saja yang tahu betapa aku benci melihat polis yang begitu zalim...sekali-sekala juga aku terpaksa menyejukkan kawan aku yang mahu bertempur dengan polis...begitulah selanjutnya...kami tetap dengan misi kami iaitu berhimpun secara aman...menuntut 8 tuntutan agar pilihanraya menjadi bersih dan telus...

Sekali-sekala hujan yang turun menyukarkan asap pemedih mata untuk terus menyerang kami...Tangkapan demi tangkapan terus dibuat, dengan penuh kejam, ada antara kami yang ditendang di bahagian dada, ada yang tersungkur di escalator ,dikasari oleh polis ibarat seperti menyerang anjing gila,tanpa perikemanusiaan...

Jam ditangan menunjukkan pukul 4 petang, kami akhirnya beransur untuk bersurai dengan perasaan yang begitu menyayat hati, sedih dengan polis yang beitu zalim terhadap rakyat-rakyat seagama,senegara sendiri...
Sedih dengan tangkapan rakan-rakan seperjuangan, rasa kebencian yang amat besar terhadap najib dan sekutu....apa yang kami tuntut adalah agar pilihanraya dilaksanakan dengan bersih dan adil..itu saja..kenapa kamu tidak boleh menjaminkannya?

4.15 petang,hantar rakan-rakan balik ke ofis, berpisah dengan blogger dari PD,Idris...baru kenal sehari dah rasa macam bertahun-tahun..itulah keakraban di atas perjuangan yang sama yang tiada had jangkanya...

Dalam perjalanan memandu pulang, hati masih teringat dengan perhimpunan tadi...aku sifatkan perhimpunan ini berjaya..kerana apa ianya aku sifatkan berjaya? kerana rakyat masih berjaya bergabung berhimpun walaupun dengan amaran keras, sekatan-sekatan polis, tangkapan-tangkapan,larangan masuk ke Kuala Lumpur...bagaimana puluhan ribu dari kami boleh masuk ke Kuala Lumpur tanpa ditangkap? Kerana kami juga mempunyai senjata..senjata kami ialah doa,kebenaran,keadilan,keikhlasan...itu yang kami bawa bagi menjayakan perhimpunan ini....Yakinlah!!! Allah akan melihatkan kebenarannya..teruskan berjuang kepada sahabat-sahabat semua...Allahuakhbar!!!!

*takziah kepada keluarga Allahyarham Baharuddin Ahmad yang terkorban dalam himpunan BERSIH 2.0 ini.
Al-Fatihah



Monday, February 14, 2011

BENAR KAH..ANWAR NAK LARI???

Hari nie utusan meloya memainkan propaganda murahan untuk memastikan umno bn terus diminati rakyat marhen..dengan tajuk yang menarik dan menakut kan..

Lihat lah betapa takut nya umno bn melihat pengaruh anwar di mata masyarakat malaysia,ape saje cerita keburukan anwar dengan dibantu oleh pelakon spt ezam,ummi dan beberape pencacai yg berkepentingan..nafsu dan duit digunakan sepenuh nya,juga diberi liputan yg besar oleh utusan meloya...

perkara- perkara ini dibuat untuk memastikan segala moral anwar akan hancur dipandang hina oleh masyarakat melayu khusus nya.Tetapi alhamdulilah..makin diasak dengan berbagai perkara dan isu..ternyata pengaruh anwar sedikit pun tidak terjejas..dan makin bertambah lagi insahallah....

tetapi pagi nie kelihatan susuk tubuh dato seri anwar hadir di mahkamah kuala lumpur untuk menghadapi perbicaraan kes liwat beliau..maka fitnah utusan tadi..amat2 memalukan.. sebagai akhbar yang utama yang dibaca oleh orang-orang melayu.disini kita nampak utusan akan memainkan peranan lebih besar lagi.untuk menghancurkan pakatan rakyat yang dketuai oleh anwar.mereka tahu jika anwar terus mengetuai dan memainkan peranan dalam pakatan rakyat umno bn akan bekubur nanti pada pru13..insahallah

rakyat harus paham kenapa anwar telah begitu teruk ditohmah,dicaci sebegitu hebat tetapi sehingga kini tidak ade bukti yang kukuh untuk mensabit kan kesalahan dalam mana-mana kes jenayah.maka dengan kes liwat ini sajer yang dapat tidak untuk umno memastikan pengaruh anwar di mata orang2 melayu akan hilang.

