Friday, June 29, 2012

TERKINI !!!!!!Alhamdulillah PRU lewat...sempat gempur Johor habis-habisan,,, Ribuan Himpunan Hijau ,Menuju Putrajaya di , Johor Mendapat Sambutan Hebat



Solat Hajat di Himpunan Pas Negeri Johor.Di hadir Tok Guru Nik Aziz,Datuk Paduka Husam Musa,Dato Tamrin di Taman Dahlia,Johor Bharu


Alhamdulillah PRU lewat...sempat gempur Johor habis-habisan....,kehadiran cukup memberangsangkan..datuk tamrin anak kepada mantan tpm ..sedang berucap..>mudah2han dimakbulkan hijau ke putrajaya..


YAB Tuan Guru selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Jamek Pasir Gudang
Setiap pagi Jumaat inilah tugas rutin tuan guru jika berada diMasjid Pulau Melaka..Inilah manusia yang dikatakan menyesatkan ummah!!biar BUTA mata jangan BUTA mata hati!

Puluhan ribu membanjiri dataran tmn dahlia johor Bahru
Anda mungkin juga meminati:

Selepas Kemenangan Mursi, Terusan Suez Untung US10 Juta Dalam Sehari




Hanya selepas sehari Muhamad Mursi diumumkan sebagai presiden, Terusan Suez untung US10 juta dari hasil pendapatannya, kata seorang pegawai Terusan Suez, pada Isnin 25/6/12 lalu.

Pejabat itu menambah 37 buah kapal menyeberangi Terusan Suez, dengan 15 kapal dari arah utara berasal dari Mediterranean yang membawa muatan sebanyak satu juta tan, dan 22 kapal dari arah selatan datang dari Laut Merah dan membawa 1.3 juta tan.

Kapal terbesar adalah kapal Panama tercatat membawa muatan 158.000 tan dalam perjalanan dari Itali ke Jeddah.

Baca Sedikit Ringkasan Sejarah Tentang Terusan Suez SINI
-tranungkite-

Thursday, June 28, 2012

PEMUDA UMNO LEMAH!!! Syndrom malu pakai baju UMNO / BN takut jadi bahan lawak

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgGof_-UVjcVLG183ffG0wZGsBVoIC_7VDBrTwU69Wygs2L9DcakOm4dXo30Vt9qA5tlAtIIJuKX1kaf3y-tGDoTIyEOUQT-PWV3QPSELqgm-wAWjhYT7dgxTeGLXVyxDzRXPUbyBobxv4Q/s1600/umno-bn+rosakkan+minda+budak+sekolah.jpgBeberapa orang bertanya kepada saya samada saya benar-benar yakin yang BN akan kalah dalam pilihanraya yang akan datang ini. Mereka bertanya samada saya hanya berkata-kata untuk menyedapkan hati saya. Mereka bertanya samada saya komited dengan apa yang saya katakan yang UMNO Baru akan tumbang dalam pilihanraya ini.

Jawapan saya senang sahaja. Yang pasti UMNO Baru sudah pun tumbang kerana sekarang ini kita tidak nampak lagi ciri-ciri UMNO yang ada pada UMNO Baru yang tertubuh pada bulan Februari 1998 itu. Nama UMNO itu memang ada tetapi UMNOnya sudah tidak ada lagi.

Jika benar UMNO itu masih ada, kita tidak akan mengalami keadaan kegusaran di kalangan pemimpinnya kerana UMNO itu pada hakikatnya merupakan parti baik pada asalnya. Tetapi segala apa yang ada pada asasnya dalam UMNO itu sudah tidak wujud lagi. Jika UMNO itu masih wujud pilihanraya sepatutnya telah diadakan tetapi oleh kerana ‘attribute’ UMNO itu sudah tidak wujud lagi maka pilihanraya masih belum dapat di adakan.

Saya berkata demikian kerana UMNO yang hakiki itu tidak takut untuk memanggil pilihanraya kerana UMNO itu mempunyai ‘attribute’ yang baik pada asalnya dan rakyat tidak teragak-agak untuk menyokongnya. Tetapi parti yang bernama UMNO sekarang ini sentiasa dalam kegelisahan untuk menghadapi rakyat dan jika ia berada di dalam kegelisahan itu bukannya UMNO.  UMNO itu hanya wujud pada kulitnya sahaja.

Lagi pula kita boleh lihat sekarang, kita  tidak melihat ahli-ahli UMNO memakai baju-T parti itu lagi. Tidak seperti dulu.. ahli-ahli UMNO sendiri malu untuk mengenakan baju-T parti itu kerana mereka tahu parti itu menjadi alat dan bahan lawak oleh rakyat yang sudah bermaklumat. Mereka tidak lagi memandang tinggi kepada UMNO itu dan ini disedari oleh pemimpin-pemimpin dan ahli-ahli parti itu sendiri.

Kalau dahulu anak-anak muda berbangga mengenakan pakaian yang berlambangkan UMNO tetapi kini mereka tidak mahu mengenakan pakaian berlambangkan UMNO itu dikhalayak ramai. Selalunya apabila ‘mood’ pilihanraya sampai anak-anak muda akan mengenakan pakaian UMNO itu dengan bangga dan megah.

Sekarang ini pemuda-pemuda UMNO sendiri menyorok-nyorok apabila mengenakan pakaian UMNO itu. Ini  merupakan keadaan yang sangat berlainan semasa dahulu. Itulah sebabnya saya katakan UMNO itu sudah mati dan tidak bernyawa lagi. Dalam pada kita sedang tertunggu-tunggu pilihanraya ini, kita tidak mendengar suara Ketua Pemuda nya akhir-ahir ini.

Saya kadang-kadang tidak teringat kepada Ketua Pemuda UMNO Kebangsaan kerana sudah lama kita tidak mendengar suaranya sekarang ini. Dalam pengalaman dahulu, dalam keadaan  sekarang pemuda itulah yang nampak bergerak dan bergiat di mana-mana. Jika scenario ini berterusan maka saya berkeyakinan yang UMNO akan menjadi sejarah tidak lama lagi. Ketua Pemuda UMNO tidak nampak dimana-mana akhir-akhir ini. Mungkin beliau tidak berapa sihat agaknya.

Kita tidak nampak lagi pemuda-pemuda di cawangan-cawangan bergerak seperti dahulu. Yang bergerak sekarang hanyalah Presidennya dan kadangkala Timbalam Presidennya sahaja. Bagaimana sebuah parti yang mengaku gagah  perkasa tidak bergerak diperingkat akar umbi?

Sekarang ini hanya Najib sahaja yang berusaha melakukan semua kerja sedangkan ahli-ahli dan pimpinan di bawah tidak berbuat apa-apa.. Najib ini seperti peranan Syawal ibni Zulkaedah di dalam filem arahan P. Ramlee, Ahmad Albab… semua kerja Syawal yang buat..Najiblah manager, Najib jugalah postman, Najib jugalah kerani dan Najib jugalah jadi jaga! Syawal berkahwin dengan Mastura dengan mas kawinnya FREE.

UMNO mempunyai ahli seramai 3.3 juta orang, tetapi tidak bergerak diperingkat akar umbi. Jadi UMNO itu ibarat seorang yang gemuk dan mempunyai tubuh yang besar tetapi mereka tidak dapat bergerak kerana berat badan yang keterlaluan. Ia seolah-olah seorang badan yang besar tetapi apabila berjalan mengheret kaki dan tidak berdaya untuk membuka langkah.

Sesungguhnya UMNO mampu jika pemimpin-pemimpin sekarang mahu berkorban untuk menyelamatkan parti itu. Tetapi semua tahu yang mereka (pemimpin-pemimpin) tidak mahu berkorban untuk keselamatan parti mereka. Mereka sanggup melihat parti mereka tersungkur, namun untuk berkorban tidak sekali.

Barisan pimpinan tertinggi UMNO masih dalam ‘denial syndrome” dan tidak mahu mengaku yang mereka sedang ditolak oleh rakyat yang mengundi. Keahlian yang ramai berjuta orang itu tidak dapat membantu pimpinan untuk memenangkan UMNO itu. Malah keahlian yang ramai itu menjadi beban kepada parti itu dengan masalah dalaman yang berlaku disetiap peringkat parti itu.

Jika keahlian yang ramai itu boleh diharapkan untuk memenangkan UMNO tidak mungkin parti itu menjadi sebegini lemah. ‘Bottom line’nya ialah apakah keputusan rakyat apabila sampai dalam bilik mengundi itu.

