Antara kemusnahan sistem subway New York

Serangan
puting beliung Sandy menyebabkan sistem pengangkutan utama melalui
subway telah lumpuh sepenuhnya. Puting beliung tersebut menyebabkan
ombak besar yang menenggelamkan tujuh buah laluan subway New York dan
tujuh buah stesen pengangkutan bas merupakan kemusnahan terbesar dalam
sejarahnya.
Pengerusi
Metropolitan Transport Agency (MTA), Joseph Lhota mengatakan," Sistem
subway New York telah menjangkau 108 tahun, tetapi belum pernah
mengalami bencana yang memusnahkan seperti ini, puting beliung tersebut
telah mengkucar-kacirkan keseluruhan sistem pengangkutan, dalam setiap
ceruk dan rantau dalam daerah ini. Ia telah menumbangkan pokok,
memutuskan bekalan kuasa dan menenggelamkan segala terowong".
Mereka
sebenarnya lupa inilah pembalasan diatas keangkuhan mereka yang mencerca
Islam dengan mengadakan iklan secara besar-besaran di seluruh sistem
subway dan keretapi mereka. Iklan itu yang dilancarkan oleh kumpulan
zionist yang bernama American Freedom Defense Initiative (AFDI). Pada
mulanya ia tidak dibenarkan oleh MTA tetapi telah mendapat kebenaran
dari mahkamah daerah tersebut. Selepas keputusan tersebut MTA memaklum
sebanyak 10 buah stesen subway akan memaparkan iklan tersebut bermula
bulan lepas. Tidak sampai sebulan selepas iklan yang menghina Islam
dengan keganasan kebinatangan dan mengangkat Israel sebagai bangsa
bertamaddun; Allah telah menghantar kepada mereka puting beliung Sandy
yang menyebabkan mereka bingung diatas kebinasaan yang menimpa mereka.

Air mencurah-curah menenggelamkan seluruh sistem subway New York

Kebinasaan ini menyebabkan mereka kebingungan

Bot dilaut hanyut hingga ke landasan keretapi

Inilah penghinaan keatas Islam yang dilancarkan oleh Yahudi
di seluruh subway New York

Wahai saudaraku teruskanlah perjuangan sesungguhnya
pertolongan Allah pasti datang!
Sesungguhnya janji Allah itu amat benar dan pertolonganNya pasti datang dari arah yang tidak disangka-sangka!
Sebenarnya
orang-orang yang terdahulu dari mereka telah menjalankan rancangan
jahat (terhadap agama Allah dan Rasul-rasulNya); maka Allah binasakan
bangunan mereka dari asas-asasnya, lalu bumbung (bangunan itu) jatuh
menimpa ke atas mereka, dan mereka pula didatangi azab kebinasaan dari
arah yang mereka tidak menyedarinya.(Al-Nahl 16:26)