Wednesday, November 16, 2011

ADA BERBAGAI JENIS HAJI

Apabila saya menulis atau memberi komen tentang agama , saya akan mendapat pelbagai reaksi dari pembaca. Ada yang menghantar surat membantah, ada yang merasa tidak puas hati dengan apa yang saya tulis. Malah ada juga yang mencaci dan mempertikai wujudiah saya. Ada surat yang datang melalui e-mail dan ada yang memberi komentar pada tulisan tersebut.

Kali ini saya ingin melakar pandangan untuk menerangkan kepada pembaca kenapa saya memberikan pandangan atau komen tentang agama. Untuk memahami apa yang akan saya lakar disini saya meminta para pembaca berlaku jujur , ikhlas dan rasional. Kejujuran dan keikhlasan ini penting. Tanpa dua sikap ini agak susah untuk kita membawa pencerahan dihati dan pencerahan diminda. Sikap rasional juga wajib – kerana hanya dengan menggunakan fikrah yang rasional barulah kita memahami kedudukan sesuatu pekara tanpa menjadikan diri kita Pak Turut atau Pak Anguk.

Untuk memulakan wacana ini mari kita mengingati kembali berita Rosmah dan Najib naik haji. Untuk penganut agama Islam – rukun haji ini ialah rukun kelima dalam ajaran Islam. Jadi berita – orang pergi Mekah naik haji - bukan sesuatu yang menghairankan. Tetapi berita Rosmah dan Najib naik haji ini agak berbeza. Berita ini diheboh hebahkan ke seluruh negara – seolah-olah apabila Rosmah sampai di Mekah dia menjadi anak dara sekali lagi.

Berita Rosmah dan Najib naik haji ini terus menerus disiarkan di media arus perdana. Dalam masa yang sama – kerana saya tidak memiliki tv – saya hanya diberitahu - bahawa untuk beberapa kali Najib telah ditemubual oleh stesen tv secara terus menerus – ini sama seperti temubual Lady Gaga ketika membuat konsert di London untuk para peminat diseluruh dunia. Justeru, musim haji tahun ini amat heboh dengan hebohan yang maha heboh.

Dalam pengetahuan agama yang saya ketahui - wawancara di tv, gambar mengelilingi Kaabah, gambar makan dengan anak raja Saudi, atau gambar dirantai oleh soldadu Saudi ketika menuju ke Batu Hitam bukan sebahagian dari rukun Haji. Tidak ada ayat dalam kitab suci yang meminta media membontoti orang naik haji. Jika ‘ heboh-heboh ‘ ini bukan rukun haji maka kenapa kita disibukkan dengan berita Rosmah dan Najib naik haji seolah-olah mereka berdua ini baru sahaja menemui suntikan mujarab untuk melicinkan kedut muka.

Jawabnya cukup senang: Saya berani menulis disini bahawa pemergian Rosmah dan Najib ke Mekah tidak ada sangkut paut dengan rukun Islam yang kelima. Wow! Tidak ada sangkut paut dengan ibadah haji? Ini satu kenyataan yang akan pasti memanggil bayak surat kutukan dan cacian. Untuk memahami kenyataan saya ini biar saya terus berhujah. Dan para pembaca sila membuka fikrah serasional mungkin.

Saya amati menunaikan fardu haji kali ini bukan seperti arwah nenek saya pergi naik haji 50 tahun dahulu. Ketika saya membesar dahulu saya perhatikan bagaimana naik haji ini betul betul satu perjuangan spiritual. Satu displin diri dan satu pengorbanan kehidupan. Insan yang memasang niat hendak ke tanah suci ini wajib bekerja untuk menyimpan duit bertahun-tahun. Sebelum ke Mekah insan ini akan menjalankan seluruh kehidupannya berpandukan ajaran agama. Sedaya upaya insan ini akan menjauhi dari yang mungkar. Hidup insan ini hanya membuat amalan kebajikan sesama manusia. Justeru, melakukan ibadah haji di Mekah adalah kemuncak wujudiah setelah bertahun-tahun menyimpan niat suci ini.

Hari ini telah wujud apa yang saya panggil ‘ Haji Sponsor’ dan ‘ Haji Tiket Bertuah’. Haji Sponsor bermakna ada si Polan ini telah bernasib baik mendapat tajaan untuk pergi ke Mekah. Mungkin ada kontrektor Bumiputera Kelas F yang telah mendapat hutan balak atau telah berjaya menjual kontrek membuat masjid kepada seorang Cukong. Sebagai tanda bersyukur si Kontrektor ini menaja Tok Bilal dan Tok Siak di masjidnya untuk ke Mekah. Dalam dunia anak muda perbuatan ini tidak juah bezanya dari membelanja ‘member’ untuk pergi tengok wayang di Mid Valley.

Haji Sponsor ini pula tidak jauh bezanya dengan Haji Tiket Bertuah. Hari ini kita ada terbaca tentang cabutan tiket bertuah – tiket ke Mekah - sebagai tarikan agar ramai orang akan datang ke majlis politik. Selalunya majlis politik sebagini disusun oleh parti politik yang kurang mendapat sambutan orang ramai atau parti politik yang dibenci oleh rakyat seperti parti United Malaya National Organisation. Number bertuah yang dicabut akan membolehkan si pemiliknya mendapat tiket penerbangan percuma ke Mekah.

Tetapi ada satu lagi haji yang mungkin lebih hebat dari Haji Sponsor dan Haji Tiket Bertuah. Haji ini ialah Haji TM atau Haji Tahun Mengundi. Haji TM telah menjadi satu trend apabila sampainya tahun pemilihan pucuk pimpinan United Malay National Organsiation. Biasanya si Polan yang bernasib baik untuk mendapat Haji TM ini adalah ahl-ahli parti yang telah dipilih untuk datang mengundi di Perhimpunan Aggung di PWTC. Ahli-ahli yang bernasib baik ini akan dihantar lebih awal ke Mekah untuk menunaikan ibadah Haji. Mekah dipilih agar ianya dilihat ‘kosher’ atau halal. Memberi tiket ke Mekah ini tidak akan dilihat seperti memberi rasuah. Malah ianya dilihat sebagai kerja dan amalan yang soleh.

Setelah memahami jenis-jenis haji ini maka pasti ramai pembaca akan bertanya – jenis haji apakah yang telah dilakukan Najib dan Rosmah ? Saya rasa ianya bukan Haji Sponsor, bukan Haji Tiket Bertuah dan bukan juga Haji Tahun Mengundi. Haji yang dibuat oleh Rosmah dan Najib lebih sempurna dari semua genre haji-haji ini. Haji-haji yang lain tidak ada soldadu Saudi masuk campur. Tidak ada laporan media terus menerus. Tidak ada makan dengan putera raja.

Justeru saya genrekan haji Rosmah dan Najib ini sebagai Haji Nakempru. Dalam bahasa Jepun klasik perkataan nakempru - ワタシ - adalah kata sifat yang bermakna sesorang itu dalam keadaan yang kurang sehat. Malah di pulau-pulau di Selatan Jepun perkataan nakempru ini sering digunakan untuk menggambarkan ikan sakit yang terapung-apung bernafas dipermukaan air.

Untuk memudahkan lagi para pembaca memahami apakah dia Haji Nakempru - biar saya sunat dan Melayukan perkataan Jepun klasik ini. Saya cuba memberi makna Melayunya serapat mungkin agar maknanya tidak lari jauh. Nakempru ialah Najib Kempen Untuk Pilihanraya Umum. Justeru Haji Nakempru dalam Bahasa Melayu yang mudah difahami ialah Najib sedang berkempen di Mekah mencari sokongan untuk pilihanraya umum ke 13. Faham?

Ada atau tidak sesiapa yang akan bertelagah atau berhujah dengan saya tentang Haji Nakempru ini? Atau ada sesiapa yang sanggup mengatakan apa yang saya tulis ini adalah ajaran sesat?

Saya pertahankan apa yang saya tulis ini kerana untuk saya amat jelas pemergian Rosmah dan Najib ini bertujuan untuk berkempen. Secara stratejik Mekah telah dipilih untuk dilawati kerana kota ini membawa aura kesucian agama, membawa aura berbadat dan dari apa yang saya difahamkan kota ini hanya boleh dilawati oleh mereka yang beragama Islam. Dengan satu lawatan ke Mekah sekali gus Rosmah dan Najib dibaca suci, dilihat beribadat dan akan dicap sebagai penganaut agama Islam.

Dilihat suci, beribadah dan terbukti sebagai penganut agama Islam ditujukan khas untuk Mak Cik Warong dan Mak Cik Felda yang selama ini telah terhakis keyakian mereka terhadap Najib dan Rosmah. Najib diyakini umum terlibat dalam kes pembunuhah Altantuya. Manakala Rosmah dilihat sebagai perempuan boros yang membelanjakan duit kerajaan sesuka hatinya. Juak juak yang merancang lawatan ke Mekah ini berharap melalui lawatan ini Rosmah dan Najib digambarkan seolah-olah mereka berdua ini telah bertaubat dari melakukan kejahatan.

Saya perkuatkan lagi pandangan rasional saya ini kerana sebelum membuat Haji Nakempru ini Najib telah melawat Baginda Queen Elizebeth. Pertemuan dengan Baginda Queen Elizebeth ini bertujuan untuk menaikkan prestige Najib sebagai seorang pemimpin negara. Berita terbaru dari Hawaii telah melaporkan tentang Najib sempat bersemuka dengan Obama. Bersemuka dengan Obama ini juga bertujuan untuk menaikkan prestige Najib kerana pada ketika ini Mak Cik Mak Cik Felda sedang melihat Najib sebagai mangsa Nasi Kang Kang Rosmah. Justeru, tidak mungkin mangsa Nasi Kang Kang dapat berjumpa Presiden Obama.