Apabila sampai dalam bilik mengundi, semasa itu tidak ada lagi ahli UMNO atau apa-apa parti sekali pun. Pengundian akan digerakkan oleh perasaan yang ada dalam naluri masing-masing pengundi.

Kita mesti ingat seramai 1.5 juta ahli UMNO memilih untuk menyokong calon pembangkang dalam PRU yang lalu. Apakah UMNO mampu untuk menghalang perkara yang sama dari berlaku dalam PRU yang akan datang ini? ‘Intuition’ saya berkata tidak ada siapa yang mampu untuk menghalang ahli-ahli UMNO memberikan undi kepada calon pembangkang.

Najib dan Muhyiddin tidak mampu untuk menghalangnya walaupun berbagai-bagai cara untuk membeli perasaan rakyat sedang dilakukan oleh mereka. Kebarangkalian andaian saya ini salah adalah kecil. Walau bagaimana sesiapa pun boleh tidak bersetuju dengan pandangan saya ini.

Saya bukan orang pandai tetapi pengalaman menghadapi isu ini ada sikit-sikit kepada saya dan ramai lagi dari kalangan orang UMNO sendiri. Begitulah jawapan saya kepada beberapa orang yang bertanya saya semalam.Aspan Alias

Monday, June 25, 2012

Terkini - Parti Islam menang di Mesir... Takbir..

Dr. Mohamed Morsi memang 52% pada pilihanraya Mesir...pemimpin negara ke-2 dalam dunia moden kini yang menghafal 30 juzuk Al-quran selepas Perdana Menteri Palestin, Ismail Haniyah.

 
KEMENANGAN PARTI ISLAM DI TURKI DAN MESIR amat memberi makna besar terhadap UMAT ISLAM SELURUH dunia......kita sedang menuju kebangkitan Islam yg lebih menyeluruh !!





rakyat mesir sujud syukur.
inilah kekuatan kita!
mengadu pada Allah!!
aku bersyukur padaMu ya Allah

 

 Alhamdulillah, dengan mendapat jumlah undi 13,230,131 undi melayakan beliau menjadi Presiden dari Parti Islam Ikhwan Muslimin Mesir.. 

..Moga-moga apa yang berlaku di Mesir menjadi ransangan buat anak-anak Malaysia seramai 6,000 orang yang belajar di bumi Mesir dan membawa balik ke PRU 13 nanti... Insyaallah.. .. 



Sunday, June 24, 2012

Panas Dato Hamidah Menghalau Rakyat

BETUL KATA HJ NAJIB "DEBAT BUKAN BUDAYA KITA"... SEBAB KITA TAK ADA TELOR, KAH KAH KAH !


Kalau takut berdebat kata aje lah yang lu tu takut berdebat wahai Perdana Menteri Datuk Seri Hj Najib (DSHN)... jangan lah terus mengelak apabila ditanya mengenai cabaran yang dikemukakan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) untuk berdebat... tak usah dok kata debat tidak semestinya dilihat sebagai satu budaya tetapi mesti dilihat mengikut kepada keadaan... keadaan apanya... keadaan yang lu tu takut untuk berdebat... atau lu tak ada telor... kah kah kah !.

Yang lu sebok tiap-tiap tahun merasmikan debat antara Universiti untuk apa... untuk saja-saja bagi muka lu masuk tv... dah lah tu piala pusingan nya pun dinamakan Piala Perdana Menteri... suruh aje lah taruk nama Piala Isteri Perdana Menteri kan lagi sesuai kerana dah tentu tak ada telor... kah kah kah... konon nya Demokrasi Terbaik... terbaik apa nya yang terbaik... kah kah kah... satu dunia baik Dunia Islam ataupun Dunia Barat semua nya mengikhtiraf debat sebagai satu cabang besar didalam demokrasi... apa lu ingat lu lagi bagus dari Pemimpin Dunia Islam dan Dunia Barat masa kini ke... kah kah kah !.

Kalau lu rasa terbaik... lu cermin aje lah muka lu DSHN... kah kah kah... mana lah tahu dalam lu tengah cermin tu muka Mediang Altantuyah boleh timbul dan bagi tahu lu yang lu tu tak ada telor... sebab kalau orang lain yang cakap lu tak percaya... mungkin kalau Mediang Altantuyah yang cakap akan buat lu percaya... kah kah kah... slogan bukan main bunyi nya... KPI lah, NKRA lah, Wassatiyah lah, Kerajaan Paling Telus lah, Demokrasi Terbaik lah... tapi satu pun tak menyamai dengan apa yang dislogankan melainkan hanya main drama untuk menipu rakyat... kah kah kah !.

Rupa-rupanya apa yang dikata oleh Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan tempoh hari adalah cakap dari beliau rupanya... kah kah kah... patut lah Datuk Ahmad Maslan tu macam yakin aje apabila bercakap rupa DSHN yang suruh cakap macam tu... kah kah kah... sepatutnya cakap aje lah "Saya ni berdebat tak pandai tapi kalau buat Slogan Saya pandai dan kalau buat kerja lagi Saya pandai" kan senang cakap macam tu... jadi rakyat pun tak lah sebok lagi nak suruh berdebat... kah kah kah... jadi wartawan pun tak kan menyoal lagi lu tu bila akan menyahut cabaran DSAI untuk berdebat... ni dah takut lepas tu sombong lah pulak.... kah kah kah ! [sumber baca sini]


hemmmmm..... apalah malangnya nasib umno dihujung-hujung nyawa sebelum kematiannya seolah-olah tidak terbela dengan hujah-hujah yang menyakinkan rakyat... tapi terbela dengan fitnah dan kelucahan... mungkin ianya sesuai dengan fitrah kelahiran umno sebagai anak kelahiran inggeris penjajah yang tak diketahui siapa bapak nya... kah kah kah... umporno perkasam jati... betul-betul meloyakan heeeee... A B U.

Saturday, June 23, 2012

UMNO BAGAN PINANG DAN PD UTAMA KENA SAWAN BENDERA????

Banting ini dipasang disimpang masuk taman pd utama.kenapa puak2 umno dah meroyan bila mana bendera2 pakatan dah mula kelihatan berkibaran.ketika umno mengadakan larian buang lemak hahahah..pada hari jadi umno yg menipu tu..abis satu pd penuh gan bendera keris telanjang..

aku beri can jer...nak tengok macam mana dengan tahap sensitif nya pehak berkuasa menangi masalah bendera2 parti nie..maklum lah..kalau ikut undang2 PBT..memang dah out dah kelaku umno nie hahahaha....tapi agak lama juga masih ada lagi bendera2 keris dan dacing karat nie bah kan makin bertambah lagi....

aku pun dan kawan2 test market lah pasang bang bape helai rupa2 nya...umno nie memang mudah sawan bila tengok bendera2 PR nie hahahahah..disebab kan bendera PR dah mula mengusik minda umno bagan pinang dan rosli buncit dah meroyan bila mana pd utama dah juga berkibaran....maka keluar lah banting diatas hahahha....duit banyak tapi saje jer buat banting pakai spray hahahha..saje nak belakon...kalau perangai dah macam taik..semua orang dah tau hahahaha.....ingat lagi banting yg dipasang di kg bagan pinang..sampai sekarang sesiapa pun malas nak usik termasuk lah aku..hahaha..malas nak cabut kan..tu semua nya saham.....hahahahha paham2 jer lah..depa ingat dia buat macam tu mereka fikir yg baca tu bodoh mcm puak2 wanita umno yg melalak dalam dewan tu ker HIDUP MELAYU hahahahaha
BANting nie lak ada kat kat dalam kampung bagan pinang..ade tiga orang uyg buat benda nie..hahahah...tengah malam lak tu..takut orang lain nampak....salah sowang dari nya adalah tukang buat satay dibagan pinang yg populer hahahha..cari lah yer......yg nie belum pun diturun kan..tapi yang hak diatas tu dah ade orang yg turun kan....benda2 macam nie bila mana umno buat masyrakat jadi ketawa menegok kelaku puak2 umno nie..suka sangat baling batu malam2 hahahahha....

disebab kan niat tu jahat dan busuk hati bila nak berpolitik..maka para2 penjilat buat keje pun tak lah iklas..buat sambil lewa jer....janji masyuk duit udah ler.....macam gambar kat bawah nie...penjilat umno belaan rosli buncit punya keje hahahhaa.....dah bergumpal jatuh menyembah bumi pun semua nay buat tak tau jer..baru angin sepoi2 jer....hahahahha

kalau keje dah main duit jer nak upah tulah hasil nya......

