Wednesday, November 7, 2012

Inilah akibatya jika mencerca Islam

Antara kemusnahan sistem subway New York
Serangan puting beliung Sandy menyebabkan sistem pengangkutan utama melalui subway telah lumpuh sepenuhnya. Puting beliung tersebut menyebabkan ombak besar yang menenggelamkan tujuh buah laluan subway New York dan tujuh buah stesen pengangkutan bas merupakan kemusnahan terbesar dalam sejarahnya.

Pengerusi Metropolitan Transport Agency (MTA), Joseph Lhota mengatakan," Sistem subway New York telah menjangkau 108 tahun, tetapi belum pernah mengalami bencana yang memusnahkan seperti ini, puting beliung tersebut telah mengkucar-kacirkan keseluruhan sistem pengangkutan, dalam setiap ceruk dan rantau dalam daerah ini. Ia telah menumbangkan pokok, memutuskan bekalan kuasa dan menenggelamkan segala terowong".

Mereka sebenarnya lupa inilah pembalasan diatas keangkuhan mereka yang mencerca Islam dengan mengadakan iklan secara besar-besaran di seluruh sistem subway dan keretapi mereka. Iklan itu yang dilancarkan oleh kumpulan zionist yang bernama American Freedom Defense Initiative (AFDI). Pada mulanya ia tidak dibenarkan oleh MTA tetapi telah mendapat kebenaran dari mahkamah daerah tersebut. Selepas keputusan tersebut MTA memaklum sebanyak 10 buah stesen subway akan memaparkan iklan tersebut bermula bulan lepas. Tidak sampai sebulan selepas iklan yang menghina Islam dengan keganasan kebinatangan dan mengangkat Israel sebagai bangsa bertamaddun; Allah telah menghantar kepada mereka puting beliung Sandy yang menyebabkan mereka bingung diatas kebinasaan yang menimpa mereka.
Air mencurah-curah menenggelamkan seluruh sistem subway New York
Kebinasaan ini menyebabkan mereka kebingungan
Bot dilaut hanyut hingga ke landasan keretapi
Inilah penghinaan keatas Islam yang dilancarkan oleh Yahudi
di seluruh subway New York
Wahai saudaraku teruskanlah perjuangan sesungguhnya
pertolongan Allah pasti datang!

Sesungguhnya janji Allah itu amat benar dan pertolonganNya pasti datang dari arah yang tidak disangka-sangka!

Sebenarnya orang-orang yang terdahulu dari mereka telah menjalankan rancangan jahat (terhadap agama Allah dan Rasul-rasulNya); maka Allah binasakan bangunan mereka dari asas-asasnya, lalu bumbung (bangunan itu) jatuh menimpa ke atas mereka, dan mereka pula didatangi azab kebinasaan dari arah yang mereka tidak menyedarinya.(Al-Nahl 16:26)

No comments:

Post a Comment