Dalam kes Haji Nakempru , kota Mekah ini sama peranannya dengan Buckhingham Palace di London atau pun Rumah Puteh di Washington DC. Bertawaf ditempat ini hanya bertujuan untuk memperbaiki imej Najib yang sedang nakempru – sedang nyawa nyawa ikan seperti kata orang di Selatan Jepun.

Saya akan menolak semua hujah yang melarang berita agama ini dari dibincangkan. Saya juga menolak kenyatan yang mengatakan hanya mereka yang tahu hal agama sahaja yang boleh memberi komentar tentang agama. Berita berita agama seperti berita Rosmah dan Najib telah masuk ke dalam ruang orang ramai. Maka , saya sebagai satu orang dari jutaan orang ramai itu berhak untuk bersuara. Malah saya juga berhak untuk bertanya apakah duit perbelanjan Rosmah dan Najib ke Mekah itu pakai duit sendiri atau merembat duit kerajaan. Jika menggunakan duit kerajaan maka hak dan saham saya untuk memberi pandangan melonjak tinggi.

Sama ada Haji Sponsor, Haji TM atau Haji Nakempru ini sah atau tidak sah bukan saya yang dapat memberi jawapan. Sebagai manusia saya tidak ada keupayaan untuk mengambil alih peranan Yang Maha Esa. Tetapi sebagai warga yang membayar cukai saya berhak mengeluarkan pendapat – walau pun pendapat ini tentang ajenda agama. Jika sesuatu pekara itu di bawa ke tengah pengetahuan umum maka umum boleh membincangkannya. Jika tidak hendak dibicangkan secara umum sila buat ajenda itu dalam kelambu tertutup dalam bilik yang gelap.(TT)

NOTA:
tulisan ini telah disiarkan
dalam akhbar
SUARA KEADILAN
yang terbaru - sesiapa ingin
melanggan akhbar mingguan ini
sila pukul talipon
: 03-22-72-40-45

Monday, November 7, 2011

JALAN PULANG: Anwar Ibrahim Gempur Ledang, Johor

JALAN PULANG: Anwar Ibrahim Gempur Ledang, Johor: Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim berjaya menghimpunkan lebih 1000 pendengar ceramahnya yang diadakan dia daerah Ledang, Johor pada 4 Novembe...

MENTERI PENGAJIAN TINGGI BODOH MACAM KANGKUNG UUM JUGA??

KUALA LUMPUR, 6 Nov — Pensyarah undang-undang Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Prof Dr Abdul Aziz Bari menyifatkan Menteri Pengajian Tinggi seolah-olah bertindak bias sambil menegaskan, beliau juga sanggup untuk muncul di pentas Umno jika parti itu bersedia mendengar pandangannya.

Malah tegas Aziz, apa yang diperkatakan beliau selama ini masih “dalam kerangka dan idea” yang sering dibawa timbalannya Datuk Saifuddin Abdullah, yang mengetengahkan pandangan progresif berkenaan pembaharuan politik tetapi tidak diterima banyak pihak dalam Umno sendiri.

Dalam satu kenyataan semalam, Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menasihatkan Aziz meletakkan jawatan sebagai ahli akademik jika benar-benar mahu bercakap di atas pentas politik.


Khaled berkata, Aziz, yang sedang disiasat oleh tiga pihak termasuk UIA sendiri, tidak perlu menunggu tindakan universiti tersebut.

Tambah Khaled, universiti adalah institusi yang mengutamakan pencapaian akademik dan perlu berada dalam keadaan neutral demi mencapai matlamat menjayakan bidang pendidikan.

Sehubungan itu, Aziz menyoal apa sikap menteri berkenaan dalam kes-kes ada profesor yang menyediakan ucapan dasar presiden Umno.

“Apa sikap menteri ke atas profesor yang secara terbuka menuduh DSAI (Datuk Seri Anwar Ibrahim) meliwat? Apa sikap menteri kepada profesor yang menjadi penceramah BTN (Biro Tata Negara) dan Islam Hadhari yang kesemuanya adalah dasar dan politik Umno,” kata Aziz dalam satu kenyataan kepada The Malaysian Insider hari ini.

Malah Aziz juga berkata, “tidakkah Umno memberi beberapa orang profesor anugerah parti, tidakkah itu bermakna telah mempolitikkan akademik?”

Tambah Aziz, beliau hanya bercakap mengenai dasar-dasar dan politik yang selaras dengan ideal dan tuntutan Perlembagaan Persekutuan.

“Kalau ini dituduh berpolitik, saya fikir kita buang saja Perlembagaan ini dan jadikan negara ini negara diktator atau negara satu parti,” kata pakar perlembagaan ini sambil menegaskan, “saya fikir apa yang saya lakukan masih dalam kerangka dan idea yang sering dibawa oleh timbalan Khaled.”

Aziz menambah, Saifuddin yang juga anggota Majlis Tertinggi Umno sudah lama membawa idea seumpama.

Dengan merujuk kepada keputusan Mahkamah Rayuan awal minggu lalu dalam kes bekas pelajar berkaitan dengan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971, Aziz berkata, beliau fikir Khaled sedia mengetahui bahawa di sisi undang-undang berpolitik, sebagaimana yang diputuskan oleh mahkamah pada 31 Oktober lalu, dibenarkan dan peruntukan AUKU yang melarang diisytihar tidak sah.

“Kalau mahasiswa boleh berpolitik, takkan pensyarah tidak?” katanya lagi.

Aziz juga berkata, beliau bukan berpolitik secara aktif, sebaliknya hanya memberi pendapat yang kebetulan ada orang mahu dengar dan bersedia untuk muncul di pentas Umno jika sanggup mengaturkan kemudahan sedemikian.

“Saya alu-alukan jika orang Umno mahu dengar,” katanya lagi.

“Walaupun menteri tidak setuju dengan apa yang saya dan mungkin timbalannya Saifuddin, saya rasa apa yang saya kata dibenarkan oleh Perlembagaan dan tidak menyalahi Akta Hasutan,” kata Aziz lagi.

Dalam kenyataannya semalam, Khaled yang juga Ahli Parlimen Pasir Gudang menambah, beliau sedar Aziz memasuki kawasannya dan menyampaikan ceramah di Taman Saujana dekat Johor Baru kelmarin, tetapi yakin penduduk tidak akan termakan dengan perkara yang disampaikan.

Aziz pula menjawab, “saya pun tidak tahu itu adalah kawasan Khaled.”

Aziz berucap pada ceramah anjuran Parti Keadilan Rakyat, komponen Pakatan Rakyat.

Ia bukan kali pertama Aziz menghadiri ceramah dan forum anjuran parti pembangkang dan pertubuhan bukan kerajaan.

Tambah Khaled, antara yang hadir adalah ahli Umno Pasir Gudang sendiri yang mahu mendengar hujah profesor itu yang kini dalam siasatan UIA berikutan kenyataannya mempertikaikan titah Sultan Selangor berhubung pemeriksaan Jabatan Agama Islam Selangor ke atas sebuah gereja awal Ogos lalu.

Aziz juga disiasat polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia.

Siasatan polis dan UIA dilaporkan sudah selesai.

- Malaysian Insider

Monday, August 15, 2011

Gambaran Hari Kiamat


 

Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.

 
 

Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya "Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?" Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya "Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa." Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.

 
 

Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.

 
 

Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut "Ajbuz Zanbi" yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.

 
 

Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.

 
 

Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.

 
 

Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.

 
 

Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.

 
 

Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.

 
 

Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.

 
 

Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:

 
 

- Pemimpin yang adil.

 
 

- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.

 
 

- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.

 
 

- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.

 
 

- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata "Aku takut pada Allah".

 
 

- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).

 
 

- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.

 
 

Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara "pergilah berjumpa dengan para Nabi". Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.

 
 

Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.

 
 

Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga 'Arasy itu tiba dibumi.

 
 

'Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.

 
 

Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari 'Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.

 
 

Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & 'Atid / Kiraman Katibin.

 
 

Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.

 
 

Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.

 
 

Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.

 
 

Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.

 
 

Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.

 
 

Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.

 
 

Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta'ala dengan Maha Bijaksana.

 
 

Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.

 
 

Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :

 
 

- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.

 
 

- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.

 
 

- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.

 
 

(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)

 
 

Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.

 
 

Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.

 
 

Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.

 
 

Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.

 
 

Rujukan: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al- Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.

 
 

Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW: Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :

 
 

Sedekah/amal jariahnya.

 
 

Doa anak²nya yang soleh.

 
 

Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.


 

Wednesday, July 27, 2011

Peguam ditahan Jabatan Imigresen Malaysia berhubung kontroversi pembelian kapal selam scorpene


26 Julai 2011


Peguam Perancis William Bourdon, yang berada di Pulau Pinang malam tadi untuk bercakap tentang urusniaga kontroversi pembelian kapal selam Scorpene yang didakwa melibatkan sogokan berjuta ringgit kepada pegawai kerajaan Malaysia, telah dihantar pulang malam ini selepas ditahan Jabatan Imigresen di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).


Beliau dihantar pulang menaiki pesawat menuju ke Paris pada kira-kira jam 11.30 malam ini.


Dalam mesej emelnya, Bourdon berkata semuanya baik, dan beliau akan terbang ke Paris malam ini.


Menurut Pengarah Suaram, Cynthia Gabriel, pegawai imigresen masuk ke dalam pesawat untuk menahan Bourdon sebaik sahaja beliau mendarat di KLIA.