jadi mana diharap rakyat terutama orang2 melayu bersatu lah di bawah pakatan rakyat untuk memasti kan umno bn akan tumbang pada pru ke 13 nanti..

hari ini juga bermula perbicaraan kes liwat anwar yang pasti nya akan banyak keluar berita2 atau cerita yang amat2 menarik untuk kita dengar.umno bn berharap dengan kes liwat ini saje dapat memati kan fikiran anwar dan karier politik anwar.kerana kita sudah nampak pendakwaan dalam kes ini amat tidak masuk akal sekali.

dengan anwar disabit kan kesalahan nanti..maka dengan mudah lah umno bn akan mengucar kacir kan pakatan rakyat..insahallah.diharap pemimpin2 pakatan sudah bersedia dengan perancangan yg teliti...

jadi diharap pakatan rakyat dapat memain kan lebih aktif bagai mana untuk menapis serangan dari utusan meloya ini..PR juga kena lebih aktif dan cepat menangkis serangan dari media2 umno ini....
diharap dato seri anwar agar dapat besabar untuk terus melawan umno bn ini....

SELAMAT KEMBALI BERJUANG...

ASSALAMUALAIKUM..semua buat sahabat-sahabat yang pernah megikuti blog bagan-utama sebelum nie.minta maaf ebab sudah teramat lama tidak berada dilama maya nie..berikutan beberapa perkara berlaku pada blog bagan -utama...alhamdulilah.akhirnya..masalah nie dapay diatasi...

terima kasih yang teramat-amat pada tuan hisammuddin atas pertolongan beliau pada proses penambah baikan blog bagan utama..hanya allah saje yang dapat membalas jasa baik tuan....amin

buat sahabat2 semua nanti kan kemunculan kembali berita2 panas dari blog bagan utama selepas ini..insahallah..bagan-utama..akan menyampai kan maklumat2 terkini.untuk memastikan tumbang nya UMNO BN pada pru 13 nanti insahallah

diharap sahabat2 semua dapat meyokong terus blog bagan-utama ini..terimakasih...

Wednesday, February 9, 2011

Monday, November 8, 2010
Apa Dah Jadi DENGAN PKR?
by;pdutama

salam kembali..nak tunggu blog baru belum kesampaian lagi terlalu sibuk dengan banyak perkara.

kerja dan dll.nak cari rezeki apa leh buat..dalam sebulan dua nie macam.macam hal jadi kat malaysia nie..besar sungguh dugaan allah kat rakyat malaysia nie..tapi alhamdullilah ia masih tekawal lg..kemalangan ngeri,banjir besar,kes bunuh macam.macam di dada akhbar..

politik pun banyak mengambil tempat..prk galas,bt sapi dan pemilihan pkr..dan.macam2 telahan para pekomen poltik,rakyat,blogger..macam2 isu diutarakan...yang pasti nya puak umno bn amat gembira sekali dalam hal nie..
sebenar nya senang jer untuk pakatan rakyat...jgan meratapi kekalahan prk tersebut..kuat kan azam dan gerakan kerja pada setiap dun dan parlimen.diharap semua ahli parlimen dan ahli dun mulai hari ini turun lah kebawah..jangan sombong.dan.pergilah setiap kampung,taman,estet.dll..tunjukan muka, tanya masalah rakyat.
dan jangan ikut stail umno bn bila masa prk baru nak nampak muka dan hulur sumbangan.
bemula dari sekarang kita kena adakan banyak program masyarakat dan para yb semua hendak lah terlibat sama sekali,tunjukan keiklasan kita untuk menabur bakti tak kira masa.masyrakat memandang dan menilai apa yg parti dan yb buat...tekad kan semangat untuk memulakan ini semua.para pegundi yg belum mendaftar juga harus ditingkat kan cari seluruh pelusuk taman,kampung dll tempat...kerah kan semua tenaga parti pada setiap minggu adakan sedikit program yg ada mesra pada rakyat..jangan asyik buat ceramah besar jer...tapi hajat sebenar tak sampai pada sasaran..

