Antara
yang paling seronok semalam 9hb ialah menghayati ucapan atau tazkirah Muhyiddin Yasin sewaktu
perasmian Konvensyen Memartabat Islam Memperkasakan Ummah (Kompas) dan
pelancaran buku “Melayu Sepakat Islam Berdaulat’ di Putrajaya.
Tapi
Muhyiddin Yasin inilah yang juga Menteri Pelajaran yang kata ‘adil’ bila PTPTN
melalui arahan Khalid Norin Menteri Pelajaran Tinggi yang fikiran tak tinggi,
tarik sekejap pemberian PTPTN kepada pelajar Unisel yang ramainya Melayu dan
Islam.
Maka
berkata lagi Muhyiddin anak Yasin, “umat Islam pada hari ini menghadapi
pelbagai cabaran terutama kecelaruan fikrah Islam yang berpunca daripada
penerimaan budaya dan pemikiran liberal barat secara semberono oleh segelintir
umat Islam sendiri.”
A’ah kan!?
Paling
menarik bila Muhyiddin memberi huraian,“Malah, sejak akhir-akhir ini, terdapat usaha oleh
segelintir pihak untuk memanipulasi perjuangan kebebasan dan hak asasi manusia
yang berasaskan fahaman liberal barat untuk mencabar syariat Islam, termasuk
kempen untuk membenarkan perkahwinan sejenis, perkahwinan antara pasangan
berlainan agama dan amalan seks bebas yang secara terang-terangan dilarang oleh
agama Islam dan agama lain.”
Ini
antara contoh fikrah yang tak celaru, agaknya, kan?
Ustaz Muhyiddin Anak Yasin bertazkirah lagi,” Kita tentu sekali tidak ingin melihat kecelaruan fikrah berlaku dalam masyarakat kita yang akhirnya menyebabkan umat Islam berpecah-belah dan tercabut dari akar agamanya.”
semoga benar2 tak tercabut akar agama!
Hurai Muhyiddin seterusnya, "Dalam konteks masyarakat Melayu, kita tidak mahu falsafah liberal barat yang meletakkan kehendak dan nafsu individu sebagai matlamat utama kehidupan, menghasilkan bangsa Melayu yang tiada identiti kemelayuan dan ketimurannya, serta hilang jati diri sebagai seorang yang berpegang teguh kepada agama."
Hurai Muhyiddin seterusnya, "Dalam konteks masyarakat Melayu, kita tidak mahu falsafah liberal barat yang meletakkan kehendak dan nafsu individu sebagai matlamat utama kehidupan, menghasilkan bangsa Melayu yang tiada identiti kemelayuan dan ketimurannya, serta hilang jati diri sebagai seorang yang berpegang teguh kepada agama."
Akhirnya Muhyiddin berpesan, syahdulah
juga, “ adalah penting umat Islam mewujudkan kesatuan pemikiran (wahdatul fikr)
berasaskan ajaran Islam sebenar yang berasaskan al-Quran dan Hadis serta
disepakati oleh para ulama secara ijma. Oleh itu, umat Islam perlu segera melakukan jihad ilmu
dan pemikiran untuk memahami dan menghayati ajaran Islam secara mendalam serta
menjadikan Islam sebagai paksi kehidupan."
Hebatkan fikrah seorang ayahanda!
No comments:
Post a Comment