"Beliau kini dibawa ke pusat tahanan imigresen di KLIA," kata Gabriel.


Pada mulanya, pegawai imigresen tidak membenarkan tunangnya, Lea Foriester, juga seorang peguam, mengikutnya ke pusat tersebut.

Selepas beberapa rundingan, beliau dibenarkan Lea menemani Bourdon.

Menurut Gabriel, pegawai imigresen "menyoal Bourdon".


Bourdon tiba semalam tetapi tidak melalui imigresen KLIA kerana beliau dalam penerbangan transit ke Pulau Pinang.


Peguam berusia 55 tahun itu dijadual berucap di majlis makan malam untuk mengumpul dana di Petaling Jaya malam ini dan satu lagi majlis makan malam di Ipoh esok.


Peguam Perancis yang berkhidmat dengan pertubuhan tanpa keuntungan - Sherpa - dan mengkhusus dalam membela hak asasi manusia dan jenayah menentang kemanusiaan.


Bourdon dijangka mendedahkan butiran kontroversial mengenai pembelian kapalselam negara dengan firma gergasi pertahanan Perancis DCNS.

Syarikat itu didakwa membayar komisyen "yang amat tinggi" kepada pegawai kerajaan Malaysia yang terbabit dalam perjanjian
yang dimeterai pada 2002 itu.

Bayaran komisyen kepada pegawai kerajaan dianggap satu jenayah mengikut undang-undang Perancis.

Suaram berharap dapat mengumpulkan dana sebanyak RM100,000 daripada majlis berkenaan yang juga dijadualkan di Ipoh dan Kuala Lumpur hari ini dan esok, bagi membiayai kos perundangan dalam kes yang difailkan di Paris yang akan dibicarakan di mahkamah terbuka pada September ini.

Kes berkenaan difailkan tahun lalu oleh Suaram, melalui Bourdon dan pasukannya mengenai dakwaan firma pertahanan Perancis DCNS membayar RM540 juta sebagai komisyen kepada Perimekar.Perimekar adalah subsidari KS Ombak Laut Sdn Bhd, yang mana pemegang saham utamnya adalah isteri Abdul Razak Baginda .




Abdul Razak pula adalah rakan rapat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak yang didakwa terbabit dalam pembunuhan penterjemah warga Mongolia Altantuya Shariibuu tetapi kemudiannya dibebaskan





SPR DI‘BOO’…....


SHAH ALAM, 26 Julai: Wacana Sinar Harian bertajuk 'Apa selepas 9 Julai' yang berlangsung di Auditorium Kompleks Kumpulan Media Karang Kraf di sini menyaksikan setiap penjelasan wakil Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) disambut 'boo' oleh hadirin hingga ke akhir program.


SPR yang diwakili timbalan pengerusinya Datuk Wan Ahmad Wan Omar dicemuh seawal beliau berhujah menjawab soalan yang dikemukakan moderator iaitu Ketua Eksekutif IDEAS, Wan Saiful Wan Jan.


Wan Saiful dalam soalan awalnya bertanya kenapa SPR dilihat menggunakan ayat-ayat 'difensif' dalam buku terbaru mereka berhubung penjelasan tentang pilihan raya.


Menjawab soalan itu, Wan Ahmad dengan tegas berkata "SPR tidak difensif, kita tidak berpihak kepada mana-mana parti".


Jawapan itu lantas disambut 'boo' oleh hadirin sekaligus menjadikan auditorium gamat seketika dan kemudiannya ditenangkan oleh moderator.


Wacana hampir dua jam itu menampilkan dua lagi ahli panel iaitu Pegerusi Bersih 2.0 Datuk Ambiga Sreenevasan dan Pengarah Institut Kajian Etnik (KITA) Universiti Kebangsaan Malaysia Professor Datuk Dr Shamsul Amri Baharuddin.


Ia bagaimanapun seolah-olah didominasi wakil SPR apabila hanya beliau diaju soalan oleh para hadirin.


Sepanjang penjelasannya, Wan Ahmad beberapa kali mengulangi kenyataan bahawa SPR 'tiada kuasa' untuk melakukan perubahan malah menjelaskan perubahan sistem pilihan raya hanya boleh dibuat oleh Pejabat Peguam Negara sebelum diluluskan di Parlimen.


Membidas penjelasan itu, seorang hadirin bangun mempersoal kenapa SPR menolak bulat-bulat kesemua lapan tuntutan Bersih termasuk pembersihan daftar pemilih dan tidak membawa cadangan penambahbaikan itu kepada Pejabat Peguam Negara.


Menjawab soalan itu Wan Ahmad berkata SPR tidak ada kuasa mengeluarkan mana-mana nama dalam daftar pemilih melainkan mendapat pengesahan daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).


Beliau turut mengakui senarai pemilih yang wujud sejak 1959 itu tidak bersih kerana ada individu sudah meninggal dunia namun tiada pengesahan kematian dibuat warisnya kepada JPN.


"Sebab itu kalau kita dengar tadi ada orang berumur lebih 100 tahun, of course sebab kalau dia daftar pemilih pada tahun 1959 tentu umurnya sudah lebih seratus tahun kerana warisnya tak pernah melapor kematian dia kepada JPN," katanya namun sekali lagi dicemuh hadirin kerana dilihat cuba menyalahkan rakyat.


Lantas dengan itu beliau terpaksa merayu kepada hadirin supaya memberinya peluang membuat penjelasan.


Ketika membuat penjelasan lanjutnya, Wan Ahmad tiba-tiba berkata "SPR ditembak dituduh dari pelbagai penjuru, tetapi parti Barisan Nasional dia tidak menentang SPR..."


Kenyataan itu menyebabkan beliau sekali lagi ditertawakan hadirin yang dilihat majoritinya adalah menyokong reformasi sistem pilihan raya dibuat.


"Sebenarnya tuan-tuan tak menggunakan fikiran yang waras...tuan-tuan tak baca undang-undang.


"Tak payah la angkat suara kuat-kuat...Saya rasa tuan tuan tak layak la duk berbincang di sini," kata Wan Ahmad kecewa selepas terus menerus di'boo' hadirin.


Beliau kemudiannya merayu agar semua pihak termasuk hadirin yang hadir agar tidak melayan SPR seperti musuh mereka.


Malah katanya semua pihak harus bersama dengan SPR untuk melakukan penambahbaikan sistem pilihan raya.


Membidas kenyataan itu, Ambiga pula mempersoal siapa sebenarnya yang dilayan seperti musuh sejak Bersih 2.0 mengumumkan mengadakan himpunan pada 9 Julai lalu.


"You yang layan kami macam musuh. Tengok sahaja Bersih diserang sejak enam minggu lalu," tegasnya.


Bagaimanapun wacana yang bermula kira-kira jam 2.15 petang itu terpaksa berakhir awal 15 minit apabila moderator mengumumkan beliau mendapat arahan dari pihak atasan untuk menamatkannya tanpa sempat membenarkan ahli panel membuat penggulungan.


"Pihak atasan ni bukan pihak penganjur, tapi atas lagi daripada pihak penganjur," kata Wan Saiful.

SISTEM BIOMETRIK TIDAK SELAMAT

Dari Blog Cina Islam
Oleh YB DRS. KHALIL IDHAM LIM

Tidak dinafikan penggunaan teknologi maklumat dalam banyak aspek pentadbiran negara, malah pengurusan syarikat telah menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi, produktiviti, keselamatan, kesihatan dan banyak lagi khususnya kepada kepentingan pihak awam. Tidak ketinggalan peranan utamanya untuk memastikan tahap 'competitive' atau daya saing negara terus kekal dan berdaya maju berbanding negara-negara lain.

Satu keperluan 'survival' rakyat Malaysia untuk menggunakan teknologi maklumat sebagai alat untuk memacu negara di dalam proses penjanaan pendapatan dan seterusnya mempertingkatkan pendapatan per-kapita agar rakyat tidak terus menerus lemas di bawah tekanan ekonomi khususnya dari negara luar yang juga menggunakan kaedah yang sama untuk tujuan 'survival' mereka.

Tidak terlalu 'extreme' atau berat kalau saya katakan, kita amat memerlukan teknologi maklumat untuk mempertahankan kedaulatan negara khususnya daripada penjajahan ekonomi.

Saya pasti ramai yang akan bersetuju impak positif teknologi maklumat kepada kehidupan sosio-budaya serta pengaruhnya kepada aturan perjalanan kehidupan harian kita, walaubagaimanapun keputusan SPR dan kerajaan Barisan Nasional (BN) untuk mempertimbangkan Sistem Biometrik di atas justifikasi ketelusan ketika pilihanraya khususnya di dalam mengekang pengundi hantu sebenarnya merupakan satu tindakan buat masa ini, dengan tahap integriti yang meragukan daripada sebuah kerajaan yang dilihat kini tidak adil, korup dan zalim dilihat sebagai satu tindakan atau keputusan yang TIDAK SELAMAT.

Rakyat ragu-ragu dengan KETELUSAN yang diucapkan. Rakyat juga ragu-ragu dengan SPR yang dilihat tidak telus, tidak bebas dan kepartian. Malah rakyat juga melihat kawalan politik kepada agensi-agensi yang tertentu yang dilihat terpaksa menyokong dasar parti yang memerintah walaupun bercanggah dengan kepentingan rakyat khususnya dari aspek Hak Asasi termasuk hak-hak yang jelas termaktub di bawah perlembagaan. Malah, Rakyat rata-rata khuatir dengan tindakan pemerintah yang mirip kepada pemerintahan kuku besi seperti yang berlaku di Tunisia.