NANTIKAN BENDERA BESAR PAS AKAN BERKIBARAN DIPULAU BAGAN PINANG hahahahah

Thursday, June 21, 2012

Nah! Permandangan Masjid Al Haram dari atas! Terkini 2012!

 Bismillahirahmannirahimmm...alhamdulilahh....permandangan MasjidlHaram terkini di rakam kan dari atas Bangunan Hotel Fairmont Jam Besar di depan MasjidilHaram....
     Subhanallah.... 

Tan Sri Mohamad Noah Omar Dan Kisah Belakang Tabir Kasino Genting - Posted by Roslan Alan

Setelah diperkenalkan oleh Tan Sri Haji Mohd Noah bin Omar ( datuk kepada Najib Razak, Hishamudin Hussien Onn), saya dapat menemui Perdana Menteri pertama Tunku Abdul Rahman untuk menerangkan kepadanya konsep saya untuk membangunkan Gunung Ulu Kali kepada sebuah pusat percutian. Ia adalah satu pertemuan yang mesra.



Setelah mendengar cadangan saya itu, Tunku menyatakan kepada saya sememangnya menjadi hasrat Kerajaan untuk membangunkan Gunung Ulu Kali, namun projek tersebut tidak dapat dilaksanakan kerana faktor masa dan kewangan, sementelah lagi kerana keadaan politik waktu itu yang tidak mengizinkan.
Tunku menyatakan kepada saya bahawa sebelum sebarang pembangunan dapat dilakukan, satu jalanraya perlu dibina dari kaki gunung sehingga ke puncaknya. Berdasarkan kajian awal yang dilakukan oleh Jabatan Kerja Raya, jalanraya itu dianggarkan memakan masa 15 tahun untuk disiapkan. Tunku juga menyatakan tentang kesempitan kewangan kerana negara sedang mengalamai konfrontasi dengan Indonesia.
Jika Kerajaan membelanjakan sejumlah wang yang besar untuk pembangunan Gunung Ulu Kali, ia akan menerima kritikan dari Pembagkang, dan ini akan menjadikan ia satu isu politik. Untuk mengelak kejadian ini, Kerajaan merasakan adalah lebih baik diserahkan kepada sektor swasta untuk melaksanakan projek berkenaan.
Pada pendapat Tunku, tawaran saya tiba tepat pada waktunya. Beliau meminta saya untuk menyediakan satu kertas cadangan supaya beliau dapat mengkajinya. Dalamasa seminggu saja saya dapat menyiapkan kertas cadangan tersebut dan menyerahkannya kepada Tunku. Beliau nampaknya gembira setelah membacanya dan memberi saya lampu hijau untuk meneruskan projek berkenaan.
Pada April 27, 1965, saya dan Tan Sri Haji Mohd Noah membuka sebuah syarikat Sdn Bhd bernama Genting Highlands Sdn Berhad. Diantara tahun 1965 dan 1970, kami membuat permohonan kpada Kerajaan Pahang dan Selangor untuk mendapatkan 4,940 hektar dan 1,110 hektar masing-masing terhadap tanah pegangan bebas.

STATUS PEGANGAN BEBAS

Dengan sokongan Tunku, Kerajaan Pahang dengan serta merta meluluskan permohonan kami. Tetapi kami menghadapi sedikit masalah dengan Kerajaan Selangor.
Datuk Harun Idris, yang pada ketika itu Menteri Besar Selangor, hanya bersedia untuk memberikan tanah berkenaan dengan pajakan selama 99-tahun.

 Ini mengecewakan perancangan kami. Saya kemudian merancang untuk merayu kepada Datuk Harun secara persendirian dan menerangkan kepadanya masalah saya.
Di pertemuan itu, saya menyatakan Genting Sempah merupakan kawasan pendalaman dan memerlukan 30 hingga 40 tahun dan pelaburan yang besar untuk membina jalanraya, hotel, kuaters pekerja dan menyediakan prasarana air, eletrik dan lain-lain kemudahan di situ. Jika Kerajaan Selangor hanya memberikan pajakan 99 tahun, kami terpaksa menyerahkan kepada Kerajaan sebaik sahaja pembangunannya selesai..
Saya menekankan jika Selangor tidak mengindahkan permohonan kami untuk pegangan bebas, saya tidak ada pilihan lain selain dari hanya membangunkan tanah yang terletak di negeri Pahang di sempadannya, yang akan menyebabkan Pahang akan mempunyai satu lagi pusat peranginan.
Saya jelaskan kepadanya bahawa sudah terdapat banyak pusat percutian di Pahang seperti Cameron Highlands, Fraser's Hill dan panta-pantai yang menghadapi Laut Cina Selatan.

Selangor, sebaliknya, akan hanya bebangga dengan pantai Morib yang berlumpur. Sebaik sahaja Genting Highland ditambah di dalam senarai pusat percutian negeri Pahang, Selangor akan jauh ketinggalan di bidang tarikan pelancong.
Datuk Harun akhinya bersetuju dan mencadangkan kepada Kerajaan Negeri untuk memberikan status pegangan bebas terhadap tanah yang kami pohon.
Mac 31, 1969 merupakan detik bersejarah untuk Genting Highlands. Pada hari yang cerah dengan sinaran mentari, Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman telah dijemput untuk meletakkan batu asas hotel yang pertama, Highlands Hotel (sekarang bernama Theme Park Hotel).
Pada hari bersejarah itu juga, Bapa Malaysia membawa satu berita gembira yang mengejutkan. Di dalam ucapannya, Tunku menyatakan berbangga dengan usaha saya membangunkan sebuat pusat peranginan tanpa bantuan Kerajaan, dan pada masa yang sama memberi sumbangan yang besar kepada industri pelancongan negara.
Untuk membantu mempercepatkan pembangunan pusat pelancongan di kawasan pendalaman ini, beliau menyatakan Kerajaan akan menimbangkan untuk membenarkan menjalankan aktiviti kasino. Sejurus selepas pengumuman Tunku berkenan saya bercadang mengubah Highland Hotel dari 38 bilik kepada 200 bilik.
Sementara itu, saya menyatakan pada diri saya oleh kerana Tunku telah mengistiharkan Kerajaan telah bersedia untuk memberikan kepada saya lesen kasino, saya perlu melawat Macau dan Korea Selatan untuk mengkaji perjalanan kasino di sana. Kami akan membelek buku-buku dan belajar dari mereka. Saya juga ingin meneroka kemungkinan peluang mempelawa taukeh-taukeh kasino untuk berusaha-sama dengan kasino Genting.
Saya bersama seorang pembantu tiba di Hong Kong pada April 20, 1969 dalam perjalanan ke Macau untuk betemu Stanley Ho yang memiliki kasino tunggal di Macau. Saya menyampaikan hasrat lawatan saya kepadanya. Beliau menyambutnya dengan sekadar senman tanpa komitmen apa-apa. Saya mengerti maksud beliau.
Kerana saya belum memperolehi lesen kasino, bagaimana kita hendak bebicara tentang kerjasama? Justeru itu, saya bercadang sebaik saja sekembalinya saya ke Malaysia, saya akan memohon lesen kasino.
Pada April 28, 1969, di hari saya kembali ke Kuala Lumpur, saya menyerahkan permohonan saya untuk mendapatkan lesen kasino dari Kerajaan melalui seorang pembantu peribadi Tunku.
Nasib saya amat baik, mesyuarat Kabinet berlansung pada sebelah petang dan permohonan saya telah dibawa untuk perbincangan. Di mesyuarat berkenaan, Kabinet telah meluluskan permohonan saya, hanya enam jam selepas permohonan itu diserahkan.
Saya diberitahu untuk mengambil surat kelulusan tersebut. Oleh itu Genting Highlands menjadi pemegang lesen kasno yang pertama dan yang tunggal di negara ini.
Sebaik saja kelulusan itu diperolehi saya telegraf berita baik itu dan menghantar dokumen berkaitan kepada Stanley Ho. Dua minggu berikutnya saya terbang ke Hong Kong sekali lagi untuk menemui beliau untuk melihat kemungkinan usaha-sama menjalankan kasino.
Stanley Ho menyatakan kekagumannya melihat saya mendapat kelulusan Kerajaan untuk lesen kasino dalam waktu yang singkat. Beliau menyatakan saya adalah manusia terpantas di dalam dunia ini mendapatkan lesen kasino. Namun disebabkan beberapa masalah kami gagal mencapai kata sepakat untuk usaha-sama.

