Friday, March 22, 2013

PANAS! Punca Parlimen Tak Jadi Bubar Terbongkar!


Ekoran kekalahan teruk pada pilihanraya umum lalu, rombakan besar-besaran dipercayai telah dilakukan dalam senarai calon Barisan Nasional (BN) kali ini.

Dua tokoh utama parti komponen BN juga dikatakan tidak tersenarai sebagai calon pada Pilihanraya Umum ke-13.

Menurut sumber, hanya tiga presiden parti komponen utama BN di Semenanjung Malaysia iaitu Presiden Umno, Najib Altantuya; Presiden MIC, G. Palanivel dan Presiden PPP, M. Kayveas yang akan bertanding dalam pilihanraya akan datang.

"Mesyuarat kelmarin masih belum ada keputusan lagi. Masih ada pembahagian, parti mana ambil berapa kerusi," kata seorang sumber yang mahu namanya dirahsiakan.

Keputusan itu dicapai dalam pertemuan perdana menteri bersama ketua-ketua komponen BN kelmarin.

Dengan itu, nama-nama besar seperti Chua Soi Lek dan Koh Tsu Koon tidak akan bertanding dalam pilihanraya umum kali ini.

Soi Lek merupakan Presiden MCA dan Tsu Koon mengetuai parti Gerakan.

BN terdiri daripada 13 parti komponen semuanya.

Tsu Koon yang merupakan bekas Ketua Menteri Pulau Pinang turut kalah pada pilihanraya umum yang lalu.

Beliau telah pun mengumumkan tidak akan bertanding beberapa bulan lalu.

Menurut sumber itu lagi, mesyuarat bersama Najib Altantuya akan bersambung lagi hari ini dan beliau yakin akan ada beberapa pertemuan lagi bagi memuktamadkan pembahagian kerusi BN.

"Tak akan selesai esok (hari ini). Ada banyak perubahan sebab kalah dulu," katanya.

Laporan Bernama semalam menyebut bahawa Soi Lek enggan menafi atau mengesahkan dakwaan yang beliau akan meletak jawatan jika bekas presiden MCA, Ong Tee Keat dipilih sebagai calon BN.

Soi Lek berkata, tindakan berkenaan bagi menghormati segala maklumat perbincangan antara beliau dan Perdana Menteri kerana ia sepatutnya tidak dikongsi dengan pihak lain.

Sementara dari segi penyandang kerusi pula, ahli parlimen Kuala Kangsar, Rafidah Aziz paling awal mengucapkan selamat tinggal kepada kerusi kesayangannya.

Selain Rafidah, bekas perdana menteri, Abdullah Badawi juga hampir pasti tidak mempertahankan kerusi Kepala Batas manakala ahli parlimen Pengerang, Azalina Othman Said dijangka kekal untuk membawa misi memberi penerangan terhadap projek RAPID bernilai RM60 bilion.

Tan Chai Ho nampaknya sekali lagi dicalonkan BN bagi menghadapi ahli parlimen Bandar Tun Razak, Khalid Ibrahim walaupun Umno menuntut agar kerusi itu diberikan kepada mereka.

Keputusan sudah dapat dijangka kerana majoriti pengundi mahukan calon Melayu dan menolak Chai Ho, sekaligus memastikan Khalid bakal memegang kerusi tersebut buat dua penggal berturut-turut.

Akhbar The Star juga melihat menteri besar Pahang, Adnan Yaakob bakal digantikan dengan pemimpin muda Umno kerana dianggap gagal dalam isu Lynas di Gebeng dan masalah tekanan air rendah di Kuantan dan Indera Mahkota.

Selain masalah kepimpinan, isu terbaru membabitkan ketua pemuda Umno negeri juga memalapkan impian Adnan yang bakal dikerat telinganya jika BN tewas di parlimen Bentong yang ditandingi timbalan presiden MCA, Liow Tiong Lai.

Di Melaka pula, pengunduran ketua menteri Ali Rustam kini 85 peratus dipercayai Najib Altantuya mahukan dia bertanding di parlimen Jasin.

Bagaimanapun penggantinya masih menjadi teka-teki antara tiga nama yang disenarai pendek termasuk ahli parlimen Tangga Batu, Idris Haron.

Terengganu pula menyaksikan kedudukan Ahmad Said kini menjadi tanda tanya apabila dikatakan ramai penyokongnya dicantas kali ini, sekaligus kedudukannya sendiri sudah tidak selamat sebagai menteri besar.

Perkembangan menarik ini akan terus menjadi topik hangat dan keputusan muktamad akan dapat diketahui beberapa hari lagi.

No comments:

Post a Comment