kamal_hasan
 
 
Paras
 air Tasik Galilee semakin teruk merosot semenjak Israel menguasai 
sumber air di tasik ini..Antara punca2 kepada kemerosotan ini mengikut 
sumber dari akhbar yahudi Jerusalem post adalah disebabkan kegiatan 
tindakan rakus Israel melengcongkan anak2 sungai yg mengalir ke Sg. 
Jordan.
Israel
 mengawal air yg mengalir dari tasik ini semenjak lebih kurg. 30tahun 
dulu dan mengepam sumber air dari tasik ini bagi tujuan pengairan di 
kawasan2 lain di Israel,.. serta bagi memenuhi keperluan penduduk Yahudi
 yang akan berkunjung ke situ pada setiap hari Sabtu yang merupakan hari
 yang penting dalam masyarakat Yahudi... Akibat dari tindakan rakus 
ini... tasik galilee dah semakin susut dgn teruk yg tidak pernah berlaku
 dlm sejarah [berlaku dizaman kita tidak berlaku di zaman ibubapa kita] 
dan dijangka akan menjadi semakin susut menjelang musim panas ini...
DIMANA TASIK GALILEE?
 
 
Kalau
 kita tengok pada gambar Tasik Galilee ini terletak dalam wilayah Israel
 hari ini. Tasik yang mempunyai air tawar terendah di dunia ini seluas 
lebih kurang 53 kilometer dan sedalam lebih daripada 200 meter. Nama 
Tiberias diambil daripada nama seorang Kaisar Rom bernama Tiberias. 
Selain itu kota Tiberias juga dikenali dengan nama Galilee/ Galileadan 
banyak nama lain. Majoriti penduduknya ialah orang-orang Yahudi.
Kota
 dan tasik ini menjadi destinasi pelancongan di Israel dan pada setiap 
hari Sabtu (hari cuti bagi agama Yahudi) ia akan dipenuhi dengan kaum 
Yahudi untuk mereka berekreasi. Banyak hotel mewah, kedai dan restoran 
di sini.
DAJJAL DAN TASIK GALILEE 
Tasik
 Galilee/Tiberias ada disentuh dalam sebuah hadis popular yang 
mengisahkan pengembaraan seorang sahabat bernama Tamim ad-Dari.
Menurut
 Sahih Muslim, Tamim ad-Dari pernah belayar bersama-sama 30 orang. 
Setelah sebulan berada di lautan (kemudiannya digambarkan oleh 
Rasulullah sebagai satu kawasan di laut Syam ataupun laut Yaman), mereka
 tiba ke sebuah pulau. Di pulau itu mereka bertemu dengan satu makhluk 
yang banyak bulunya (bigfoot?) dan boleh berkata-kata hinggakan mereka 
tidak dapat menentukan bahagian depan dan belakang makhluk itu.
Selepas
 berdialog beberapa ketika, makhluk itu membawa mereka ke sebuah gua. Di
 sana mereka ketemu seorang manusia (kemudiannya dimaklumi sebagai 
Dajjal) yang besar tubuh badannya dalam keadaan dirantai tangan dan 
kakinya (pasung). Kemudian manusia itu bersoal jawab dengan rombongan 
Tamim ad-Dari tentang beberapa hal. Salah satu daripada persoalannya 
ialah:
Manusia itu berkata, “Ceritakan kepadaku tentang Tasik Tibriyyah.”
Mereka menjawab, “Apa yang engkau hendak tahu tentangnya?”
Dia berkata, “Apakah tasik itu masih berair?”
Mereka menjawab “Ya.”
Katanya lagi, “Sesungguhnya air tasik itu hampir kering.”…...
[Ringkasan daripada Sahih Muslim]
Dari
 hadis Sahih ini dapat menjelaskan pada kita bahwa Dajjal itu adalah 
individu(manusia) bukanlah sesuatu bangsa, satu ideologi atau mitos 
agama semata2 dan telah dicomfirmkan sendiri oleh Nabi kita didalam 
hadis tersebut...
Disini
 terdapat 2 teori yang dijelaskan mengenai fizikal Dajjal semasa 
dipasung seperti yang diperkatakan dalam hadis ini, iaitu makhluk yang 
berbadan besar. Menurut buku yang saya baca dalam “Membongkar Misteri 
Dajjal”
(1)
 beliau mengatakan Dajjal ini umurnya dipanjangkan oleh Allah dan ia 
lahir sewaktu di zaman Nabi Sulaiman lagi yang mana manusia di zaman itu
 berbadan(fizikalnya) lebih besar.
(2)
 Teori seterusnya Dajjal itu hasil dari cantuman [campuran] manusia dan 
jin, maka kebolehannya utk merubah rupabentuk Dajjal itu tidak mustahil 
dan merupakan fitnah Dajjal kepada semua manusia yg akan menganggap dia 
adalah raksasa atau makhluk berbadan besar...Wallahu Alam
 
No comments:
Post a Comment