Kerajaan yang memerintah perlu memulihkan persepsi negatif ini dulu sebelum menimbang untuk menjuarai 'ketelusan' melalui cadangan sistem Biometrik itu yang dilihat rakyat satu lagi alat manipulasi keadilan yang akan mencacatkan lagi persepsi rakyat kepada proses pilihanraya yang adil dan bersih.

Bagaimana Sistem Biometrik boleh dimanipulasi?

Setiap sistem teknologi maklumat yang memerlukan pengesahan aplikasi sistem akan merujuk kepada pengkalan data. SPR diketahui umum telah lama menggunakan aplikasi teknologi maklumat untuk menyimpan maklumat pengundi di dalam pengkalan data. Malah maklumat daftar pengundi boleh dicapai oleh setiap pengundi secara 'online' dengan menggunakan kekunci unik seperti nombor kad pengenalan untuk aplikasi sistem SPR itu mengarahkan capaian maklumat pengundi daripada pengkalan data SPR.

Rakyat tahu masalah utama aplikasi sistem Teknologi Maklumat SPR bukanlah pada aplikasi itu tetapi DATA atau MAKLUMAT yang berada di dalam pengkalan data SPR.

Capaian data atau maklumat pengundi dari pengkalan data sebelum ini melalui aplikasi Teknologi Maklumat atau Sistem Pengurusan Maklumat jelas menunjukkan ada pengundi yang mempunyai 2 tempat malah beberapa tempat mengundi. Malah paparan berita yang dipetik dari Suara Keadilan semalam (24/7/11) mendakwa bahawa terdapat lebih 1600 pengundi yang berusia lebih 100 tahun di Perak di mana 1447 orang daripadanya berusia di antara 100 sehingga 109 tahun. Kita punyai warga emas seramai itu di Perak? Bagaimana pula di seluruh negara?

Jawapan yang mudah kepada masalah integriti data atau maklumat walaupun melalui aplikasi teknologi maklumat atau sistem maklumat yang telah lama digunapakai SPR bukanlah kerana aplikasi itu tetapi kerana data atau maklumat yang dimasukkan ke dalam pengkalan data.

Hanya SPR sahaja yang tahu siapa yang bertanggungjawab untuk memasukkan dan mengemaskinikan data atau maklumat tersebut di dalam pengkalan data. data atau maklumat di dalam pengkalan data tidak boleh berubah dengan sendirinya. Ia hanya boleh berubah dengan tindakan manusia yang menggunakannya. Siapa yang menggunakannya? Anda tahu Siapa?

Kalau SPR tahu bahawa masalah utama adalah integriti DATA atau MAKLUMAT bukanlah kerana aplikasi capaian Teknologi Maklumat atau Sistem Maklumat itu, kenapa SISTEM BIOMETRIK dicadangkan? SISTEM BIOMETRIK juga adalah sebuah aplikasi Teknologi Maklumat atau Sistem Maklumat seperti aplikasi yang digunakan sekarang, cuma perbezaannya adalah cadangan baru itu menggunakan 'hardware' atau perkakasan serta perisian dan bukan 'software' atau perisian semata-mata untuk capaian DATA atau MAKLUMAT pengundi dari pengkalan data seperti yang digunakan hari ini.

Sebagai Contoh : SISTEM BIOMETRIK yang menggunakan cap jari akan bertindak sebagai KUNCI UNIK seperti No.Kad Pengenalan untuk capaian DATA atau MAKLUMAT daripada PENGKALAN DATA. Setiap rakyat Malaysia mempunyai No.Kad Pengenalan Unik dan boleh dipadankan dengan Cap Jari yang juga unik. Sepertimana maklumat No.Kad Pengenalan yang perlu dimasukkan ke dalam pengkalan data untuk membolehkan maklumat pengundi dicapai (nama penuh, alamat, tempat mengundi dan sebagainya), Cap Jari juga perlu dimasukkan ke dalam pengkalan data untuk membolehkan capaian itu dilakukan.

Sepertimana didapati terdapat No.Kad Pengenalan yang sama tetapi mempunyai tempat mengundi yang berbeza (pelbagai lokasi), Cap Jari juga boleh dipadankan dengan tempat mengundi yang berbeza selagimana No.Kad Pengenalan dan Cap Jari yang sama diMASUKKAN oleh SPR ke dalam beberapa rekod (tempat mengundi dan alamat) yang BERBEZA, keputusan daripada SISTEM BIOMETRIK juga akan menghasilkan senarai pengundi yang boleh mengundi di beberapa lokasi mengundi.

Isu KETELUSAN dan PENGUNDI HANTU bukanlah kerana APLIKASI CAPAIAN (perkakasan atau/dan perisian).

Apa perlu ia ditukarkan jika prosesnya sama? Pertukaran lebih dilihat hanya dari aspek kosmetik luaran.

Jawapannya adalah tidak perlu. Siapakah lagi yang akan mendapat habuan dari kegawatan ini melalui cadangan SISTEM BIOMETRIK itu?. Saya biarkan Umno BN untuk merangka jawapan itu. Pasti ramai yang akan tersenyum. Rakyat lebih tahu.

Secanggih manapun aplikasi capaian Teknologi Maklumat atau Sistem Maklumat itu (perkakasan atau perisian, biometrik (cip/kad ID, suara, pengesahan ibu jari atau mata), jika DATA atau MAKLUMAT yang sedia ada di dalam PENGKALAN DATA tidak diBERSIHkan,

tidak dikawal dan diurus selia secara bebas oleh badan yang bebas serta dipercayai Rakyat akan KETELUSAN mereka, saya tidak melihat sumbangan Sistem BIOMETRIK itu kepada 'KETELUSAN' itu khususnya penyelesaian kepada solusi isu pengundi hantu.

Manipulasi SISTEM BIOMETRIK boleh dilakukan kepada PENGKALAN DATA.

"Biometrics can prevent electoral fraud; Biometric can be used to fraud electoral as well."

"Biometrik boleh mencegah penipuan pilihanraya, Biometrik juga boleh digunakan untuk menipu pilihanraya".

Proses pengesahan melalui sistem itu adalah usaha sia-sia, membazir dan TIDAK SELAMAT pada pandangan peribadi saya kerana sebab-sebab di atas. SPR harus menimbang 8 cadangan Jawatankuasa BERSIH 2.0 untuk Pilihanraya yang ADIL dan BERSIH. Semoga imej dan integriti pemerintah dan SPR di mata dan hati rakyat Malaysia dapat dipulihkan dengan menerima semua cadangan itu.

Wallahua'lam.


 

Wednesday, July 20, 2011

Ini Kah Yang Penyokong Umno Bagan Pinang Dan Pd Utama BANGGA KAN...FIKIR2 Kan lah...

. Siapakah yang menukar wang Royalti kepada wang Ehsan pada tahun 2000 apabila PAS berjaya merampas negeri Terengganu dari tangan BN dalam PRU 1999? (Negeri Terengganu itu majoriti penduduknya adalah Melayu)

2. Siapakah yang menghalang kerajaan kedua-dua negeri bermajoriti 95% Melayu (Kelantan dan Terengganu) menikmati hasil royalti Petronas, sedang negeri-negeri seperti Sabah dan Sarawak tidak dikenakan tindakan sama?

3. Siapakah yang menghalau peneroka bandar dikalangan orang Melayu di Kg Berembang (KL), Kg Plentong (JB), Kg Chubadak (KL), Kg Malaysia Tambahan (KL)?

4. Siapakah yang menghalau Melayu Pulau Pinang dengan helah pembangunan hingga mereka merempat ke Seberang Jaya dan Kedah Selatan?

5. Siapakah yang menggadai Tanah Rezab Melayu hampir 50% dari 3 juta hektar pada 1948 kepada 1.6 juta hektar pada 1997?

6. Siapakah yang membunuh orang Melayu kerana perbezaan fahaman politik di Kg Memali, Lubuk Merbau dan Hutan Aji?

7. Siapakah yang membolot saham AP untuk menantu dan kroni, sedang ia adalah hak setiap rakyat dibawah dasar DEB?

8. Siapa yang melingkupkan dasar DEB hingga milikan ekuiti Melayu tersekat kepada 18% pada 2000.

9. Siapakah pula yang memansuhkan DEB, dan diganti dengan dasar Liberisasi dan Model Ekonomi Baru yang mesra kapitalis dan anti subsidi?

10. Siapa yang menyelewengkan dana untuk orang Melayu yang miskin dalam program PPRT? Dari 54 billion yang diperuntukkan kepada orang Melayu hanya 2 billion sahaja yang sampai kepada orang Melayu, 52 billion lagi lesap di telan pentadbiran UMNO.

11. Siapa yang mengkhianat wasiat Raja-Raja Melayu menjelang kemerdekaan supaya tidak diserah bukit, gunung dan pulau kepada bukan Melayu?

12. Siapa yang mencipta krisis perlembagaan 1982 yang menyebabkan kuasa Yang DiPertuan Agung terhakis dan hanya sekadar menjadi rubber stamp Parlimen?

13. Siapa pula yang melucutkan kekebalan Raja-Raja Melayu pada awal 1990-an?

14. Siapa yang menggelarkan rajanya ‘NATANG’ bila namanya ditolak sebagai Menteri Besar Terengganu selepas PRU12 yang lalu?

15. Siapakah yang mengubah sempadan kawasan undi majoroti Melayu bila Melayu sendiri menolak Umno dalam PRU 1999 dan tidak menambah kerusi Parlimen di Kedah, Kelantan dan Terengganu pada persempadanan semula tahun 2002?

