Menurut Bekas Menteri Penerangan, terlalu banyak kesilapan Khairy dan
rakan-rakannya dari tingkat 4 untuk diceritakan semula, tetapi ini
bukanlah masanya, walaubagaimanapun... dia cerita jugak keburukkan
Khairy..
"Khairy dan beberapa orang rakannya tidak dapat membasuh tangan, bahawa
percaturan politik mereka telah memberikan sumbangan ke arah ketidak
setabilan politik dalam parti dan juga keruntuhankepada asas-asas ikatan
perpaduan negara yang diletakkan oleh Perdana Menteri kedua, Tun Abdul
Razak Hussein dan diperkukuh serta digemilangkan oleh Tun Dr Mahathir
Mohamad," tulis dalam entri blognya, www. zamkata.blogspot.com yang
bertajuk, Khairy boleh jadi PM pada hari tua, semalam.
'KJ boleh jadi PM pada hari tua'
SHAH ALAM - Bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin
mengingatkan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin supaya bertindak bijak
untuk memastikan peluangnya menjadi perdana menteri pada masa depan
tidak terjejas.
Zainuddin yang lebih dikenali sebagai Zam berkata, Khairy telah
melakukan kesilapan di tangga awal pendakiannya, namun diberi peluang
oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang tidak mengamalkan
politik balas dendam.
"Khairy dan beberapa orang rakannya tidak dapat membasuh tangan, bahawa
percaturan politik mereka telah memberikan sumbangan ke arah ketidak
setabilan politik dalam parti dan juga keruntuhankepada asas-asas ikatan
perpaduan negara yang diletakkan oleh Perdana Menteri kedua, Tun Abdul
Razak Hussein dan diperkukuh serta digemilangkan oleh Tun Dr Mahathir
Mohamad," tulis dalam entri blognya, www. zamkata.blogspot.com yang
bertajuk, Khairy boleh jadi PM pada hari tua, semalam.
Menurutnya, dalam beberapa hal, percaturan ini dilanjutkan sehingga
selepas Tsunami 2008, yang menampakkan ada usaha untuk membawa Datuk
Seri Anwar Ibrahim kembali ke dalam Umno sehingga ke peringkat membawa
pasport antarabangsa kepadanya untuk berubat patah tengkuk di luar
negara. "Tetapi ternyata Khairy salah membaca sikap orang Umno," tulis
Zam.
Dalam menghadapi pilihan raya 2008, sesetengah media menjadi alat
kepada memecahbelahkan Umno dan asas ketatanegaraan dengan laporan
negatif terhadap orang yang tidak disukai oleh bakal pemimpin muda.
"Yang paling menyedihkan ialah Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Syed
Razak Syed Zain dihina dan diperkecil dalam keadaan dia sakit, pada hal
dia berjasa besar kerana pulihkan kekuatan BN di Kedah." Zam menulis,
berita-berita sensitif yang menyakitkan hati orang Melayu dan Islam
dipermainkan dengan bebas oleh media berkenaan.
"Sorak megah pilihan raya 2004 berakhir dengan kehilangan maruah pada
2008 kerana kesombongan dan keegoan beberapa orang muda yang 'berkuasa'.
Apabila saya buat kenyataan yang disiarkan Utusan Malaysia dan Sinar
Harian, bahawa Tsunami 2008 menggagalkan cita-cita pemimpin muda dalam
Umno untuk mengambil alih kuasa, salah seorang dari tingkat 4 telah
menelefon dan memarahi Utusan," kata Zam.
Menurutnya, terlalu banyak kesilapan Khairy dan rakan-rakannya untuk diceritakan semula, tetapi ini bukanlah masanya.
"Ini adalah masa untuk lebih memfokuskan kepada pemulihan perpaduan dan
seperti kata Tun Dr Mahathir, walaupun dia tidak suka seseorang calon,
tetapi jika itu pilihan parti, maka dia akan mengundinya.
"Demikianlah juga dengan Khairy, sekalipun dosanya terlalu besar kepada
keruntuhan asas-asas perpaduan negara kerana idealismenya dan kerana
nafsu politiknya, tetapi Khairy harus diberikan kesempatan untuk
memperbaiki kesilapannya, dan dia sedang melakukan ini sekarang.
Kesempatan ini diberikan oleh Datuk Seri Najib yang memahami erti
politik dan tidak ada perasaan membalas dendam, sekalipun usaha untuk
mencegah kenaikannya, dilakukan sehingga saat terakhir," katanya.
Zam mengakui, Khairy kembali menyerlah kerana kegigihannya. "Bakat dan karisma politiknya terserlah," kata beliau.
Sinar Harian
No comments:
Post a Comment