Oleh:  WFAUZDIN NS
DI DALAM mana-mana ceramah Hassan beras JATI@Akidah ini kita akan dapati
 isi kandungan tetap sama iaitu mensasarkan PAS, Anwar dan DAP.  Maka, 
dibawa lah isu kononnya PAS, Anwar dan DAP ini adalah anti Islam serta 
suka jika umat Islam ini dimurtadkan.  Ertikata lain, hanya beliau dan 
Umno sahaja yang amat prihatin dengan gejala murtad ini.
Jika dahulu orang ramai kenal Hassan Ali adalah penceramah hebat, 
tambahan pula beliau adalah bekas Pengacara atau Pengerusi Forum Perdana
 Ehwal Islam sewaktu kegemilangan rancangan ini bersama dengan Ahli 
Panel seperti Prof Dr Haron Din Al-Hafiz, Us Ismail Kamus dan Tuan 
Ibrahim Tuan Man.  Waktu itu, rancangan Forum Perdana Ehwal Islam amat 
popular sekali. Itu dulu.
Sekarang sejajar dengan namanya yang berubah kepada Hassan JATI@Akidah, 
beliau masih popular tetapi tidak lebih popular dari betina Umi Hafilda 
jika pun tidak satu level dengan Datuk Nalla.  Kalau Umi Hafilda betina 
tua yang masih bujang ini popular dengan ceramah lucah dan fitnah, 
Hassan JATI juga tidak kalah.  Umi Hafilda yakin Anwar kaki seks, Hassan
 JATI pun selalu mempersoalkan moral Anwar.  Ertikata lain, "jodoh" 
Hassan JATI dengan Umi Hafilda ini umpama "pinang dibelah dua."
Baru-baru ini, beliau menafikan bahawa JATI terlibat mengedarkan risalah
 tentang bagaimana DAP terlibat untuk memurtadkan umat-umat Islam dan 
ingin mencabar kedudukan agama Islam di dalam Perlembagaan.  Baca DI SINI.  Risalah ini didapati diedar sewaktu program JATI.
Pelikkah kita jika risalah sedemikian diedar di dalam program ceramah 
Hassan JATI? Sebelum ini kita selalu dengar ucapan Hassan JATI di 
majlis-majlis ceramah JATI mengenai cubaan menukar Malaysia jadi 
republik oleh DAP, pengkristianan Melayu dan penghapusan Raja-Raja 
Melayu.  Tidakkah ceramah beliau selari dengan risalah berkenaan?  Jadi,
 apa yang peliknya?
Dari ucapan disalin menjadi risalah, apa bezanya? Isi tetap sama nak 
menghentam DAP dan balas dendam kesumat terhadap PAS yang menerajang 
beliau dari parti.  Hassan JATI ini ada harga diri ke? Manusia ini telah
 menipu ribuan pengundi PAS dan yang benci Bn di Selangor dan Daerah 
Parit Buntar, Perak.  Ribuan pengundi yang menderma untuk memenangkannya
 sewaktu dia bertanding di Parit Buntar, Perak di setiap ceramahnya 
dulu, begitu ramai pakcik-pakcik dan dan makcik-makcik yang meredah 
bendang di waktu malam gelita untuk mendengar ceramahnya menghentam Umno
 dan kemudian menderma untuknya. Pakcik-pakcik dan makcik-makcik yang 
jujur ini tidak pernah merasa dan faham erti gaji puluhan ribu yang 
pernah dirasai oleh Hasan JATI selepas beliau dipilih untuk menjadi 
Wakil Rakyat, bahkan sebagai Exco di Selangor.
Kini manusia yang hina ini menjaja sumpah seranah yang ditujukan kepada 
PAS yang disokong oleh pakcik-pakcik dan makcik-makcik serta anak-anak 
muda yang jujur dan tidak mengharapkan apa-apa imbuhan kewangan. Hanya 
kerana apa?  Hanya kerana sakit hati dan dendam kesumat, hati busuk dan 
dengki akibat tidak boleh menjadi MB Selangor.  Manusia bangsat ini 
sanggup ke hulu ke hilir memburukkan PAS, Anwar dan DAP yang sehingga 
kini tiada satu bukti atau fakta yang beliau boleh tunjukkan kebenaran 
dakwaannya di dalam setiap ceramahnya.  
Apabila tuduhan beliau terhadap PAS, Anwar dan DAP dijaja siang malam 
tanpa sebarang bukti, ertinya beliau dan Umi Hafilda sama taraf.  
Kesihan anak bini Hassan JATI terpaksa tebalkan muka apabila berdepan 
dengan masyarakat angkara ayah yang gila dan meroyan mahu menjadi MB./wfauzdin.blogspot.com

 
No comments:
Post a Comment