Selepas itu, saya berurusan dengan Mr Chong Tat Wong, tauke kasino tunggal di Seoul. Kami menandatangaini perjanjian usahasama untuk tiga tahun pada 1971, mengiznkannya membantu menguruskan kasino Genting. 
Setelah sembilan bulan bekrjasama kami bagaimanapun bersetuju untuk menamatkan perjanjian berkenaan. Dari sejak itu Gentng menjalankan sepenuhnya operasi kasinonya dan melalui cuba-jaya kami berupaya untuk mendapatkan kemahiran menguruskan sebuah kasino.

Diterjemahkan dari petikan buku My Dream oleh Mendiang Tan Sri Lim Goh Tong

sumber: Laksmana Bukit Bintang

Wednesday, June 20, 2012

Panglima Ludah Sumpah Cuma Dapat RM1700??

Percayakah anda "Panglima Ludah" termasyhur ini cuma dibayar gaji ciput setaraf dengan kelulusan diploma?

Bekas Ketua Wira kumpulan pendesak Melayu PERKASA Arman Azha Abu Hanifah berkata, pertubuhan yang pernah disertainya itu tidak memiliki sebarang penaja, tidak kira sama ada dari segi kewangan mahupun logistik.

Arman yang kini merupakan naib pengerusi unit pidato BN berkata, semasa memegang jawatan ketua wira PERKASA, beliau sendiri perlu mencari penaja bagi setiap program yang dibuat.

"Setiap kali nak buat program, saya akan jumpa sahabat-sahabat saya yang mana ingin bantu. Ada yang tolong bagi dua atau tiga ratus (ringgit). Bukan dapat banyak. Ini persepsi.

"Tak ada (penaja tetap). Bagi saya ini adalah tanggungjawab apabila pegang (bekas) ketua Wira PERKASA Malaysia, menjadi tanggungjawab mencari penaja," katanya ketika ditemubual Malaysiakini.

Arman yang pernah bersama PERKASA selama dua setengah tahun berkata, selain meminta bantuan penajaan untuk membuat program daripada kawan-kawan terdekat, beliau juga menggunakan wang simpanan sendiri sebagai usaha sukarelanya terhadap pertubuhan tersebut.

"Bagi saya, bila kita pegang mana-mana jawatan dan amanah, keseluruhannya tanggungjawab kita. Maknanya, daripada segi pergerakan, logistik program, kita gunakan kebijaksanaan kita untuk memacu NGO. Dan bukan mudah untuk kita cari penaja untuk dapatkan bantuan," katanya.

Bukan agen Umno

Selain itu, Arman turut berkata, PERKASA juga bukan merupakan agen Umno seperti yang sering dikatakan.

Beliau menegaskan, PERKASA dan Umno merupakan dua badan yang berbeza dan menyifatkan, masing-masing membawa perjuangan mereka yang tersendiri.

"Inilah persepsi yang dilontarkan. PERKASA adalah PERKASA. Umno adalah Umno. Itu dua perkara berbeza.

"Jadi saya ambil inisiatif sebelum tinggalkan PERKASA, kuatkan jentera Wira PERKASA. Saya telah kuatkan barisan exco Pusat sebelum saya letak jawatan. Saya tinggalkan PERKASA dengan keadaan yang boleh dipacukan," katanya.

Selain itu, ketika ditanya kenapa beliau meninggalkan PERKASA, Arman, 37, berkata, beliau meninggalkan pertubuhan itu bukanlah disebabkan wang.

Sebaliknya, katanya, beliau ingin memberi ruang kepada ahli baru untuk menerajui jawatan yang disandangnya dahulu.

3 bulan pertimbang letak jawatan

Menurut Arman lagi, sepanjang penglibatannya bersama PERKASA, beliau hanya menerima wang berjumlah RM1,700 sahaja bagi keseluruhan dua setengah tahun tersebut.

"PERKASA memang tak ada penaja atau orang biaya. Itu yang kita tau. Kita tak ada penaja.

"Saya hari ini boleh katakan wallahi, wabillahi, watallahi, sepanjang saya dalam PERKASA RM1700 sahaja saya dapat. Dan saya tak pernah menyesal sebab perjuangan lebih utama.

"Saya punya prinsip. Kita harus beri peluang pada anak muda untuk rasa macam mana jadi pemimpin. Jadi bagi saya, ketika saya tinggalkan PERKASA itu saya yakin PERKASA boleh berjalan terus," katanya.

Arman juga berkata menambah beliau mengambil masa hampir tiga bulan untuk membuat keputusan sebelum meletakkan jawatan.

Nama Isa Samad Ditolak Dari Lembaga Pengarah KPF

Walaupun dicatat dalam agenda mesyuarat, mesyuarat agung tahunan (AGM) Koperasi Permodalan Felda (KPF) Malaysia Berhad tidak meneruskan pelantikan Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad sebagai anggota lembaga pengarahnya.

Keputusan itu dicapai dalam AGM ke-31 koperasi itu di ibu pejabatnya di Kuala Lumpur pagi tadi.


Menurut perwakilan, nama Isa cuba dicalonkan perwakilan sewaktu agenda memilih anggota lembaga berlangsung namun ditolak kerana keahliannya dibekukan mahkamah buat sementara waktu.

Di bawah Undang-undang Kecil fasal 36(1) dan 36(2), Lembaga Felda dikehendaki melantik tiga orang calon dari kalangan ahli koperasi untuk menganggotai Lembaga KPF.

Dalam buku agenda mesyuarat, Isa antara tiga calon yang dinamakan Felda untuk menganggotai Lembaga KPF bagi sesi 2012/2013. Dua lagi nama yang dicalonkan, dilantik dalam mesyuarat hari ini. Malaysiakini



Polis berkawal di AGM KPF, Isa tak hadir
 Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi Permodalan Felda (KPF) ke-31 berlangsung pagi ini dengan saringan polis yang agak ketat di pintu masuk dewan mesyuarat.

Anggota polis kelihatan berkawal di pintu masuk ke Dewan Perdana Felda, tempat mesyuarat akan berlangsung.

Tinjauan ringkas Malaysiakini di kalangan perwakilan di luar dewan rata-rata berpendapat kehadiran polis sedikit lebih ramai pada mesyuarat tahun ini berbanding tahun lepas.


Pihak urusetia mesyuarat mengesahkan Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad tidak akan hadir ke mesyuarat kali ini.

Keahlian Isa dalam KPF sebelum ini menimbulkan pertikaian dan
bantahan beberapa pihak kerana beliau bukan seorang peneroka, anak eneroka mahupun kakitangan Felda.

Mohd Isa merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri Bagan Pinang, Negeri Sembilan dan beliau dilantik secara kontrak sebagai pengerusi Felda.

Semalam, mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah membekukan sementara keahlian Isa dalam koperasi tersebut.

Hakim Abang Iskandar Abang Hashim berkata terdapat merit untuk membenarkan empat peneroka Felda mencabar keahlian Isa dalam KPF.

Jika keahliannya tidak dibekukan, Isa dipercayai akan dicadang untuk
dilantik sebagai pengerusi KPF yang baru dalam mesyuarat hari ini

Monday, June 18, 2012

UMNO upah Cybertrooper dalam Facebook dan Blog

Apa tugas cybertrooper UMNO? 
Sesuai dengan nama trooper, satu jenis  ”pasukan” yang dipandu oleh beberapa upahan UMNO untuk meninjau dan mencari serta menyampaikan maklumat untuk tindakan UMNO seterusnya. Cybertrooper bermakna individu yang (dilantik oleh UMNO):
  1. membuat blog dan berkeliaran dalam  Facebook (FB) untuk menyampaikan maklumat tentang kebaikan dan kejayaan  UMNO
  2. menyerang PR dan parti dalam PR melalui blog dan FB
  3. menyerang individu-individu dari PAS, PKR, dan DAP dengan peluru dan modal yang tidak masuk akal dan melampau sehingga kepada tahap merekacipta perkara tidak ada
  4. menimbulkan kekeliruan mengenai sesuatu isu yang dibangkitkan dalam media cetak dan media elektronik dengan mengeksploitasi blog dan FB
  5. mengalihkan tumpuan dan fokus rakyat daripada  penyelewengan dan kepincangan UMNO dan pemimpinnya kepada isu lain melalui provokasi
  6. mengganggu dan mengacau diskusi blog dan FB yang dilihat membahayakan UMNO atau yang boleh menjatuhkan imej dan kredibiliti UMNO
Di bawah ini kita petik perbincangan tawaran UMB UMNO kepada mereka yang berminat untuk menjadi cybertrooper UMNO.

