Monday, October 8, 2012

BN Terlupa Mereka Tali Barut AS Bukannya Anwar.. Ini Bukti Terbaru

Umno BN sebenarnya terlupa yang mereka adalah tali barut Amerika Syarikat bukannya Anwar Ibrahim. Lihatlah buktinya.. jikalau bukan tali barut mustahil kapal induk AS, USS George Washington melakukan persinggahan di Pelabuhan Kelang..

Addin ulang lagi sekali Pelabuhan Kelang!! Bukanya sehari tetapi 5 hari. Ini perairan Malaysia, maknanya Malaysia ada hubungan istimewa dengan AS. Ini bahaya!!

Mesti ramai orang Umno BN marah sebab buat tuduhan melulu terhadap mereka. Tak akan kapal singgah dah jadi tali barut kot.. ini apa kes. So konklusinya.. lain kali janganlah buat tuduhan melulu pada orang lain.

Tuduhan yang ko orang pun sendiri pun tak suka kalau terkena kat batang hidung ko orang. Nampak baik je.. nampak mesra je.. dah panggil tali barut.. be rational.. be professional!!
USS George Washington Singgah Di Malaysia
PELABUHAN KLANG - Kapal induk pesawat udara Amerika Syarikat (AS) USS George Washington melakukan persinggahan sulung di sini Ahad, bertujuan antara lain mempromosikan kerjasama dan hubungan dua hala antara AS dan Malaysia.

Pegawai Pemerintahnya, Kapten Greg Fenton berkata, persinggahan selama lima hari itu akan memberi peluang kepada pelayar untuk memperluaskan kefahaman mereka mengenai persekitaran maritim Malaysia.

"Tujuan utama ialah mendengar bagaimana angkatan tentera Malaysia menjalankan tugas mereka dan bagaimana kami boleh belajar daripada mereka.

"Pelayar kami menawar diri untuk menyertai enam projek komuniti ketika berada di sini bagi melibatkan diri dengan masyarakat setempat," katanya kepada kumpulan pemberita yang dibawa melawat kapal berkenaan, di di Port Klang Cruise Centre, di sini.

Antara projek komuniti berkenaan ialah kerja sukarela di sekolah untuk kanak-kanak pelarian Myanmar dan rumah kanak-kanak Juara-Glad Tidings Home, katanya.

Fenton berkata, anak kapal juga akan bertemu keluarga rakyat Amerika yang berada di sini menerusi program Kuala Lumpur American Sailor Socials (KLASS).

Sementara itu katanya, lebih 500 orang kenamaan Malaysia termasuk pegawai tentera akan dirai dalam satu majlis di atas kapal itu pada Isnin.

USS George Washington yang berkhidmat sejak 4 Julai 1992 dengan 5,000 anak kapal dijadual menganjurkan 11 lawatan untuk ahli perniagaan Malaysia dan pegawai tentera.

Kapal itu bersama sayap udaranya Carrier Air Wing 5, menyediakan pasukan siap siaga untuk bertindak yang melindungi dan mempertahankan kepentingan maritim AS dan sekutunya di rantau Asia Pasifik. ~bernama

No comments:

Post a Comment