16. Siapa yang melanggar peruntukan Perlembagaan mengenai hak-hak istimewa orang Melayu untuk mendapat biasiswa?

17. Siapa yang menukar biasiswa kepada pinjaman PTPTN dengan kadar 4%?

18. Siapa yang mencemar bahasa Melayu dengan istilah-istilah “infotainment”, “boulevard”, “presint”, “bajet” dan lain-lain?

19. Siapa yang menukar bahasa pengantar dari bahasa Melayu kepada bahasa Inggeris dalam pembelajaran Sains dan Matematik pada ketika jurang pendapatan bandar-luar bandar semakin melebar?

20. Siapa yang mencadangkan syarat wajib lulus Bahasa Inggeris untuk SPM dan bahasa pengantar Inggeris di universiti-universiti?

21. Siapa yang jual air kepada negara jiran dengan harga 3 sen 1000 liter, dan jual balik kepada rakyatnya sendiri dengan harga 80 sen 1000 liter?

22. Siapa yang serah blok minyak kepada negara Brunei tanpa persetujuan DUN, Parlimen atau YDPA?

23. Siapa yang cuai menjaga tanahair sendiri hingga Pulau Batu Putih dan Singapura terlepas ke negara orang?

24. Siapa yang menghapuskan tulisan jawi dari diajar di sekolah-sekolah dalam tahun 1960an dahulu?

25. Siapa yang kata Sekolah Agama Rakyat (SAR) tempat melahir militan dan ekstrimist Islam dan mengwar-warkan perkataan “Sindrom Qiamulail” kepada anak-anak yang bersekolah ketika itu?

26. Atas alasan itu, siapa yang menghentikan geran perkapita kepada SAR hingga menyebabkan sebahagian institusi pendidikan agama hidup segan, mati tak mahu atau setengahnya berkubur tanpa nesan?

27. Siapa yang mencadangkan pelan pembangunan Kg Baru Kuala Lumpur hingga membuka milikan kepada 40% bukan Melayu?
Link
28. Siapa yang kekang akta-akta maklumat, Auku dan pandangan kedua orang Melayu supaya orang Melayu senang diperbodohkan?

29. Siapa yang naikkan harga petrol, diesel dan barangan asas kepada ketika Melayu adalah golongan majoriti yang miskin di negara ini?

30. Siapakah pula yang memperbodohkan dirinya konon mengaku Melayu sedang nama Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (PEKEMBAR) dibuang dan diguna bahasa penjajah UNITED MALAYS NATIONAL ORGANISATION (UMNO)?

Friday, July 15, 2011

Thursday, July 14, 2011

HIKAYAT si penguin(big mama)

Selepas berpisah dari Turkmenistan, maka private jet pun beralih ke Farnborough airport di UK, ketika itu Rosmah amat excited dan mulalah buka mulut.

Rosmah : Sayang, Turkmenistan itu tiada apa nak shopping beli batu boleh lah... sambil ketawa macam pengguin.

Najib : Sekarang kita ada 4 hari di UK. Boleh shopping sepuas puas. Nampak apa suka, order sajalah... crony kita kan banyak bagi duit kat kita. ok..? Darling..?

Rosmah : Abang, I gelisah sebab BERSIH nak BERSIHKAN kita berdua. Masa bersih nanti kita lari pergi Itali, I nak botoxkan sikit muka.. lah. Bang, I nak jumpa Datuk Jimmy Choo, pakar kasut yang buat bagi Lady Diana, memang top lah.

Najib: Itu hal politik, kita masih ada penyokong dari Bangla, Ok... no problem jumpa Datuk Jimmy Choo buat kasut dozen dozen hantar balik.

Rosmah : Bang, rahsia cincin 72 juta telah terbongkar, ramai rakyat jealous I lah. Cakap macam macam di internet, rasa termuak lah... bang nanti arahkan emigresen padam database bang yer..

Najib: I don't care, apa rakyat nak jealous you, as long as I ada power. Sayang, you nak apa pun boleh. kita boleh pergi mana mana pelusuk dunia buat shopping saja. Store kita belum penuh lagi tu....

Najib: I cukup bangga , sebab isteri I memang komander... betul dak sayang?

Rosmah : Bang, I nampak dari camera helicopter polis dalam 700 ribu orang demo bang!!! Macam mana polis kata sekat tak bagi orang datang demo..?

Najib : You usah risau.., I dah suruh sepupu I cakap 6000 orang ajer yang berdemo, I yakin rakyat yang tengok tv3, rtm akan percaya..!!!!

Rosmah: Dengar kata, French itu banyak accessories dapat beli, why not beli untuk kucing kesayangan bang...? I tengok rantai kucing kat e-bay harga 79 juta, murah tu bang...!! banyak yang semua cantik cantik.

Najib: Buat sementara waktu jangan pergi French, elakkan peristiwa lama diungkit balik.

Rosmah: I tak kisah sangat kes itu, tapi I kena sabar dan bersyukur, Tak kesal kes c4 itu, kalau tidak c4, hari ini mana mungkin you jadi PM.

Entry santai nih gua rembat dari blog "King of Goblok".

TERKINI :DR LO' LO' SEDANG KRITIKAL


Menurut berita yang diterima dari rakan-rakan, Ahli Parlimen Titiwangsa, YB Dr. Lo' Lo' berada dalam keadaan kritikal di Hospital Selayang kerana barah paru-paru.Tidak respon terhadap pelawat yang datang.

Suami beliau meminta para jemaah melakukan solat hajat dan bacaan yassin untuk mendoakan kesihatan isteri beliau...Wallahualam...

SIAPA LEBIH HANTU - ANWAR @ PUAD ZARKASHI??

periapahit
Apabila membaca artikel Puad Zarkashi bertajuk “ Lawan Anwar Seperti Lihat Hantu” menunjukkan punca kenapa taraf pendidikan Malaysia semakin merosot di dunia. Dengan bermenterikan mahyuddin dan puad sebagai timbalannya, memang sahlah apabila si Bahlul dan si Bangang menjadi menteri dan timbalan, beginilah hasilnya.


Dalam artikel tersebut, Puad menyatakan bahawa Anwar perlu dilawan dengan pembongkaran, pendedahan, persepsi dan ketegasan. Jika tidak konco-konconya akan naik minyak.

Pada hakikatnya, semua cara baik pembongkaran, pendedahan, persepsi dan ketegasan telah digunakan untuk melawan Anwar. Sehingga kini, konco-konconya masih lagi belum naik minyak. Yang naik minyak ialah puak UMNO dan kerajaan BN. Naik minyak (amuk@marah) kerana segala pembongkaran, pendedahan, persepsi dan ketegasan dapat dipatahkan dengan senang oleh Anwar kerana beliau berada dipihak yang benar. Naik Minyak (naik harga minyak) kerana kerajaan BN nak mendahulukan rakyat.

Tidak pernah pihak pembangkang berkata mereka semuanya betul tetapi puak-puak Puad lah sering berucap mengatakan tindakan mereka betul. Setiap hari, puak-puak Puad menggunakan semua mediamassa untuk menghentam Anwar siang dan malam.

Puad mengakui bahawa pelakon yang hebat boleh menangis mengeluarkan air mata penuh satu mangkuk atau melakukan aksi keras seorang hero penyelamat walaupun sebenarnya dia tidak pernah belajar silat, kungfu atau karate. Ada yang hidupnya bergelumang dengan skandal tetapi dalam filem dia boleh melakonkan watak alim atau guru agama.

Pelakon-pelakon yang Puad cakap ada didalam kumpulan beliau sendiri. Mahathir menangis dengan ungkapan “dah lama dah….dah lama dah” lepas tu terus menjadi Presiden UMNOK dan PM selepas dipujuk oleh puak-puak Puad diketuai oleh Rafidah “why..why…why???”. Pada hakikatnya, kita ketahui Mahathir merupakan orang yang tegas dalam semua tindak-tanduknya. Kalau A maka A lah jawapannya dan kalau B, maka B lah jawapannya. Apabila Mahathir belakon, A menjadi B dan B menjadi C. Itulah pelakon airmata hebat UMNOK.

Puak-puak Puad juga memiliki pelakon aksi keras seorang hero penyelamat. Pelakon seperti KJ, Azeez Putra, Naina Marican dan Lokman Nor Adam. Mereka ini berdegar-degar mempelihatkan diri sebagai hero penyelamat tetapi baru 200 meter berjalan dah lari lintang pukang… Lokman Nor Adam tu lupa bahawa ketika dia didalam Keadilan dahulu, beliau sering dilindungi oleh pendokong-pendokong reformasi tetapi dalam drama “PATRIOT” beliau lari kebelakang. Ini yang dikatakan tak tahu kung fu nak berkung fu. Diambil lagi dengan jaguh silat mulut Negara, Pendekar Berahim…. Sanggup perang salib tapi pergi dok bawah selimut kat rumah. Kononnya 50 buah bas tersangkut diluar Kuala Lumpur.. bukankan semua permit bas tambahan dah dibekukan pada hari tersebut. Jadi janganlah nak perbodoh rakyat.. perbodoh Puad bolehlah.. Akhir sekali diambilnya Mahaguru sebagai pelakon tambahan seterusnya. Kononnya akan bermandi darah dengan para demostari akhirnya bayang pun tak nampak.

Dalam puak Puad juga memiliki ramai pelakon yang ada skandal tetapi berlakon watak alim atau guru agama. Rahim Tamby Cik yang ada skandal kini berlakon alim dalam kes video yang kononnya melibatkan Anwar. Yang hairannya sampai hari ini, kenapa polis tidak membuat penangkapan. Ini adalah kerana Rahim Tamby Chik itu pelakon UMNOK yang memegang watak alim dan drama tu sebenarnya adalah untuk memberi persepsi buruk tenang Anwar seperti mana yang Puad katakan cara-cara untuk melawan Anwar.