Bagaimana kita boleh kenal cybertrooper UMNO dalam FB yang mendapat atau menuntut bayaran?
  • Mereka membuat posting provokasi berulang-ulang dan bertubi-tubi
  • Mereka jarang menulis dalam posting cybertrooper lain. Mereka jarang menulis dalam posting orang pro-PR
Perbincangan strategi mereka telah dapat dibongkar oleh orang ramai. Cuba baca posting cybertrooper UMNO di bawah ini:

Antaranya cybertrooper ini ialah:
  • Zamzuri Mohamad Tahir
  • Bro Ayim
  • Irwan Hadzly Abd Rahim
  • Anwar Sewel
  • Alexender Da Greatt II
  • Alexander Azar Chambelain
  • Court Maargaret
  • Winablecandidate Larut
  • Angkatan Pemikir
  • Tiger Nilam
  • Cincin Emas
  • Ismit Ulam Raja
  • Puteri Ellysa Betty Shah
  • Satria Merdeka
  • Melayu Kedah Terakhir
  • Matkilau Penang
  • Suan Abdullah
  • Melayu Atas Pagar
  • Sifu Tomoi
  • Kuala Krai Ku
  • Jangan Jadi Penipu
  • Yb Eli Wonggei
  • Yb Ostat Eli Wonggei
  • Mackshinoda Akira II
  • Mat Rambo
  • Apo Plak
  • Kapal Terbang Kertas
  • Nabinikajisplasu Latnatullah
  • Ina Muzaffar
  • Qynah Ibrahim
  • Pakatan Rakyat Bungkus
  • Pas Pig
  • Bundle Bin Bundle
  • Cili Kasi Taruk
  • Chow Yong Fatt
(..akan dikemaskinikan senarai ini). Kebanyakan mereka ini sering memakai dua tiga nama dalam Facebook walaupun mereka adalah orang yang sama.
Siapakah pencacai UMNO yang tidak berdaftar sebagai cybertrooper tapi menulis dalam FB?
  • Mereka menulis bila lapang.
  • Mereka hampir tidak/tidak banyak buat posting provokasi
  • Mereka menulis dalam posting siapa sahaja mereka mahu.
  • Mereka sering sokong kawan-kawan pro-umno khususnya cybertrooper umno yang dibayar
Antaranya ialah:
  • Ahmad Nawawi Mohamad Jamil
  • Ahmad Kamal
  • Ir Jebart Modern
  • Halid Bin Hassan
  • Anuar Ramli
  • Mohamed Awang Ngah
  • Pecah Palak Mikir
  • Kulaan Niring
  • Abdul Lateef  Rahim
  • Damar Wulan
  • Nakhoda Utara
  • Puteri Bunia
  • Parang Kontot
  • Jaws Blues
  • Mohd Khairy
  • Titian Clouds
Bagi puak cybertrooper UMNO yang cari makan dalam FB dan blog, mereka tidak peduli soal fitnah dosa, hisab, dan neraka asalkan mereka dapat bayaran lumayan yang dijanjikan oleh UMNO.
Setiap satu provokasi yang mendapat setiap satu “like” akan dibayar, jika banyak “like” maka besarlah bayarannya.
Setiap satu provokasi yang mendapat reaksi dari orang, maka setiap reaksi itu dianggap sebagai berjaya menarik perhatian orang, dan akan dibayar oleh UMNO.
Apa yang mereka lakukan ialah daftar dengan UMB, tabur fitnah, tunjukkan bukti mereka “berjaya” wujudkan fitnah dan mendapat “like” dan reaksi orang lain, dan kemudian tuntut byaran dari UMNO.
Senang cari makan dan dapat pendapatan sampingan melalui kerja kotor dan fitnah. Apa agaknya hukum makan duit dengan kerja cybertrooper begini?
sumber dari blog= http://albangi.wordpress.com/2012/05/20/umno-upah-cybertrooper-dalam-facebook-dan-blog/

PUAK2 UMNO PD UTAMA NAIK MEROYAN BILA NAMPAK BENDERA PAS!!!

Bendera2 nie dipasang di simpang taman pd utama.....tengok lah betapa meroyan nya puak2 umno pd utama

gua baru jer pasang sehelai bendera PAS kat simpang tu....saje nak buat pemanas badan,tup2..time malam selepas pasang bendera tu...padahal puak2 umno sudah mula pasang bendera dacing karat disimpang utama  taman tersebut..tak mahu kacau pot temapt umno maka gua pun pasang lah sehelai kat area spt diatas..

tapi rupa2 nya puak2 umno pd utama nie yg diketuai oleh penjilat umno tegar pd utama..ROSLI BUNCIT..tak senang duduk rupanya...abis dikerah nya budak2 sabah untuk memasang dan menutup bendera pas yg sekeping nie hahahaha....BETUL2 kesian gua tgk si buncit nie....dah lah budak2 tempatan langsung tak apek kan nya...diupah kan nya budak2 sambah yg penuh masalah,depa semua ape ada hal janji masyuh duit wooo

nie semua anak2 muda tempatan.....yang akan berganding bahu untuk jatuh kan umno bn di parlimen teluk kemang insahaallah....

Wednesday, June 13, 2012

PANAS! Gani Patail Bocor Dokumen Sulit Kes Rahim Tamby Chik DAN Rafidah Aziz?

Adakah Peguam Negara Abdul Gani Patail memainkan peranan dalam pembocoran dokumen sulit berhubung siasatan Badan Pencegah Rasuah (BPR) terhadap bekas ketua menteri Melaka Abdul Rahim Tamby Chik dan bekas menteri Rafidah Aziz 15 tahun lalu?

Terdapat kemungkinan besar, dengan mengambil kira tindakan Anwar Ibrahim membuat empat laporan polis berasingan ketika ditahan di penjara Sungai Buloh antara Julai hingga Ogos 1999, kata bekas Ketua Siasatan Jenayah (CID) Kuala Lumpur Mat Zain Ibrahim.

Terdapat khabar angin bahawa Gani, ketika itu ketua pendakwaraya di Pejabat Peguam Negara, memberikan dokumen yang dikelaskan sebagai "rahsia" kepada Anwar ketika menjadi timbalan perdana menteri.

Mat Zain ketika itu baru dinaikkan pangkat sebagai ketua CID Kl selepas daripada tugasnya di Melaka. Beliau dipertanggungjawab mengendalikan siasatan terhadap laporan polis yang dibuat Anwar.

Laporan itu, berhubung salah guna kuasa, dibuat terhadap bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad, bekas peguam negara Mohtar Abdullah dan Gani sendiri.

Laporan itu kebanyakannya menyentuh skandal Perwaja Steel melibatkan bekas ketua syarikat Eric Chia, Rahim, Rafidah dan bekas menteri kewangan Daim Zainuddin - kesemuanya rapat kepada 'musuh' Anwar, Dr Mahathir.

Anwar dalam laporannya mendakwa Dr Mahathir, Mohtar dan Gani tidak mengambil sebarang tindakan terhadap empat pihak yang didakwa terlibat dalam amalan rasuah bernilai jutaan ringgit.

Khairy punca UMNO tunggang langgang dan tak layak jadi Menteri? kata bekas Menteri

Menurut Bekas Menteri Penerangan, terlalu banyak kesilapan Khairy dan rakan-rakannya dari tingkat 4 untuk diceritakan semula, tetapi ini bukanlah masanya, walaubagaimanapun... dia cerita jugak keburukkan Khairy..


"Khairy dan beberapa orang rakannya tidak dapat membasuh tangan, bahawa percaturan politik mereka telah memberikan sumbangan ke arah ketidak setabilan politik dalam parti dan juga keruntuhankepada asas-asas ikatan perpaduan negara yang diletakkan oleh Perdana Menteri kedua, Tun Abdul Razak Hussein dan diperkukuh serta digemilangkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad," tulis dalam entri blognya, www. zamkata.blogspot.com yang bertajuk,  Khairy boleh jadi PM pada hari tua, semalam.

'KJ boleh jadi PM pada hari tua'

SHAH ALAM - Bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin mengingatkan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin supaya bertindak bijak untuk memastikan peluangnya menjadi perdana menteri pada masa depan tidak  terjejas.