kita kena fokus dan buat satu target pada golongan sasar,baru apa yang kita buat menjadi,contoh kalau kita buat ceramah,kadang2 hanya penyokong kita jer yang datang,yang atas pagar dan tak beparti tak kita pedulikan kiranya kita nie macam syok sendiri...kita juga kena banyakkan risalah2 tentang kejayaan negeri yang diperintah pakatan..buat dalm bentuk yang ringkas supaya rakyat berminat dan mebaca risalah tersebut

jadi aku rasa setakat nie dulu nanti dilain masa jika aku ada kelapangan aku akan berkongsi lagi

Friday, September 24, 2010


PENGENALAN DIRI

A'kum semua. Buat pengetahuan semua blog tomato susu tidak sama sekali ada kena mengena dengan blog ini. Sebab bloger tomato susu banyak menciplak blog bagan untuk kepentingannya.

Dimaklumkan bahawa blog ini adalah blog yang sama iaitu semasa ketika pilihan raya Bagan Pinang yang lalu.Segala penulisan yang dilakukan selepas pilihan raya bukan hasil nukilan pemilik asal blog ini tetapi sekarang Pemiliknya akan kembali mencoretkan kata-kata untuk tatapan semua.


Sekian, Terima Kasih.


JAMUAN HARI RAYA

Hari ni kat tempat kerja aku ada jamuan hari raya. Kena bayar RM5.00 seorg. Tapi tak ramai yang datang. Makanan banyak nampak meriah tapi tak ramai yang datang. Bila nak mula program tak ramai nak tolong pasang khemah. Bila dah habis program tak ramai juga yang nak tolong.

Dah lah tu memilih lak nak buat keje. mmmmm .Siapa yang kurang bangkang kenalah buat kerja yang orang lain tak suka buat basuh pinggan ke? Nama aku naik pulak tu kena basuh pinggan? Aduh semalam aku dah banyak basuk pinggan. Hari ini kena lagi macam aku sorang saja yang keje kat situ.

Panas pulak hati aku. Bila tak ada orang kat office aku yang jaga office. lepas jaga office aku pulak kena denda sebab tak duduk lama kat tempat jamuan sebab duduk kat office. Adil ke?

Ambil kesempatan je dia orang ni. Bagilah sebarang komen!!!

Thursday, September 23, 2010


Datang ziarah baganutama

Selamat hari raya maaf zahir dan batin walaupun lambat tapi hati sedikit terubat dapat menulis sedikit diblog nie....rindu sangat nak menaip tpi apa kan daya......

terlalu sedih tentang apa yang menimpa di blog baganutama nie.......

ada kesempatan akan aku coretkan kisahnyanya di blog nie....nanti kan kemunculan cerita2 yang hebat........ lawan tetap lawan..........


Sunday, June 13, 2010

Oleh : AdukaTaruna

Alhamdulillah, walau pelbagai rintangan, Allah izinkan kami (Kumpulan Langgar Hadi) bertemu di sini (Pengkalan Chepa) untuk satu cabang kecil gerakan menegakkan Islamic State.

Malam itu, kami berjaya melancarakan 2 cubaan. Dan demi Allah, selagi hati kami tidak dibolaj-balikkan Allah, atau Hadi sudah kaizen, atau yang mana dulu, atau sehingga sesuatu yang didatangkan Allah tanpa diduga, kami tidak akan mengalah.
Kami akan merangkak walau dalam kemiskinan dan kekurangan demi menjatuhkan batu penghalang kepada kemajuan dan kehampiran Islamic State di Malaysia tercinta ini. Insyaallah.
Wallahulam.