Jika Puad berkata watak sebenar pelakon tidak boleh dinilai ketika dia berlakon diatas pentas dan perlu dinilai dibelakang pentas, saya amat bersetuju..

Kita lihat pelakon-pelakon UMNOK, hampir 2 minggu sebelum 9hb. Menyatakan penemuan pelbagai barangan untuk rusuhan oleh peserta himpunan bersih. Dari parang hinggalah bom, dikaitkan dengan himpunan bersih. Kini setelah 4 hari berlalu dimanakah kes-kes itu? Ketua Polis Negara, Timbalannya, Hishamuddin The Kerisman, Tim. Ketua Polis Kuala Lumpur merupakan pelakon yang tidak boleh dinilai ketika berada diatas pentas. Kita kena menilai mereka dibelakang pentas.

Memang banyak yang kita tidak tahu tenang Anwar tetapi didalam masa yang sama banyak yang diberitahu tentang Anwar. Pelbagai tuduhan dibuat kononnya perhimpunan ini ditaja dan memiliki akaun khas di Allianz bank pada hal kalau itu kebenarannya, pihak bank polis dengan bantuan Bank Negara boleh membuat pengesahan dan pertuduhan. Ini tidak… hanya omongan kosong… lain lah kalau duit itu dibawa seperti Mat Taib di Australia dulu… Itu pun terpaksa mengaku tak faham bahasa inggeris bila ditahan disana. Ini lah pelakon-pelakon yang dikatakan oleh Puad.

Apabila Puad mengatakan lakonan hebat Anwar dalam perhimpunan Bersih 2.0, saya ingin mengatakan bahawa lakonan lebih hebat dilakukan oleh NAJIB iaitu ketua Puad. Ketika Bersih menghampiri 9hb. Najib dengan para pelakon tambahan seperti Muhyiddin, KPN, TKPN, Hishamuddin, Berahim Perkasam, Khairy Patriot dan juga Mahaguru Omar Din Semput begitu beria-ia mengecam perhimpunan ini sehingga meminta campurtangan DYMM SPB YDP AGONG. Apabila DYMM SPB YDP AGONG menitah supaya perhimpunan jalan tidak dilakukan dan kerajaan perlu memberi keadilan kepada rakyat dan menyelesaikan isu melalui perbincangan, gerombolan puak Puad lah yang berlakon kononnya BERSIH derhaka kepada YDP AGONG. Maka muncullah pelakon hebat atau adiwira bagi Puad iaitu NAJIB yang menawarkan MANA-MANA STADIUM untuk berhimpun asalkan bukan dijalanan dengan jaminan berteriaklah sampai pagi tiada orang nak peduli. Setelah mengadap YDP AGONG dan mendapat perkenan Baginda, maka BERSIH bersetuju berhimpun di Stadium Merdeka. Apa yang berlaku, NAJIB dan HISHAMUDDIN mula berdalih dengan mengatakan BERSIH pertubuhan haram dan tidak boleh memohon permit. Apa ke jadah kalau jam 10 pagi kata boleh guna stadium, jam 3 petang kata tak boleh… Siapa pelakon hebat?? Anwar ke Najib….? Kata gerombolan Puad, Stadium Merdeka perlu dijaga martabatnya, tapi kalau Justin Timberlake mahu menggunakannya silakan…sebab Justin Timberlake adalah nasionalis Malaysia yang terunggul berbanding Datuk A Samad Said.

Lepas tu Hishamuddin The Kerisman pula kata kalau stadium diluar Kuala Lumpur dan dinegeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat boleh diberi permit. Apa lu punya cerita…? Kalau haram semua tempat haram… ini tidak…sini haram sana halal… apa la bangang punya pelakon kesukaan Puad. Yang sebenarnya, Hishamuddin The Kerisman lupa bahawa 2/3 wakil rakyat Kuala Lumpur adalah dari Pakatan Rakyat, jadi sebenarnya kalau dari segi demokrasi, Kuala Lumpur hak Pakatan Rakyat.

Puad bertanyakan apakah kayu ukur Anwar untuk mengatakan perhimpunan Bersih 2.0 berjaya dan mencapai matlamat. Kalau Patriot dengan hanya kehadiran hanya 300 orang dengan bantuan Mat Bangla dan Mat Pakistan dan hanya mampu berarak 200 meter sahaja sudah mengatakan bahawa matlamat mereka sudah tercapai… Inikan pula puluhan ribu manusia yang hadir dengan kekangan polis dan sesuatu yang tidak pernah dilakukan iaitu memeriksa bilik hotel pada malam sebelumnya gagal menahan kehadiran peserta himpunan. Kejayaan himpunan bersih adalah tiada parang atau bom ditemui semasa perhimpunan dijalankan. Tiada seorang pun anggota polis cedera…itulah kejayaan perhimpunan ini.

Akhir sekali, apabila Puad mengatakan bahwa orang yang paling kecewa ialah Anwar, itu merupakan statement yang paling bangang sekali yang dikeluarkan oleh Puad. Sebenarnya, yang paling kecewa ialah Najib dan juga gerombolan Puad. Mereka kecewa kerana dengan pelbagai kekangan, mereka masih mampu untuk hadir berhimpun bersama. Najib dan gerombolan Puad tahu bahawa sekiranya tiada imbuhan diberikan maka tiada orang mahu menyertai perhimpunan anjuran UMNOK. Himpunan 1 juta belia walaupun mendapat permit dan diberi kemudahan tak sampai 10 ribu yang hadir. Dikala Najib serta gerombolan Puad, menghadapi Bersih, mana MCA, GERAKAN, MIC, PPP dan lain-lain parti komponen BN yang menyertai Najib. Dipihak Bersih, kehadiran kaum Cina, India dan juga dari Sabah menunjukkan semangat perhimpunan Bersih. Tidak dapat dinafikan bahawa Melayu lebih ramai dari kaum lain tetapi kalau kaum cina keluar beramai-ramai pada hari itu, maka pihak gerombolan Puad akan mengatakan bahawa BERSIH sudah diserapi oleh komunis. Ini sudah pun diakui oleh pihak polis sebelum ini kononnya BERSIH sudah diserap oleh fahaman komunis kononnya.

Sebelum saya terlupa, Puad menyatakan 2,400 aduan dibuat bagi perhimpunan bersih ini menunjukkan bahawa Bersih tidak mempunyai sokongan, tetapi dalam masa 4 jam sahaja di facebook, 100,000 orang mahu Najib meletak jawatan sebagai PM. Mana lebih banyak 2,400 aduan atau 100,000 orang. Pekedai Melayu menutup kedai di Jalan TAR kerana Polis mengatakan Melayu BODOH… tetapi pekedai cina dijalan pudu dan Bukit Bintang tetap berniaga seperti biasa kerana mereka tidak termakan dengan hasutan gerombolan Puad. Peniaga Cina menutup kedai di Jalan TAR sebab Polis dah tutup semua jalan tetapi KFC, MC Donald dan lain-lain kedai fast food masih buka dan membuat keuntungan berganda pada hari tersebut.

Jadi pada hakikatnya, Puad sekadar membuka pekong didadanya sendiri. Sebagai Timbalan Menteri Pelajaran, beliau seharusnya memberi ulasan atau menulis artikel yang lebih baik sesuai dengan jawatan beliau. Sebab itulah sistem pendidikan Negara sekarang kucar kacir kerana mempunyai Menteri dan Timbalan yang bengap.

Kebenaran terserlah dalam video “Perhimpunan Bersih 2.0 Berita Sebenar Dari TV Singapore(medium_VP8-Vorbis)” dan “Truth that Cannot Be Covered - Bersih 2.0 09_07_2011(medium_VP8-Vorbis)”

Apabila menonton video tersebut, maka saya mahu menukar nama Puad Zarkashi kepad Puad Zakar takdak Isi. Sekarang siapa lebih hantu? Anwar atau PUAD ZAKAR TAKDAK ISI.

Wednesday, July 13, 2011

PROPAGANDA BODOH UTUSAN HARI NIE...

dato seri anwar dikata kan mahu mencetuskan revolusi...hehehe.....dah lama dah oiii....yer..untuk mengubah landskap..politik yang lebih adil di malaysia nie..oii..
si noor deris kasyaf kata PAS bersekongkol dengan musuh islam..nie sekor sowang pencacai umno...wkakakaka......yang umno tu ..langsung diam membisu..bila pelakun blue..chua soi lek..terang2 menghina islam..oii...mat deris ko jgan nak buat lawak lah oiii!!!
tok guru hadi awang dan anwar ibrahim bercanggah pendapat mengenai layanan polis....wkakakak..oii utusan..kelaur kan abis..apa yg mereka cakap oiii..jangan nak bersubahat gan tv3 porno tu..siar setengah2 jer...
lepas..nie apa lagi utusan nak buat citer budak2 lagi...memang dasar pencacai murahan yang tak abis2 nak memperbodoh kan owang2 melayu.....
ingat UTUSAN..bila nanti PRU13 bakal berakhir...dimana kemenangan pada PR..insahallah..kamu akan tahu nasib utusan nanti...ketika itu nanti..kami nak tengok dimana dia pencacai2..yg suka buat citer2 fitnah..dan kemana sikambing utusan itu akan pergi....



lagi? Lagi? Penipuan apa yg akan korg bentangkan lagi?

Tuesday, July 12, 2011

PELUDAH WARNA


PELUDAH WARNA - warna kuning diisytihar racun terbisa!


