Sunday, April 7, 2013

PRU13 : Najib terpaksa gunakan populariti raih undi untuk BN...40,000 ribu jer hadir...kata hebat sangat...???

PRU13 : Najib terpaksa gunakan populariti raih undi untuk BN...40,000 ribu jer hadir...kata hebat sangat...???

BUKIT JALIL, 6 April — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak malam tadi ketika pelancaran manifesto Barisan Nasional (BN) dilihat menggunakan popularitinya sebagai Pengerusi gabungan pemerintah berkenaan untuk meraih undi menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
Najib dalam ucapannya bertanya kepada 40,000 penyokong BN di Stadium Putra Bukit Jalil siapa akan mereka letakkan kepercayaan untuk memimpin negara - Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, parti komponen Pakatan Rakyat (PR), Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, atau dirinya.
Penyokong-penyokong Najib yang memakai baju biru yang memenuhi stadium itu berdiri dan menyahut “Najib!, Najib!” dengan kuat.
“Kalau rakyat Malaysia jawapannya Najib, maka sokonglah dan undi BN, kerana saya tidak boleh melakukannya bersendirian, saya perlukan pasukan saya,” katanya kepada penyokong yang turut bersorak.
Ketika ditanya pemberita kemudiannya, sebelum beliau meninggalkan stadium, Najib hanya tersenyum dan berkata “Thank You” kepada komen yang menunjukkan beliau umpama presiden ketika melancarkan manifesto BN untuk PRU 13 malam tadi.

No comments:

Post a Comment