Zainuddin yang lebih dikenali sebagai Zam berkata, Khairy telah melakukan kesilapan di tangga awal pendakiannya, namun diberi peluang oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang tidak mengamalkan politik balas dendam.

"Khairy dan beberapa orang rakannya tidak dapat membasuh tangan, bahawa percaturan politik mereka telah memberikan sumbangan ke arah ketidak setabilan politik dalam parti dan juga keruntuhankepada asas-asas ikatan perpaduan negara yang diletakkan oleh Perdana Menteri kedua, Tun Abdul Razak Hussein dan diperkukuh serta digemilangkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad," tulis dalam entri blognya, www. zamkata.blogspot.com yang bertajuk,  Khairy boleh jadi PM pada hari tua, semalam.

Menurutnya, dalam beberapa hal, percaturan ini dilanjutkan sehingga selepas Tsunami 2008, yang menampakkan ada usaha untuk membawa Datuk Seri Anwar Ibrahim kembali ke dalam Umno sehingga ke peringkat membawa pasport antarabangsa kepadanya untuk berubat patah tengkuk di luar negara. "Tetapi ternyata Khairy salah membaca sikap orang Umno," tulis Zam.

Dalam menghadapi pilihan raya 2008, sesetengah media menjadi alat kepada memecahbelahkan Umno dan asas ketatanegaraan dengan laporan negatif terhadap orang yang tidak disukai oleh bakal pemimpin muda.

"Yang paling  menyedihkan ialah Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Syed Razak Syed Zain dihina dan diperkecil dalam keadaan dia sakit, pada hal dia berjasa besar kerana pulihkan kekuatan BN di Kedah." Zam menulis, berita-berita sensitif yang  menyakitkan hati orang Melayu dan Islam dipermainkan dengan bebas oleh media berkenaan.

"Sorak megah pilihan raya 2004 berakhir dengan kehilangan maruah pada 2008 kerana kesombongan dan keegoan beberapa orang muda yang 'berkuasa'. Apabila saya buat kenyataan yang disiarkan Utusan Malaysia dan Sinar Harian, bahawa Tsunami 2008 menggagalkan cita-cita pemimpin muda dalam Umno untuk mengambil alih kuasa, salah seorang dari tingkat 4 telah menelefon dan memarahi Utusan," kata Zam.

Menurutnya, terlalu banyak kesilapan Khairy dan rakan-rakannya untuk diceritakan semula, tetapi ini bukanlah masanya.

"Ini adalah masa untuk lebih memfokuskan kepada pemulihan perpaduan dan seperti kata Tun Dr Mahathir, walaupun dia tidak suka seseorang calon, tetapi jika itu pilihan parti, maka dia akan mengundinya.

"Demikianlah juga dengan Khairy, sekalipun dosanya terlalu besar kepada keruntuhan asas-asas perpaduan negara kerana idealismenya dan kerana nafsu politiknya, tetapi Khairy harus diberikan kesempatan untuk memperbaiki kesilapannya, dan dia sedang melakukan ini sekarang. Kesempatan ini diberikan oleh Datuk Seri Najib yang memahami erti politik dan tidak ada perasaan membalas dendam, sekalipun usaha untuk mencegah kenaikannya, dilakukan sehingga saat terakhir," katanya.

Zam mengakui, Khairy kembali menyerlah kerana kegigihannya. "Bakat dan karisma politiknya terserlah," kata beliau.


Sinar Harian

Monday, June 11, 2012

HOT!!! FIRST TIME TAN SRI MUHYIDDIN DAN PERKASA AKAN TERGAGAP DI DEPAN LENSA CAMERA BULETIN UTAMA TV3SUKU

KAH! KAH! KAH! KAH!
 INI MA MA INAN PO PO LITIK PEM PEM BANGKANG YANG YANG MAHU ME ME NGELIRUKAN RAK RAK RAK YAT ... KAH KAH KAH
TUDUHAN DATO SERI ANWAR IBRAHIM SOROK RM3BILION TIDAK BERASAS- BEKAS PENGARAH SIASATAN BADAN PENCEGAH RASUAH MALAYSIA

 -Bekas pengarah siasatan BPR, Abdul Razak Idrus Bekas pengarah siasatan BPR, Abdul Razak Idrus memberitahu mahkamah tinggi hari ini bahawa siasatan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didakwa menyorok RM3 bilion dalam akaun asing dan mempunyai kaitan dengan kepentingan Barat, didapati tidak berasas.

Abdul Razak, 60, yang kini telah bersara tetapi menjadi pengarah dalam beberapa syarikat, berkata BPR telah menyiasat perkara itu ekoran dakwaan yang dibuat dalam akuan bersumpah bekas penolong gabenor Bank Negara, Abdul Murad Khalid. Katanya, sepasukan pengawai BPR telah ke Singapura dan United Kingdom untuk menyiasat dakwaan tersebut. "Kami berjumpa dengan Murad dan beberapa saksi di Britain. Tetapi siasatan mendapat 'tiada kes' terhadap Anwar berhubung dakwaan dalam akuan bersumpah Murad," katanya.

Oleh itu, katanya, beliau membuat kesimpulan bahawa dakwaan dalam akuan bersumpah itu adalah tidak berasas dan mengarahkan supaya siasatan ditutup. Murad menandatangani akuan bersumpah itu pada 20 Oktober 1999 -kira-kira sebulan selepas Anwar ditahan selepas dipecat sebagai timbalan perdana menteri pada awal bulan September tahun berkenaan. Abdul Razak kemudiannya membuat akuan bersumpahnya mengenai perkara itu dan mengemukakannya kepada mahkamah.

Bekas pegawai kanan BPR itu memberi keterangan dalam kes saman fitnah RM100 juta yang difailkan oleh Anwar terhadap News Straits Times Press (M) Bhd dan bekas ketua pengarang kumpulannya, Datuk Abdullah Ahmad.Artikel yang didakwa berunsur fitnah itu, disiarkan pada 2 Mac 2002. "Kami berjumpa dengan Murad dan beberapa saksi di Britain. Tetapi siasatan mendapat 'tiada kes' terhadap Anwar berhubung dakwaan dalam akuan bersumpah Murad,-Bekas pengarah siasatan BPR, Abdul Razak Idrus


Wargamarhaen

Hutang Malaysia 2012 (Terkini) Mencecah RM470.76 Bilion : Meningkat RM14 Bilion (54.8/55%)!!

