KAH! KAH! KAH! KAH!
INI MA MA INAN PO PO LITIK PEM PEM BANGKANG YANG YANG MAHU ME ME NGELIRUKAN RAK RAK RAK YAT ... KAH KAH KAH
TUDUHAN DATO SERI ANWAR IBRAHIM SOROK RM3BILION TIDAK BERASAS- BEKAS PENGARAH SIASATAN BADAN PENCEGAH RASUAH MALAYSIA
-Bekas pengarah siasatan BPR, Abdul Razak Idrus Bekas pengarah siasatan
BPR, Abdul Razak Idrus memberitahu mahkamah tinggi hari ini bahawa
siasatan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didakwa menyorok RM3
bilion dalam akaun asing dan mempunyai kaitan dengan kepentingan Barat,
didapati tidak berasas.
Abdul Razak, 60, yang kini telah
bersara tetapi menjadi pengarah dalam beberapa syarikat, berkata BPR
telah menyiasat perkara itu ekoran dakwaan yang dibuat dalam akuan
bersumpah bekas penolong gabenor Bank Negara, Abdul Murad Khalid.
Katanya, sepasukan pengawai BPR telah ke Singapura dan United Kingdom
untuk menyiasat dakwaan tersebut. "Kami berjumpa dengan Murad dan
beberapa saksi di Britain. Tetapi siasatan mendapat 'tiada kes' terhadap
Anwar berhubung dakwaan dalam akuan bersumpah Murad," katanya.
Oleh itu, katanya, beliau membuat kesimpulan bahawa dakwaan dalam akuan
bersumpah itu adalah tidak berasas dan mengarahkan supaya siasatan
ditutup. Murad menandatangani akuan bersumpah itu pada 20 Oktober 1999
-kira-kira sebulan selepas Anwar ditahan selepas dipecat sebagai
timbalan perdana menteri pada awal bulan September tahun berkenaan.
Abdul Razak kemudiannya membuat akuan bersumpahnya mengenai perkara itu
dan mengemukakannya kepada mahkamah.
Bekas pegawai kanan BPR
itu memberi keterangan dalam kes saman fitnah RM100 juta yang difailkan
oleh Anwar terhadap News Straits Times Press (M) Bhd dan bekas ketua
pengarang kumpulannya, Datuk Abdullah Ahmad.Artikel yang didakwa
berunsur fitnah itu, disiarkan pada 2 Mac 2002. "Kami berjumpa dengan
Murad dan beberapa saksi di Britain. Tetapi siasatan mendapat 'tiada
kes' terhadap Anwar berhubung dakwaan dalam akuan bersumpah Murad,-Bekas
pengarah siasatan BPR, Abdul Razak Idrus
Wargamarhaen
No comments:
Post a Comment