PELUDAH WARNA



Kuasa gusar kini menggelegak murka;


warna kuning diisytihar racun terbisa.



Diragutnya baju-T segeram tenaga


dan diumum itulah busana bahaya.



Tapi, kita jahit semula perca kain,


menjadikannya panji terindah dan tulen




Warna kuning yang teramat tenang dan syahdu


kita kembalikan damai ke dalam qalbu.



Kini cahaya mentari mungkin diramas


dan sinar kuningnya juga mungkin dicantas.




Memanglah mereka kini peludah warna


sedang menghimpun lendir kahak sebanyaknya.



Kerana nikmat amat lama berkuasa,


kuasa pun seolah menjadi hartanya.




A. SAMAD SAID



BERSIH 2.0


Pagi ceria, selepas selesai solat subuh, aku, isteri,anak dan kakak pergi menjemput adik dari kampung di KL Sentral lebih kurang dalam pukul 7.30 pagi. Sepatutnya ketibaan dijadualkan sampai lebih kurang 4 pagi pada kebiasaannya.Namun memang sudah aku jangkakan kerana dari kelmarin lagi banyak sekatan-sekatan dari pihak polis dari sekitar jalan masuk ke KL dan kawasan-kawasan luar KL.Maklumlah, kata Media Kerajaan iaitu Kuala Lumpur bakal ada rusuhan besar-besaran. Sana sekat,sini sekat.

Sampai di KL Sentral, pun jalan disekat dari dibenarkan masuk ke arah ambil penumpang....terpaksa kami tunggu di Jalan Tun Sambanthan dan adik aku terpaksa menapak pergi ke tempat kami.

Dalam hati,panasnya menggelegak sejak sebulan lalu, meluap-meluap tak pernah henti, tetap aku kawal juga...

Lebih kurang pukul 8.30 pagi, aku bawa mereka pergi berehat-rehat di Taman Jaya,PJ....Ye lah, sekali-sekala bagi diorang release sikit, hirup udara segar...release dari setiap hari dengan kesesakan Kuala Lumpur ini. Anak aku dah tak terkawal seronoknya bermain segala yang ada dalam taman...lepas buai pergi gelongsor, pergi pula naik kuda spring, jongkang-jongkit pulak...hmmm.. biarkan je lah..sekali-sekala teringat pulak zaman kecil-kecil dulu..haha...

Lebih kurang pukul 11.00 pagi, aku hantar mereka balik ke rumah...aku straight ke ofis aku di Sentul, macam yang sudah aku jangka, sekatan polis makin menjadi-jadi banyaknya....pusing sana,pusing sini....akhirnya sampai jugak di ofis, kawan-kawan dah ready menunggu aku.

Terima SMS dari kawan, ramai yang dah kena tangkap dengan polis kerana disyaki akan mengadakan rusuhan...Rusuhan ke? hahaha..rusuhan apa kalau setakat bawak t-shirt sehelai? hahaha..kelakar sungguh Malaysia ni...lagi kelakar dari Maharaja Lawak...

Sudah aku jangkakan perhimpunan yang telah dirancang lama akan tetap berjalan walaupun dapat tentangan dari kerajaan yang zalim,polis yang sengal, pihak-pihak lain yang bengong...

Terima kasih kepada DYMM Tuanku di atas keprihatinan beliau menerima kunjungan hormat dari pihak BERSIH untuk menghadap ke bawah duli Tuanku...Keprihatinan ini adalah kerana Tuanku sayang akan rakyat-rakyat beliau...Tuanku bertitah agar BERSIH membatalkan niat untuk membuat demonstrasi jalanan dan menukar agar berhimpun di dalam stadium tertutup....Terima kasih di atas kebijaksanaan Tuanku,kami akur di atas titah Tuanku..Najib pun akur dan membenarkan agar BERSIH membuat perhimpunan di dalam stadium.

Last minute... Hishamudin tidak membenarkan BERSIH berhimpun di stadium mahupun di jalanan di atas alasan BERSIH merupakan pertubuhan yang belum didaftarkan....Siapa yang biadap dalam soal ini??? siapa yang derhaka dengan Tuanku???

Perlukah untuk menyatakan ketidakpuashatian rakyat terhadap kerajaan memerlukan pertubuhan yang berdaftar?
Perlukah permit untuk berhimpun? jawabnya perlu...permit polis memang perlu...jadi pihak BERSIH telah memohon permit dari pihak polis..akhirnya, surat telah dikeluarkan dan keputusannya, permit tidak diluluskan....Nak tanya sikit kepada pihak polis ni...Polis perlu bertindak atas arahan siapa? siapa paling besar kuasanya untuk mengarah pihak polis? opsss... yang itu saya tak berapa arif untuk jawab tetapi yang saya tahu PDRM...Polis Diraja Malaysia...Diraja( Agong tu bukan raja ke?)hmm..tak tau...ntah la...atau pun Polis raja di Malaysia?.... Namun yang aku yakin polis hanya catur-catur yang dikawal oleh tangan-tangan yang jahat....

Perhimpunan tetap diteruskan...Lebih kurang dalam pukul 1.45 tengahari, aku dan kawan-kawan bergerak dari ofis menuju ke Brickfields...kami parking kereta di situ...

Orang ramai mula bergerak di jalan-jalan yang lengang dari kenderaan, yang aku percaya dengan niat yang sama untuk berhimpun...kelihatan pihak polis pun dah pening kepala kerana orang ramai dah semakin ramai, dari sekelompok bertukar menjadi gerombolan yang besar...

Tiba-tiba hujan rahmat Allah turun dengan lebatnya mengiringi perjalanan kami...aku dan kawan-kawan masih tidak tahu hala tuju lagi...SMS lagi diterima bahawa 500 lebih rakyat telah ditangkap pihak polis...berita di AGRO bank masjid Jamek, sekumpulan rakyat telah ditembak dengan gas-gas pemedih mata, di dataran Maybank,disembur air dan ditembak dengan gas-gas pemedih mata, malah ada yang terus dikasari oleh pihak polis dengan begitu kejam.

Aku dan kawan-kawan terus menuju ke arah stadium, tiba-tiba dalam perjalanan, terdengar jeritan suara yang kuat datang dari arah bertentangan...Ya Allah! ramainya...meremang bulu roma, hati ini teramat besar rasanya,apa yang aku dengar ialah jeritan suara rakyat yang sedang bergandingan tangan menuju ke arah kami....ya..itu adalah gerombolan seperjuangan kami...kami terus bergandingan menjadi satu kempulan gabungan yang besar...kami terus menuju ke arah stadium...namun kami terus dihalang olis pihak polis yang lengkap berpakian seperti mahu berperang,lengkap dengan kereta perisai untuk menghalang kami dari masuk ke dalam stadium.

Kami berhenti mengadap polis-polis..tiba-tiba terdengar bunyi tepukan tangan yang kuat dari arah belakang...pandangan kami teralih ke belakang...MashaAllah...lagi satu gerombolan yang besar terus mara ke arah kami....laluan terus dibuka untuk yang baru tiba,rupa-rupanya Dr Hatta yang mengetuai gerombolan yang baru tiba ini...yang aku dapat tahu gerombolan ini bergerak dari Pasar Seni tadi...mungkin mereka ini telah diserang oleh polis sebelah sana..kini kami bergabung menjadi sangat besar...anggaran aku,berkemungkinan melebihi 30,000 orang...

Begitu seterusnya, dengan ketibaan beberapa lagi gerombolan yang diketuai oleh Chegu bad, YB Zuraida, Ambiga dan ramai lagi...Dapat berita DS Anwar,YB Nurul Izzah,Tuan Guru Hadi, YB Sallehuddin, YB Mat Sabu telah ditangkap polis...

Kami semua duduk di hadapan polis tanda menyatakan niat bukan untuk merusuh mahupun mengasari pihak polis.Terdengar suara Dr Hatta meminta izin dari pihak polis agar membenarkan kami masuk ke dalam stadium..namun kami diberi peringatan agar bersurai....Kami terus melaungkan "Daulat Tuanku" beberapa kali...kali ini arahan keras agar kami bersurai...atas arahan leader... kami berangkat mengundur diri dan terus menuju ke pasar seni melalui Petaling Street...

Sekali sekala, kelihatan helikopter polis yang berlegar di udara ....Dalam perjalanan, ternampak krew tv3 suku sedang membuat liputan dari atas tingkat bangunan yang berpagar...hahaha..kami berhenti sebentar dan menjerit "PENIPU..PENIPU".... jelas kelihatan muka yang agak gusar dan takut dengan jumlah gerombolan yang amat besar...namun, dengan niat utama kami hanyalah untuk berhimpun secara aman dan bukannya melakukan rusuhan...kami terus tidak bertindak di luar kawalan..bayangkanlah jika seorang saja yang mula untuk membaling batu,yang lain pasti akan mengikut berbuat demikian..firasat aku kalau dah terkena balingan batu begitu banyak, kalau tidak mati, ICU jugaklah krew-krew tv3 suku tu...

Dalam pada itu di tepi jalan aku nampak sekumpulan dari gerombolan kami mengepung seorang pemuda yang bermotor...dup dap juga dada ini kerana sangkakan perkara yang tak diingini berlaku.."bang, aiskrim 4.....bang,aiskrim 10, bang, aiskrim 2..hahaha,,rupa-rupanya pemuda itu menjual aiskrim..hahaha..kelakar pulak rasanya, masih ada yang berani berniaga walaupun telah diberitakan akan berlaku rusuhan...tingginya pemikiran pemuda itu lebih jauh bijaknya dari najib dan sekutunya yang bengong...