Jikalau diikutkan sekarang sumber utama pendapatan negara Malaysia datangnya daripada pelbagai cukai dan tarif bersama-sama hasil yang diperolehi daripada pengeluaran lesen perniagaan, lesen arak, lesen premis dan lain-lain lagi. Cukai-cukai yang datang ini datang dalam pelbagai bentuk samada  :
  1. Cukai Jualan Langsung
  2. Cukai Pendapatan Peribadi (Jika pendapatan anda melebihi paras dan syarat yang ditetapkan oleh LHDN)
  3. Cukai Pendapatan Korporat (setiap syarikat/perbadanan membayar kepada kerajaan sebelum mereka membayar dividen kepada kalangan pemegang saham mereka)
BEBERAPA industri lain yang dikawal selia seperti industri rokok & alkohol boleh dikenakan cukai berbeza pada kadar yang berbeza :
  • Cukai Keuntungan Modal (sama ada dari Keuntungan direalisasikan dalam nilai ‘saham’ syarikat / saham korporat)
  • Memiliki sebidang tanah atau rumah/bangunan yang telah meningkat nilainya dan akan dikenakan cukai jika ingin menjualnya
  • Tarif Air / Elektrik
  • Cukai Jalan
  • Cukai Pegangan
  • Dan lain-lain lagi
Tidak kira apa kerajaan di dunia sekalipun termasuklah negara kita Malaysia, perlu ada 3 peranan asas ini. Antaranya ialah :
  1. Mewujudkan keamanan dan kestabilan sesebuah negara (persekitaran yang kondusif untuk didiami dan untuk tujuan menjalankan perniagaan)
  2. Mewujud dan menguatkuasakan undang-undang yang sedia ada, peraturan-peraturan dan piawaian untuk kebaikan dan manfaat kepada rakyatnya (seperti ISO, API, TUV, SIRIM, OSHA – AKTA KESELAMATAN DAN KESIHATAN dan juga Undang-undang Buruh dan Garis Panduan Pengambilan Pekerja)
  3. Dan akhir sekali, yang ketiga adalah  sesebuah kerajaan ”bijak” menguruskan khazanah negara dan mengagihkan semula Kekayaan Negara (dilakukan melalui “DASAR FISKAL” sebuah negara yang dijalankan melalui BELANJAWAN TAHUNAN untuk tujuan Penjagaan Kesihatan Orang Awam, Pendidikan, dan sebagainya BUKANNYA BERNIAGA wang negara sesuka hati
Dan sebagai kerajaan, yang menguruskan hasil sesebuah negara dan pembelanja BESAR dalam ekonomi, hanya mempunyai sumber yang terhad bagi kelangsungan dan pertumubuhan negara tersebut :
  • Sumber asli
  • Sumber manusia
  • Sumber kewangan
Itu sebablah apabila kerapkali sesebuah kerajaan yang tidak dapat menguruskan kekayaan dengan baik  sehingga tidak dapat menjana HASIL (PENDAPATKAN) dan mengakibatkan negara tidak mempunyai lebihan wang untuk berbelanja pada masa-masa akan datang menyebabkan sesebuah kerajaan terpaksa mengheret sekali negara dalam perbelanjaan defisit. Contohnya terdekat, negara kita Malaysia. Merujuk kepada pembentangan belanjawan 2012, negara Malaysia mengamal kan bajet defisit bukan sekali dua, tetapi sudah 14 kali berturut negara diuruskan dengan BELANJAWAN DEFISIT seperti :
  • pengeluaran BON Kerajaan bagi meminjam wang daripada sektor swasta ataupun badan-badan antarabangsa untuk membiayai dan menampung perbelanjaan negara pada masa yang akan datang.
Itu sebablah sesebuah kerajaan mestilah bijak menguruskan khazanah dan kekayaan negara tetapi jikalau duit negara banyak dihabiskan dengan cara yang salah ia akhirnya akan merugikan dan menyusahkan rakyat pada masa akan datang
  • membazir dengan projek-projek mega yang akhirnya menjadi gajah putih dan ada pula yang sudah menyembah bumi
  • sesuatu projek dikeluarkan yang angka sepatutnya RM100 juta contohnya menjadi RM200 juta dengan ada orang tengah yang menunggu giliran bagi mendapatkan duit atas angin
  • membuat tindakan flip flop yang membazirkan duit negara begitu sahaja tanpa membuat kajian yang terperinci
  • atas nama rasuah berleluasa, menjadi nanah bagi sesbuah negara sehingga menyebabkan perbelanjaan negara terus meningkat
  • lagi???
Apa yang sebenarnya kerajaan perlu lakukan sekarang ini ialah kerajaan mesti pantas menjana pertumbuhan negara pada paras yang lebih baik daripada segi Keluaran Dalam negara Kasar (KDNK) yang sebenarnya mampu meningkatkan taraf hidup dan pendapatan majoriti rakyat untuk tempoh masa yang panjang dalam pada masa kerajaan harus serius membanteras habis-habisan rasuah yang telah menjadi “nanah” dalam negara ketika ini secara total. Keadaan ekonomi Malaysia perlu diberikan perhatian yang lebih serius ketika ini. Ketepikan pendirian politik buat sementara waktu ketika ini. Jika mana-mana anda mengikuti setiap laporan Berita Semasa, pastinya anda masih teringat implikasi dan risiko  yang bakal dihadapi jika hutang negara terus meningkat merujuk 2 laporan berita yang pernah kami keluarkan sebelum ini:
1) Bagi laporan berita bertajuk “Hutang Negara Malaysia 2012 (RM456.1 Bilion) : 2 Syarikat RATINGS AGENSI ANTARABANGSA Beri Amaran Kepada Malaysia!!
  • beberapa syarikat-syarikat RATINGS AGENSI ANTARABANGSA seperti Standards & Poors dan juga Moody’s Investors Service yang telah memberikan “peringatan dan amaran awal kepada Malaysia jika kerajaan Malaysia masih belum mampu menunjukkan keupayaan mengawal hutang negara Malaysia dengan baik, akibatnya RATINGS” bagi BON-BON TERBITAN KERAJAAN PUSAT di arena antarabangsa besar kemungkinan akan diturunkan daripada :“Rating ( A- ) diturunkan kepada ( BBB )”. Natijahnya………
  • Antara tahun 2003-2009, siling pinjaman berkanun telah dinaikkan sebanyak 15 peratus daripada KDNK. Tidak mustahil siling pinjaman berkanun untuk dinaikkan sekali lagi? Mungkin?
Dalam kes ekonomi Malaysia sekarang ini, hutang kerajaan Malaysia telah berkembang lebih cepat berbanding dengan kadar pertumbuhan ekonomi Malaysia secara keseluruhan termasuklah pendapatan kerajaan Malaysia daripada cukai.
Sama seperti Perbadanan Persendirian yang JUGA meminjam daripada Pasaran Modal, Bon Kerajaan juga sering diberi “PENARAFAN KREDIT” oleh Agensi Penarafan Antarabangsa Standard seperti Standard & Poors (S & P), Fitch dan juga Moody’s Investors Service.
  1. BON yang dinilai berkualiti sering diletakkan pada kadar AAA, AA atau A dengan (+) atau (-)
  2. Diikuti dengan penilaian yang lebih rendah BBB, BB, B.
  3. Manakala, gred pelaburan dengan risiko yang terlibat untuk CCC, CC dan C yang sering dipanggil “bon berkualiti rendah” kerana terdapat risiko yang tinggi apabila sebuah syarikat atau Kerajaan menguruskannya dengan buruk sekali sehingga berisiko menjadi tidak solven (bankrap) dan tidak mampu membayar balik Bon Bayaran Faedah atau Hutang

Hutang Malaysia 2012 : RM 470,759 Juta (Semakan 7 Jun 2012)

Hutang Malaysia Bank Negara Hutang Malaysia 2012 (Terkini) Mencecah RM470.76 Bilion : Meningkat RM14 Bilion (54.8/55%)!!
Sumber Bank Negara : Statistik BNM Pada 7 JUN 2012
Semasa awal pentadbiran Datuk Najib Razak sebagai Perdana Menteri,  kerajaan telah berbelanja secara berlebihan tanpa kawalan yang baik untuk cuba memulihkan ekonomi negara Malaysia ketika itu ibarat seperti menyalurkan suntikan adrenalin ke jantung) ekonomi negara dan terdapat banyak lagi cara lain pada masa itu bagi mengangkat semula angka Pertumbuhan ekonomi melalui penerbitan besar-besaran Bon Kerajaan Malaysia atau SKM (Sekuriti Kerajaan Malaysia) bermula pada tahun 2010 apabila Kerajaan mula dikeluarkan sejumlah BON Kerajaan sebanyak RM60.5 Bilion sebagai PAKEJ RANGSANGAN sejak kemerosotan ekonomi yang dialami Malaysia sekitar tahun 2009.
Dan masalah dalam pasaran modal dalam negara adalah Malaysia adalah kemerosotan dari 2009. Masalah dalam pasaran modal bagi mana-mana negara di dunia, adalah melibatkan permintaan untuk kredit (dana pinjaman/dana jangka masa panjang)  yang sentiasa kekurangan, bergantung kepada tahap ‘kapitalisme’ dan pembangunan di negara tersebut.
Tidak seperti di Amerika Syarikat, Kerajaan Malaysia begitu banyak MELIBATKAN dirinya dalam “PERNIAGAAN” memiliki dan memonopoli banyak Perusahaan Milik Negara (SOE) atau Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) seperti:-
  • Petronas
  • FELDA
  • TM Bhd
  • TNB
  • Sime Darby
  • MAS
Oleh itu, apabila kerajaan terlibat dalam Pembiayaan Defisit yang agak membebankan atau berlebihan melalui penerbitan besar-besaran bon yang mana mereka TIDAK dipadankan dengan jumlah SAMA Pertumbuhan bagi Hasil daripada segi kedua-dua cukai Korporat dan Cukai Pendapatan Peribadi, menyebabkan ia dipanggil kesan “menjejaskan” Ekonomi negara Malaysia.