Friday, June 11, 2010
Poster Panas Dibagan Pinang

oleh pedee utama :



salam semua,aku dah lama bonar tak menulis kat blog nie,pada hal aku yg mula2 glamour kan blog nie tapi si ali kacak lak yg lebih2. Poyo boto la.
bab tajuk n gambar kat atas tu,aku nak rakyat malaysia ulas lah.aku betul2 terperanjat bila pagi2 buta dah penuh kat kawasan dlam dun bagan pinang.dari kawasan pantai hingga semua pehentian bas penuh gan poster tersebut..apa nak jadi daa...

aku tepun budak2 pemuda umno klau ia pun umno kaw t kemang nak luluskan jangan lah nak heboh2,tapi ramai yg menafikan,kami tentang semua tu......aikkk tapi napa poster besepah bai?tak kan kena dajal kot.

aku tepon lak ketua wanita umno bagan pinang,dia pun menafikan perkara tersebut.malah dia menentang habis-habisan pasal lesen judi nie siap gan takbir lg kat aku dan ucapkan terima kasih kerna beritahu sal poster tesebut,tapi mula2 aku marah juga ada ker dia kata budak2 pas buat......siput punya org..

tapi bila aku ckap elok2 gan dia,puan tersebut minta maaf sebab kata2 nya tadi.....dia ucapkan terima kasih sebab siang2 beritahu kat dia,dia nak suruh budak2 pmuda turunkan poster tu,aku pun apikan dia cepat buat ari ni jumaat,karang time orang sembahyang jumaat nampak makin tinggi saham pas n pakatan rakyat..

kalau semua budak2 umno dan ketua wanita menafikan,tak cukup gan itu,aku dengan ini nak kan umno bahagian teluk kemang keluarkan satu kenyataan menentang sekeras-kerasnya pada kerajaan atas kelulusan lesen judi tersebut,jgan cakap jer lebih.parti pas dan rakan2 pkr dan dap menafikan kami terlibat dalam terbitan poster tesebut..

jadi aku harap pegundi dun bagan pinang dapat menilai apa yang tersirat dan mainan politik umno dan barisan nasional khususnya....

Saturday, April 17, 2010

nie masjid tempak kami rehat2 kan badan,aku dapai jer mmg ramai gila,penuh madjid seluruh negeri dah sampai dah.masa nie jam 3pg ramai yg baru sampai tak putus2 org aku nak tidur pun tak dapat.nie pun tengah ietih gile nie,tapi aku upload kan gambar juga utk tatapan rakyat malaysia
aku rasa biar lah gambar jadi bicara yer..lain kali aku sambung cita lg yer. penat gila nanti aku up load gambar lg yer banyak nie. lg pun aku kat cc nie bising sgt gan budak2 main game


Catatan perjalanan yg bermakna ke hulu selangor
oleh peedee utama :

salam semua,kira nya lama juga aku tak menulis kan,maklum lah amat sibuk gan kerja2 yg patut dibuat.Aku mula2 malas nak pergi hulu selangor nie bkan apa,kerja amat mbataskan aku nak bejalan2 nie.

semangat nak melawan tak leh nak cakap dalam hati nie,aku pun call komeng n angah ajak diorang gie,apa lg diorg pun mmg tunggu jer..

jam 11mlm tadi dalam ujan yg lebat kita org pun mula kan perjalanan ke hulu selangor
,aku pun mmg tak pernah sampai kat sini,nak tepun sape pun aku tak tahu ,kita org main redah jer..

sampai jer pas tol rawang,jpj dah tunggu,mcm2 gak dia org tanya bla222222 malas aku layan.. komeng jer yg banyak jawab..

aku ckap gan komeng mana nak arah nie,tadi budak tol kata terud jer gie pekan kkb pas pekan rawang terus jer,puas aku bayang kan baje jauh lah agak nya,nampak petrol pam petronas ramai org kat situ,komeng ckap,bang gie lah tanya nie dah malam nie kita bkan tahu sgt...

aku pun tanya gan satu brader nie bawa van,kat mana dewan yg nak umum calon prk tu bang..aku tanya kat brader tu...

nak buat apa gie sana.jem kat situ teruk sgt...

saje nak jalan nak tengok meriah ke tak....

hai prk pun ada meriah ke tak ker...