Memang aku lihat, sepanjang perjalanan banyak kedai yang telah ditutup atas arahan polis,namun sebaliknya pula ada yang masih berani untuk berniaga dan tidak termakan dengan dakyah media dan najib sekutunya yang pengotor...ada yang menjual barang-barang runcit dan pada pengamatan aku, yang paling laris ialah jualan air..syabas kepada peniaga yang berani...

McDonald masih terus beroperasi seperti biasa,namun apa yang aku nampak,tak cukup tempat duduk..7 eleven pun penuh dengan orang..kalau lah ada yang membuat bancian tentang jualan mereka, rasanya 10 kali ganda untung mereka berbanding hari sebelumnya. Lagi sekali aku tidak setuju bahawa kami yang menyebabkan perniagaan di sekitar KL rugi berjuta ringgit.Pendapat aku..mereka tidak rugi,tetapi mereka tidak dapat menjual stok perniagaan mereka...itu saja, tapi itu bukan disebabkan kami..itu atas arahan polis,mereka yang menyekat jalan-jalan agar tidak membenarkan orang ramai masuk ke KL, bagaimana orang nak membeli...dan ada yang tidak dibenarkan membuka kedai dan ada juga yang takut disebabkan media pengampu yang menyebarkan berita palsu bahawa akan ada rusuhan...benarpun itu langkah berhati-hati,aku terima..lagi bagus kalau mereka membenarkan kami masuk ke dalam stadium..lagi selamat...tempoh yang kami minta hanyalah 2 jam sahaja...

Sampai di hadapan Uda Ocean, sekali lagi kami tekejut kerana lagi satu gerombolan yang besar datang dari arah kiri kami...Sekali sekala terdengar laungan takbir Allahuakhbar!!!sekali sekala laungan Bersih!!!, laungan Reformasi!!! dan pelbagai lagi...kami terus bergabung dengan gerombolan terakhir yang boleh dijangkakan kesemua sekali melebihi 100,000 lebih...

Sekali lagi kami terhenti dengan halangan polis-polis, dan kami terus ditembak dengan gas-gas pemedih mata....bertempiaran kami lari kerana tidak tahan dengan sesak asap dan pedihnya mata..ada yang mencangkung dan terduduk di tepi-tepi jalan...makcik makcik dan anak perempuan juga tidak ketinggalan dari lepasnya kepulan asap-asap...terbatuk-batuk,mencari udara...namun atas semangat perjuangan,kami terus membantu dan dibantu sesama kami...menghulurkan air,garam dan sebagainya..

Dapat berita, ada lagi satu gerombolan memenuhi Puduraya, dataran Maybank dan di hadapan kotaraya..mereka dipukul,ditembak air dan gas pemedih mata...ada yang aku dengar seorang demonstran digari tangan dalam keadaan dirinya sedang bertarung dengan nyawa dan ditinggalkan oleh polis di tengah jalan begitu saja..orang ramai membantu menggosok dada mangsa..berita lanjutnya setahu aku beliau dikejarkan ke hospital.

Kami terus ditembak dengan begitu kejam..tidak sedikit pun ruang yang diberi...seorang demi seorang ditangkap oleh polis..aku juga tidak terlepas dari asap yang ditembak..sekali-sekala kawan aku menarik tangan agar aku tidak ke depan...namun hati ini, Allah saja yang tahu betapa aku benci melihat polis yang begitu zalim...sekali-sekala juga aku terpaksa menyejukkan kawan aku yang mahu bertempur dengan polis...begitulah selanjutnya...kami tetap dengan misi kami iaitu berhimpun secara aman...menuntut 8 tuntutan agar pilihanraya menjadi bersih dan telus...

Sekali-sekala hujan yang turun menyukarkan asap pemedih mata untuk terus menyerang kami...Tangkapan demi tangkapan terus dibuat, dengan penuh kejam, ada antara kami yang ditendang di bahagian dada, ada yang tersungkur di escalator ,dikasari oleh polis ibarat seperti menyerang anjing gila,tanpa perikemanusiaan...

Jam ditangan menunjukkan pukul 4 petang, kami akhirnya beransur untuk bersurai dengan perasaan yang begitu menyayat hati, sedih dengan polis yang beitu zalim terhadap rakyat-rakyat seagama,senegara sendiri...
Sedih dengan tangkapan rakan-rakan seperjuangan, rasa kebencian yang amat besar terhadap najib dan sekutu....apa yang kami tuntut adalah agar pilihanraya dilaksanakan dengan bersih dan adil..itu saja..kenapa kamu tidak boleh menjaminkannya?

4.15 petang,hantar rakan-rakan balik ke ofis, berpisah dengan blogger dari PD,Idris...baru kenal sehari dah rasa macam bertahun-tahun..itulah keakraban di atas perjuangan yang sama yang tiada had jangkanya...

Dalam perjalanan memandu pulang, hati masih teringat dengan perhimpunan tadi...aku sifatkan perhimpunan ini berjaya..kerana apa ianya aku sifatkan berjaya? kerana rakyat masih berjaya bergabung berhimpun walaupun dengan amaran keras, sekatan-sekatan polis, tangkapan-tangkapan,larangan masuk ke Kuala Lumpur...bagaimana puluhan ribu dari kami boleh masuk ke Kuala Lumpur tanpa ditangkap? Kerana kami juga mempunyai senjata..senjata kami ialah doa,kebenaran,keadilan,keikhlasan...itu yang kami bawa bagi menjayakan perhimpunan ini....Yakinlah!!! Allah akan melihatkan kebenarannya..teruskan berjuang kepada sahabat-sahabat semua...Allahuakhbar!!!!

*takziah kepada keluarga Allahyarham Baharuddin Ahmad yang terkorban dalam himpunan BERSIH 2.0 ini.
Al-Fatihah



Monday, February 14, 2011

BENAR KAH..ANWAR NAK LARI???

Hari nie utusan meloya memainkan propaganda murahan untuk memastikan umno bn terus diminati rakyat marhen..dengan tajuk yang menarik dan menakut kan..

Lihat lah betapa takut nya umno bn melihat pengaruh anwar di mata masyarakat malaysia,ape saje cerita keburukan anwar dengan dibantu oleh pelakon spt ezam,ummi dan beberape pencacai yg berkepentingan..nafsu dan duit digunakan sepenuh nya,juga diberi liputan yg besar oleh utusan meloya...

perkara- perkara ini dibuat untuk memastikan segala moral anwar akan hancur dipandang hina oleh masyarakat melayu khusus nya.Tetapi alhamdulilah..makin diasak dengan berbagai perkara dan isu..ternyata pengaruh anwar sedikit pun tidak terjejas..dan makin bertambah lagi insahallah....

tetapi pagi nie kelihatan susuk tubuh dato seri anwar hadir di mahkamah kuala lumpur untuk menghadapi perbicaraan kes liwat beliau..maka fitnah utusan tadi..amat2 memalukan.. sebagai akhbar yang utama yang dibaca oleh orang-orang melayu.disini kita nampak utusan akan memainkan peranan lebih besar lagi.untuk menghancurkan pakatan rakyat yang dketuai oleh anwar.mereka tahu jika anwar terus mengetuai dan memainkan peranan dalam pakatan rakyat umno bn akan bekubur nanti pada pru13..insahallah

rakyat harus paham kenapa anwar telah begitu teruk ditohmah,dicaci sebegitu hebat tetapi sehingga kini tidak ade bukti yang kukuh untuk mensabit kan kesalahan dalam mana-mana kes jenayah.maka dengan kes liwat ini sajer yang dapat tidak untuk umno memastikan pengaruh anwar di mata orang2 melayu akan hilang.

jadi mana diharap rakyat terutama orang2 melayu bersatu lah di bawah pakatan rakyat untuk memasti kan umno bn akan tumbang pada pru ke 13 nanti..

hari ini juga bermula perbicaraan kes liwat anwar yang pasti nya akan banyak keluar berita2 atau cerita yang amat2 menarik untuk kita dengar.umno bn berharap dengan kes liwat ini saje dapat memati kan fikiran anwar dan karier politik anwar.kerana kita sudah nampak pendakwaan dalam kes ini amat tidak masuk akal sekali.

dengan anwar disabit kan kesalahan nanti..maka dengan mudah lah umno bn akan mengucar kacir kan pakatan rakyat..insahallah.diharap pemimpin2 pakatan sudah bersedia dengan perancangan yg teliti...

jadi diharap pakatan rakyat dapat memain kan lebih aktif bagai mana untuk menapis serangan dari utusan meloya ini..PR juga kena lebih aktif dan cepat menangkis serangan dari media2 umno ini....
diharap dato seri anwar agar dapat besabar untuk terus melawan umno bn ini....

SELAMAT KEMBALI BERJUANG...

ASSALAMUALAIKUM..semua buat sahabat-sahabat yang pernah megikuti blog bagan-utama sebelum nie.minta maaf ebab sudah teramat lama tidak berada dilama maya nie..berikutan beberapa perkara berlaku pada blog bagan -utama...alhamdulilah.akhirnya..masalah nie dapay diatasi...

terima kasih yang teramat-amat pada tuan hisammuddin atas pertolongan beliau pada proses penambah baikan blog bagan utama..hanya allah saje yang dapat membalas jasa baik tuan....amin

buat sahabat2 semua nanti kan kemunculan kembali berita2 panas dari blog bagan utama selepas ini..insahallah..bagan-utama..akan menyampai kan maklumat2 terkini.untuk memastikan tumbang nya UMNO BN pada pru 13 nanti insahallah

diharap sahabat2 semua dapat meyokong terus blog bagan-utama ini..terimakasih...