Harakahdaily
TEMERLOH: Memandangkan
 Pahang penuh dengan kawasan peneroka, PAS Pahang berjaya menarik 
seorang tokoh pembangunan tanah iaitu Datuk Ramli Buyung, bekas Naib 
Presiden Kanan Felcra Berhad menyertainya.
 
 
(Ramli [kanan sekali] berada di pentas bersama Datuk Fauzi dan Tuan Guru Abdul Hadi)
Penyertaan Datuk Ramli diumumkan pesurujaya PAS Pahang, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam Himpunan Hijau Pahang malam ini.
Ramli
 menyerahkan borang penyertaannya ke dalam PAS kepada Presiden PAS, Tuan
 Guru Datuk Seri Abdul Hadi Awang di depan puluhan ribu rakyat Pahang 
yang memenuhi Dataran Kerdau.
Tuan Ibrahim ketika mengumumkan penyertaan Ramli berkata, PAS Pahang mempunyai 10 tokoh yang ingin menyertai PAS.
"Malam ini kita umumkan satu dahulu," Tuan Ibrahim dengan disambut teriakan takbir dan kibaran bendera PAS.
 
 
(Puluhan ribu yang memenuhi Dataran Kerdau dalm Himpunan Hijau peringkat negeri Pahang)
Kibaran
 bendera di majlis anjuran PAS merupakan fenomena baru. Ia bermula di 
Himpunan Hijau Menuju Putrajaya di Alor Setar sebelum ini.
Ramli dilahirkan, dibesarkan dan bersekolah di Temerloh sebelum melanjut pelajaran ke universiti dalam bidang ekonomi.
Beliau merupakan tokoh teknokrat terbaru yang menyertai PAS menjelang pilihanraya umum ke 13 ini.
Hak demokrasi
Turut berucap dalam himpunan kali ini adalah Datuk Fauzi Shaari, bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman.
Dalam
 ucapannya, Fauzi menyeru rakan sepasukannya sebelum inin sebagai pihak 
pelaksana undang-undang  memberikan keadilan kepada semua.
Beliau
 juga menyeru semua pihak agar melaksanakan sepenuh tuntutan Islam dan 
bersabar dalam menghadapi kerenah semua pihak dalam menyeru ke arah 
kebaikan.
"Bila
 saya isytihar masuk PAS, ada orang tuduh saya pengkhianat kepada 
negara.  Suka saya tegas saya tidak khianat. Kalau sebelum ini saya 
menjalankan tugas setimpal dengan gaji yang saya terima. Sekarang saya 
menjalan tugas dan hak demokrasi saya untuk menyuarakan pandangan saya,"
 kata Fauzi.
Pada sebelah petang, dalam majlis Ekpresi Hijau Anak Muda, penyanyi yang baru menyertai PAS, Aishah turut memberikan ucapan.
 
No comments:
Post a Comment