aku pun sengih jer..jawab jer lah banyak tanya lak.tahu ker tak.....

aku tengok dalam ven tu byak barang macam komputer jer...penuh satu van..

ikut lah abang,saya pun nak kesana nak antar barang kat maktab polis [ad tu abang tunuk kan tempant nya,tapi van nie pelahan..

tak apa lah bang kkami pun bawa pelahan gak..

dari mana nie?

kami dari pd lah bang,saje nak jalan2 uyk meriahkan jer..

bt apa nak buang masa..jauh2 dtg..

ala bang..kami nie dekat sgt..sekarang nie satu semenanjung rakyat tengah memandu ke hulu selangor nie,beribu2 dtg tanpa diberi duit utk menunjuk kan sokongan pada rakyat hulu selangor..

entah lah abang pun tak paham lah....

aku pun sengih jer sambil jeling2,dalam van brader nampak pas penjawat awan...
staff bikit aman rupanya pasanlah menceceh jer............

k lah ikut abang ehhh...
wkakakakak komeng gelak bosar.....

cakap bawa pelahan...kelentong punya polis laju nak mampus,dah lah kete banyak
kejar punya kejar..roadblock lg banyak yg kena tahan,aku betul2 belakang van brader tu.ada yg kena pusing,ada gak yg kena tahan mcm2 polis tgk..

van brader tu berhenti,polid yg tahan tu aku tgk senyum jer kat brader tu.angkat tangan jer terus jalan..

ala mak meng apa nak cakap ahhh....

nak pergi mana en?

nak nantar barang gan van depan tu...

ok jalan...wakakakaka

komeng dan angah gelak bosar...
apa aku ckap nie....

jahanam lah janji lepas..
sampai kat maktap polis tu,brader behenti tepi jalan dambil lambai kat kete aku,
ok,abang sampai kat dini jer tau,kau trus bla bla2 k lah terima kasih bang...

jalan punya jalan gan kete yg banyak dan slow sgt traffik kami pun sampai kat mesjid dalam pekan kkb. tak apa lah bang saje nak jalan2

salam.aku betul2 dah lama tulis dalam blog nie...nasib ado si ali dio yg rajin bt cito baru... bukan apo den kecewa gan pemimpin pakatan dan pas khusus nya dalam menghadapi kemelut politik sekarang tak npak sepakatan nya....entah lah raso2 puak 2 umno tgh golak bosar sekarang nie.baik pas.dap.dan pkr sama je,,pas tu kuar lak keputusan jkuasa disiplin pas adoi....betul bt hati aku malas nak menulis lg....

biar kan hal plotik dulu tapi ari nie aku pergi tgk aduka punya kenduri kawin mmg meriah betul dan aku pergi gan dayat n family die nak tgu ali lambat bonar tepon dio cakap nak tggu xenan lak.....den sampai trus makan jer lapar lah bai...tetamu pun ramai masa tu,duka n siteri sambut aku nampak ceria diwajah pegantin baru ni macam tak ado apo2 mslah pun....

makanan sodap2 belako..adolak laik tempoyak msak gulai mmg sodap....tengah2 mkan tu lak dayat beritahu asal ramai bonar SB kat sini...apo yg diorang takut nie..dah lah mentedarah kuat.

aku pun mlas nak tgu lama bini aku tepon mak mentua aku nak datang...aku pun jumpa aduka ckap lu nie jemput SB ramai bonar asal? sajo nak balas jaso...wkakakakakaka

hairan aku polis kat malaysia nie kes mcm nie pun nak pantau lebih2 padanlah kes ragut kat seremban agak membimbang kan......

wlaumcm mana pun tahniah aduka n isteri SELAMAT PEGANTIN BARU bt lu n isteri moga kekal ke akhir hayat n buat anak ramai2 yo......majlis perkawinan lu yg meriah nie mkin disebab kan kehadiran ramai SB wkakakakakak

ngok punya sb...(TERUTAMA SB YG BORAK GAN AKU TADI DIA INGAT AKU BODOH KE NAK KOREK RAHSIA KAT AKU SIAP TANYA MCM2 SAL ADUKA..............