Hutang Malaysia : Peningkatan Kadar Dasar Semalaman Bagi Mnedapat Dana tambahan Bagi Pasaran Modal

Kita boleh antara kesannya sekarang ini dengan jelas berlaku pada tahun 2010 apabila Bank Negara Malaysia menaikkan  Kadar  Dasar Semalan (OPR) yang akhirnya menimbulkan Kadar Asas Pinjaman Bank sebanyak 3 kali dalam tempoh 1 tahun sahaja bermula :
i) Pada 4 Mac 2010
  • OPR dinaikkan sebanyak 25 mata kepada 2.25%
  • Pertama kali dalam tempoh 4 tahun
ii) Pada 13 Mei  2010
  • OPR menaikkan 25 mata lagi kepada kepada 2.5%
  • Sebulan lebih selepas menaikkan pada bulan Mac 2010
iii) 8 Julai 2010
  • 2 bulan kemudian
  • OPR dinaikkan buat kali ketiga sebanyak 25 mata kepada 2.75%
Tetapi…….apabila penerbitan BON Kerajaan tidak mampu dihentikan akhirnya menyebabkan perbelanjaan negara terus meningkat akhirnya……
(iv) 5 Mei 2011
  •  OPR telah dinaikkan sekali lagi sebanyak 25 mata kepada 3% bagi meningkatkan kos mendapatkan dana dalam pasaran modal sekali lagi
Sekarang ini hutang negara dalam bahasa mudah ibarat seperti anda memilki kad kredit ada kad yang dibenarkan sama juga seperti kerajaan Malaysia, siling hutanf atau kredit yang dibenarkan untuk berbelanja  adalah pada kadar 55& bagi KDNK negara. Kalau sebelum ini KDNK negara adalah sekitar 53.5% pada suku pertama tahun 2012, tetapi sekarang KDNK Malaysia terus melonjak ke pada paras 54.8%. Apa yang akan berlaku selepas ini?
Berdasarkan kenyataan IMF dan Bank Dunia, apabila hutang negara mula mencecah pada paras siling 55% Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), negara tersebut akan mula menghadapi masalah kewangan yang serius dan apabila sesebuah negara menghampiri kepada paras siling untuk 75% akan menghadapi masalah kewangan yang boleh dikatakan tidak tertanggung lagi.

Situasi Hutang Malaysia 2012 Vs Hutang Kerajaan Jepun Vs Amerika Syarikat?

Ya….kami pasti akan ada yang akan membandingkan antara hutang negara Amerika Syarikat dan Jepun yang lebih tinggi daripada Malaysia tetapi bezanya di sini :
  1. Yen Jepun masih tinggi berbanding dengan mata wang dunia lain yang disebabkan dengan Produktiviti TINGGI negara matahari terbit itu (Jepun)
  2. Amerika Syarikat masih terus boleh mencetak wang US $ disebabkan matawang tersebut menjadi wang rizab di dunia
  3. Tetapi…di mana kedudukan Malaysia ketika ini? Adakah Malaysia mempunyai kelebihan tambahan sama seperti yang ada pada negara Jepun dan negara Amerika Syarikat?
P/S : Manusia dicipta oleh Tuhan untuk “datang” menghambakan diri kepadaNya dan akhirnya akan kembali semula kepadaNya. Tetapi bagaimana dengan nasib generasi akan datang jika masalah hutang negara yang ada sekarang ini tidak diuruskan dengan baik? Hentikan sementara sentimen politik kotor yang melampau dan kucar-kacir yang ada sekarang ini. Diharapkan kedua-dua parti politik terbesar di Malaysia duduk berbincang untuk mencari titik pertemuan terbaik bagi menyelesaikan masalah ekonomi negara ketika ini…..
P/S : Apa respon anda melihatkan keadaan hutang Malaysia 2012 ketika ini?

 SUMBER DARI:http://beritasemasa.com/hutang-malaysia-2012

Bukit Kepong - Pesara Polis Minta Maaf Kerana Fitnah Mat Sabu

PULAU PINANG: Perbicaraan kes Haji Mohamad Sabu yang didakwa kerana dikatakan memfitnah polis Bukit Kepong di bawah seksyen 500 Kanun Keseksaaan menyaksikan kegemparan apabila pengadu kes tersebut beberapa kali meminta maaf kepada beliau dan meminta Mahkamah membebaskannya dari pertuduhan.

Saksi pendakwa tersebut Visvanathan a/l Muthu iaitu seorang pesara polis yang memberi keterangan beliau hari ini berulang-ulang kali meminta maaf kepada Mat Sabu sambil mengangkat tangannya kepada Mat Sabu dan meminta mahkamah membebaskan beliau.


Beliau berkata demikian apabila di soal balas secara panjang lebar oleh peguambela Mat Sabu, Mohamed Hanipa Maidin di Mahkamah Sesyen hari ini.

Semasa pemeriksaan balas tersebut beliau mengakui bahawa laporan polis yang beliau pada 27 Ogos 2011 adalah semata-mata berdasarkan laporan Utusan Malaysia pada tarikh yang sama.

Berikut adalah antara lain petikan soal balas Hanipa dengan saksi tersebut.

Soalan peguambela (S): Kamu setuju kamu sendiri tak dengar ceramah Mat Sabu?
Jawapan saksi(J): Ya, setuju.

S: Kamu setuju apabila kamu tak dengar apa yang Mat Sabu kata, kamu sebenarnya tak tahu apa yang Mat Sabu kata?
J: Ya. Setuju.

S: Cuba kamu lihat laporan laporan akhbar Utusan dan petikan ucapan Mat Sabu, setuju tak apa yang ditulis oleh Utusan adalah tidak sama dengan apa yang Mat Sabu kata?
J : Ya, setuju.

S : Mat sabu tak ada kata perkataan komunis langsung dalam ucapan beliau tapi Utusan ada kata, betul tak?
A : Betul.

S: Kamu setuju atau tidak apa yang kamu tulis dalam laporan polis kamu yang katakan Mat Sabu menfitnah polis dan menyokong komunis adalah tidak betul?
J : Ya, setuju.

S : Jadi laporan polis kamu tidak betul dan saya katakan bukan Mat Sabu yang memfitnah polis tetapi kamu yang sebenarnya memfitnah Mat Sabu dalam laporan polis kamu?
J : Ya, saya setuju. Saya mahu minta apology (maaf) kepada beliau (sambil tunjukkan tangan minta maaf pada Mat Sabu yang ada di kandang orang kena tuduh).

S : Dalam laporan polis kamu ada sebut minta polis ambil tindakan undang-undang Mat Sabu, kamu masih mahu 'stick' kepada apa yang kamu katakan?
J : Tidak, saya mahu minta maaf pada Mat Sabu dan 'he is now my brother'. Saya mahu Mat Sabu dibebaskan.

S: Kamu kata Mat Sabu derhaka pada Yang Dipertuan Agong, saya ingin tanya pada kamu macam mana kamu boleh kata dia derhaka kepada Agong, sedangkan pada masa peristiwa Bukit Kepong Malaysia belum wujud dan Yang Di Pertuan Agong pun belum ada. Macam mana Mat Sabu boleh derhaka pada benda yang belum ada?
J :Saya tidak boleh jawab soalan itu.

S: Jadi kamu setuju kamu tidak cakap benda betul dalam laporan polis kamu?
A: Setuju.

Saski juga mengakui dia tidak tahu di mana Bukit Kepong dan apabila terus ditanya oleh Hanipa beliau menyatakan Bukit Kepong terletak di Selangor dan Hanipa lantas menyampuk "Itu Kepong bukan Bukit Kepong!"

Saksi tersebut yang mengidap diabetik beberapa kali terpaksa berhenti memberi keterangan kerana dikhuatiri akan pengsan kerana berdiri terlalu lama.

Apabila disoal semula oleh pihak pendakwa saksi sekali lagi meminta maaf pada Mat Sabu dan berkata beliau menyesal (kerana buat laporan polis ke atas Mat Sabu).

Selepas selesai memberikan keterangan saksi tersebut dilihat berjalan menuju ke kandang Mat Sabu dan terus bersalam dengan beliau dan meminta maaf sekali lagi.

Kes kemudiannya ditangguhkan ke 13,16 dan 17 Julai depan kerana Hanipa memaklumkan mahkamah bahawa Mat Sabu sedang menunggu tarikh rayuannya di Mahkamah Rayuan bagi membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi Pulau Pinang yang enggan membatalkan pertuduhan ke atas beliau.

Mat Sabu diwakili oleh Mohamed Mohamed Hanipa Maidin, Amin Zulkifli dan Nasar Khan manakalan Encik Husaini mewakili pihak pendakwa.

Galeri Mahkamah yang dipenuhi pemerhati turut menyaksikan kehadiran Ustaz Salleh Man, Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang dan Ahli Majlis dari DAP iaitu saudara Francis.

http://paspb2.blogspot.com/2012/06/gempar-pengadu-kes-bukit-kepong-maaf.html